HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Saturday, December 24, 2016

Semester 5 | Road To Final

Assalamualaikum w.b.t

It's been a long time. Many thanks kepada followers and readers yang sudi menjengah walaupun blog aku ni memang dah jarang sangat update. Aku pun tak sangka bila dah masuk zaman degree ni, tahap busy tu berganda-ganda, and rasa nak bukak blog sendiri pun dah macam tak lalu. Sorry , nineteencapri . Huhu


Okay, so what's up? "It's ceiling!!" HAHAHAH. Tak faham? K takpe. *skip*

14 weeks of being a part 5 degree student is over gaiss. Road to final lah pulak. Masih lagi student part 5 , tapi status tu ada lagi sebulan nak guna sebelum pencen. Hehehe. Status sweet 22 pun akan berakhir tak lama lagi gais. Huks

Apa yang busy sangat nih? Kecoh macam orang lain tak busy pulak kan. Biar laaa...

Every sem opkos la semua student akan ada assignments, quizzes, tests, and presentations yang nak kena hadap kan. Tak masuk lagi dengan homework  3 4 5 6 sekaligus yang nak kena hadap bila lecturer kesayangan bagi. Lap dahi aje lah walaupun tak berpeluh.


Untuk semester kali ni, aku join Melaka International Intellectual Exposition or Miiex. Kat Lendu ajo. Bukan secara sukarela ye kawan-kawan. Tapi sebab nya kawan aku yang lagi tiga tu dorang nampak *kehebatan* aku, pastu suruh aku join dorang. Huhuhu. K gurau.

Sungguh ku tak rela. Nope, sungguh kami tak rela. Sebab competition ni takde kena mengena dengan nak up kan pointer korang pun, tapi yang bagusnya korang dapat create experience. Nak cerita alkisah macam mana kami dipaksa masuk untuk event ni memang panjang. Tapi takpelah. Yang pahit tu kita jadikan pengalaman, yang manis kita abadikan. Apa yang manisnya? Alhamdulillah, project yang kami buat ni menang Silver medal. Alhamdulillah, bukan kumpulan kami aje yang dapat silver medal ni, banyak lagi yang dapat silver medal ni. Tahniah untuk semua. Peace.

p/s : Walaupun kami dipaksa masuk untuk semester kali nih, inshaAllah di masa akan datang, jika berpeluang, kami nak upgrade lagi project kami tu. Fighting!!


Rakan seperjuangan. Sama macam semester - semester lepas, project far (akaun) memang sentiasa akan ada dalam list. Nak settle kan project pun stress kot. Sumpah tak tipu. Pening kepala nak cari masa nak settlekan assignment or group project nih.


Ye kami budak accounting, tapi madam nak jugak suruh kiteowang buat tower tau. Ni lagi lah banyak makan masa. Setiap minggu wajib meeting nak tower ni keep in progress. Paling paling pun 4-5 jam kena luangkan masa buat tower ni. Di mana ketenangannya? Hahah. 

Untuk pertama kalinya aku rasa busy and stress macam ni. Pening kepala pusing pusing, but still "I NEED TO STUDY. I NEED TO PREPARE MYSELF. I NEED TO FINISH THIS."
Selalunya hujung week 14 dah boleh relax sebab syllabus pun habes awal, tests bagai pun dah settle, tapi kali ni tak. So, apakah yang bakal menanti untuk next semester ye?

p/s: Yang tak bestnya, bila stress, jerawat pun timbul 3-4 kat dahi. Lagi bertambah stress, nama pun perempuan kan? Konfem lah kesah pasal jerawat nih. Tu pun nak citer ke? Eh biarlah! Haha.

