HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Friday, September 30, 2011

Tips study


 Assalamualaikum and Anyeong hunny.

Sorry if tuan belog niyh suka sangat tukar tukar design belog yer. Kejap purple, kejap hijau, kejap biru pulak. So cerewet kan owner blog niyh? Aduh. Maaf ye. Kali niyh nak share beberapa tips bagi calon calon peperiksaan sama ada yang SPM atau yang laen lah kan. Tapi rasanya sesuai untuk yang below 17 kot. Tambah sesuai lagi kepada student yang langsung tak pergi tuisyen tuisyen kat luar macam aku niyh.

Past Year Questions.
Bagi aku, buku soalan soalan tahun lepas sangat sangat membantu untuk dapat A. Tak percaya sudah. Tapi perkara niyh terbukti pada diri aku sendiri. Masa PMR dulu la, dengan rendah diri memberitahu dulu masa form 3, aku duduk di kelas 3 Cekal.  Dua dari belakang. Buku past year questions niyh sangat sangat membantu u olls yang memang lemah dalam sesuatu subjek. Guna buku niyh je, korang dah dapat kenal pasti soalan soalan yang femes selalu kua PMR or SPM.

Perhatian and ask your friends.
Sesetengah pelajar kengkadang sukar nak beri tumpuan 100% terhadap pembelajaran kan? Kan? Tapi please, 80% keatas pun sudah memadai lorh. And and kalau tak paham something, tanye lah member member yang selalu top dalam sesuatu subjek tersebut. Mintak tunjuk ajar dorang yerp. Kalau cikgu ajar still tak faham, ask our friends, kalo tak paham jugak, nampak sangat benak otak tuh. Hehe.

Fakta.
Cikgu saya cakap, subuh subuh uh bangun and pada waktu tuh digalakkan membaca bagi subjek seperti Sejarah , Agama and lain lain. Yang kena hafal hafal niyh larh. Susah bangun pagi? Alahai, try set jam setiap hari jam 4. Bila dah dengar bunyi jam usahakan diri untuk bangun pergi basuh muka. Duduk kat kerusi relax relax 5 minit. And start membaca. Sila amalkan selama 9 hari berturut turut, insyaAllah on the next day kita akan terbiasa bangun awal. Saat tu lah cari peluang untuk study okeh.

Rest.
Majoritinya, bagi student yang ada peperiksaan besar, sekolah akan buat kelas tambahan kan? Kan? Waktu petang selalunya aku isi kan dengan berkebun. Ngeh ngeh. Tak pun, buat something yang u olls minat. Release tension kate orang jawa.

Wajib and sunat.
Solat lah yang 5 waktu tuh bagi umat Islam. And yang pandai mengaji, mengaji lah yer. *ingatkan pada diri sendiri jugak niyh.

Pemakanan.
Jaga pemakanan, hindarkan dari makanan yang kurang berkhasiat seperti minuman bergas, makanan ringan. Mak kate, lepas SPM nanty, ko nak makan sampai muntah darah pun boleh. Haha. Minuman isotonik masuk dalam golongan tak? Hoho.

Mengajar.
Tak semestinya cikgu je yang boleh mengajar. Kita pun boleh mengajar jugak. Jangan lah kedekut ilmu nak konker sendiri kan. Bantulah insan yang lemah. Kalau kita expert sesuatu subjek, lebih baek kita ajar rakan rakan kita yang lemah. Kalau kita lemah sesuatu subjek, mintak members yang laen pulak ajar kita kan? Give and take lah dear. Sama sama untung maa.

 Study group.
Sesuai untuk anybody yang betul betul disiplin and tak suka membuang masa je. Ada sesetengah orang suka belajar sendiri. Tapi kalau study ramai ramai [ below 3 or 4 ] kan bagus. Banyak faedah. So, selama niyh belum lagi amalkan. InsyaAllah nak belajar dengan budak cina fasal Addmath. Amin. 1 Malaysia kan?
Sekian dari Zati untuk u olls and diri sendiri. Kalau kureng maaflah. Tapi kalau nak tambah or share dengan Zati dengan hati terbuka mengalukan pandangan korang sume. Ececeh. Sharing is caring kan? Kan?


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Friday, September 9, 2011

Mood Before Trial SPM

 Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Berita kedua paling penting untuk tahun ni. Next week trial SPM seyh. Wish me luck ye sayangs sayangs ku semuanya. Actually, nak cakap prepare untuk trial baru 1% kot. Sape yang tak nak buat yang the best kan. Manalah tahu, SPM sebenar ada masalah yang tidak diduga ke. Result trial pulak yang diambil kira kan. Zaty harap semuanya berjalan lancar okeyh and sentiasa mendoakan kejayaan untuk semua members yang kenal Zaty yerp. Berkat usaha and doa pasti semua orang akan berjaya okeh.

Lets share. Jumaat 9 September that mean today lah kan. Dewan peperiksaan dibahagi dua ja. Ye, sekolah saya kecik je tak macam sekolah awak yang besar gedabak tuh. Ye sekolah saya sekolah kampung tak macam sekolah awak yang dekat bandar tuh. Ye saya tahu sekolah saya sudah makin cantik sekarang berbanding sekolah awak yang still sama je corak cam tahun lepas. Ye, saya tak peduli pun okeh janji saya dapat belajar dalam keadaan yang sangat baik. Thanks pengetua yang kiut.
Zaty duduk dalam Dewan A. That mean, 5 Alpha, 5 Gamma, 5 PA, 5 E1 ( half ). Terkejut sangat coz angka giliran meletakkan Zaty duduk dekat belakang skali. Second last lah kan. Adoi. Jauh sangat. Lagi rela duduk tengah tengah. Ngeh ngeh. Takpe lah. Kiri kanan takde geng saya. Depan belakang bukan pale otak cam saya. Saya seorang. Saya sendiri. Terpaksa sendiri. Tapi takpe, takde lah orang nak mintak jawapan kan kan.  Nasib baik saya tak duduk sebelah budak N tuh. Zaty takut dia tanya jawapan. Zaty takut dia tiru pandang paper Zaty. Apedehal, cepuk jer lah kan. Haha. Sedap je.Tapi best jugak lah coz budak budak pandai dari kelas 5 Alpha duduk belakang jugak. Boley 'kopi' Addmath. Haha.
 Akhir kata, best of luck untuk semua. Bagi yang sedang membaca post ni, doakan Zaty semoga dapat jawab paper dengan tenang okeh. Semoga apa apa yang telah dipelajari dapat dicurahkan kat atas paper nanti yer. InsyaAllah kalau iman dapat Zaty tahan, selepas dua minggu kita jumpa lagi okeyh. Ingat ya, doakan