Stress stress jugak weh. Tapi tengah stress tu la budak AD buat event P.Ramlee. Kiteowang pun datang lah support. Release tension sikit. Tengah aku and Faiz dok posing baek punyaa kat kereta antik nih, datang sorang budak kecik nak bergambar jugak. Tanpa dijemput terus masuk frame. Layankan aje. Hahahaha


Yang tak boleh blah, kiteowang pose over over pun dia ikut jugak. Hahaha. Sengal betul.
*nice angle betul gambar ni, thanks Lili*


Naseb kau comey adik oi. Hahaha. Dah besar nanti jadi lah anak yang baik ye, akak akan doakan yang baek baek untuk awak. Heehehe

Okay lah. Itulah cerita sepanjang semester 5 kali nih.
Road to final. Moga korang dapat doakan aku dan rakan-rakan seperjuangan yang lain, dapat menempuh final dengan jaya nya. InshaaAllah kami akan lakukan yang terbaik. Wahhhh, ayat cun habes dah ni. Peace.
______________________________________________

IKLAN


To all SAMYANG lovers, SAMYANG CHEESE bakal menjadi pilihan hati. 
Boleh dapatkan samyang cheese ni kat instagram @mina.mimpimika & @nadhrinaskincare okay?

Okay bye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Saturday, November 26, 2016

Movie Review | Rock Bro

Assalamualaikum w.b.t

Hoyeahhh movie review kembali lagi!! Walaupun aku agak ketinggalan untuk update sharing moment layan Rock Bro nih, tapi takpelahh. Nak share jugak lah kan. Layan cerita nih dengan family last Sabtu , 19 November. Satu family pergi MP , layan kat Lotus. Actually, ofcourse lah sebolehnya nak pergi GSC, tapi ada sebab-sebab tertentu, kami pergi layan kat Lotus jugak. Masa tu bapak aku still tak boleh jalan lagi, so pusing MP naik wheel chair je lah. Service from Lotus bagi aku bagus lah untuk kemudahan penonton OKU yang nak layan movie kan. "Sakit sakit pun nak keluar jugak lah kan!" , yelah. Takkan nak duduk rumah aje, bosan kot.


And yessss... kami satu keluarga memang fans Mamat Khalid, especially untuk series zombi + rock ... hehehe. Memang kami satu keluarga layan lah citer arahan Mamat Khalid. Sebab kita mesti support orang negeri kita , yob kejor yob. Hehehe

Overall bagi aku citer Rock Bro ni best lah kalau korang pernah rasa hidup masa zaman rock kapak and budak early 90's pun konfem ada feels dia masa layan citer nih. Ending dia sedihhh...huwaaaa. Tak boleh move on tau bila ending dia Jijo accident. Bukan senang artis rock zaman dulu nak cari makan weh. Macam macam hal.

Since aku tak bape ingat sangat flow cerita dia, (sorry lah geng, minggu ni je gua dah banyak test kuiz assignments nak kena settle and hadap, penuh formula je lah dalam otak ni.) , aku cerita ikut watak lah ek. SPOILER.....

First... since Que Haidar dah tak berlakon untuk series kali ni, apa terjadi pada watak Amy Mat Piah?


Wataknya tak dimatikan (seperti drama/movie cliche yang lain) , Amy Mat Piah ni jadi gila. Sedih pun ye jugak sebab dia kan dah lama tanam impian nak jadi vokalis yang famous, tapi sayang seribu kali sayang.


Black
Hanya Jijo je yang paham apa yang si Black ni cakap, heheh. Walaupun tak banyak dialog and skrin, but still peranan Black sebagai pemain drum ni tetap setia dengan Rimba Bara. Ahli kumpulan yang takde bawak masalah. Komitmen memang best.


Slash (dua dari kiri)
Asyik dengan sebatang rokok kat mulut dia aje kan. Macam biasa , aku masih lagi stress dengan watak Slash yang masih tak banyak dialog and asyik "Gua okay. Gua okay." Hahahaha stress nokss. Tapi nak buat macam mana kan kalau dah macam tu watak dia. Sedih bila Jijo akhir akhir tu nak undurkan diri dari industri muzik, disebabkan masalah Jijo dengan sorang chinggey ni. Slash ni dah la tak banyak cakap, bila Jijo nak confront dengan dia.. dia dah tak nak layan Jijo dah. "Kau kutip aku cara baik, sekarang kau buang aku macam sampah". Tak silap aku lah.

Dio ( dua dari kanan )
Aku tak pasti la apa peranan watak nih, cakap pun tak banyak, 3-4 saat je. Watak baru. Aku pun lupa watak dia sebagai apa. Tapi selalu lah bawak Rimba Bara ni ke hulu ke hilir. Driver kot.

Slash, Jijo, Black, Zul

Zul Kapan ( ex kumpulan Malaikat Maut )
Tiba-tiba lepas join Rimba Bara, watak Zul ni jadi lembut semacam. Hahaha. Masa group dengan Malaikat Maut rock kemain, tapi kali ni nampak lebih sensitif , heheh. Zul Kapan ni lagi banyak story, bila dah join Rimba Bara life pun turun naik, tetiba dia rasa ada seru yang memanggil. Sekali dia join group ajaran sesat. Yang lawaknya, bila geng Rimba Bara panggil dia balik, dia terus lari dari group ajaran sesat tu. Lepas Rimba Bara dah berpecah, dia tukar imej jadi vokalis group 4URU pulak.

Jijo
Untuk Rock Bro kali ni, dia highlight kisah Jijo since dia kecik, macam mana dia boleh minat muzik dan dunia rock. Kisah paling sedih buat aku. Jijo antara tiang utama dan kekalnya kumpulan Rimba Bara ni sebab dia lah. Lambang perjuangan kateko. Tapi, sejak hadirnya seorang chinggey bernama Ella, hati Jijo pun dah tak keruan. Ella lah tempat Jijo mengadu masalah, tapi disebabkan sekali tu Ella rasa.. Ella rasa Jijo ni macam control dia.. Ella pun blah, and Jijo pun keciwa. Disebabkan tu lah.. Jijo nih nak undur diri dari industri muzik rock.

Jijo selalu nasihatkan group members dia..
"3 perkara yang menjatuhkan sesebuah negara
Pertama... rasuah
Kedua... tak menepati masa
Ketiga... cinggey.."

At first place, serius aku tak tahu cinggey tu apa sampailah aku dah habes tengok Rock Bro ni, barulah aku tahu cinggey tu awek. Hahahaha. Nampak tak aku tak pernah nak mencari or bertanya.

Disebabkan nombor 3 tu lah, Jijo yang patah hati , dia pun nak undurkan diri. Tu yang Slash bengang tu, sebab dulu Slash pun ada problem dengan cinggey, tapi dia boleh settle. Tapi bila kena tang Jijo, Jijo pulak buat hal. Mana Slash tak bengang.


Cik Man
Cara dia membuatkan aku sekeluarga teringat kat arwah tok wan. Ade la sikit sebanyak. Tapi Cik Man ni memang over tauu, tapi comel. Kesian lah asyik keluar masuk keluar masuk penjara kan, tu lah selalu sangat buat salah, tak pernah serik pulak tu. Tapi, still Rimba Bara bergantung harap kat Cik Man. 

Penampilan Shuib Sepahtu
Shuib dalam ni jadi watak adik kepada Cik Man, macam abang dia jugak. Asyik keluar masuk keluar masuk penjara..sebab dadah. Gaya pun sama, tapi tak boleh lawan originality Cik Man a.k.a Kamarool Hj Yusoff. Ending.. dia jadi gila.. selalu karok lagu Firman - Kehilangan.. pun over jugak cara dia nyanyi. Actually, kalau korang kenal..or kepada yang belum kenal.. ada satu pacek tu.. namanya Pak Ali, pergi mana-mana je dia akan nyanyi lagu Firman Kehilangan tu, aksi dia macam Ultraman lawan dengan raksasa. Lawak lah.


Unexpected ending untuk setiap watak, tengok lah kalau korang nak tahu dunia zaman rock dulu-dulu macam mana kan... Sedih tauu. Tak boleh move on, sebab ending sedih. Tahniah. Rock Bro!!!
Sorry lah berterabur aje review aku. Review syok sendiri aje ni. Dah lama tak blogging kan...kuikui. Soffi Jikan dah tak berlakon dah sebab takde orang offer dia berlakon pun. Berlakon best kot, ye lah zaman sekarang ni kan.. Yang hensem ajelah yang menjadi pujaan ramai. Orang dah tak pandang sangat kualiti or bakat seseorang pelakon tu. Asal kau ada rupa, kau femes banyak fans, orang pandang lah kan.



Rock Bro!! Miss you guys!!
Okay bye.

p/s: semua gambar kredit bro google 


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.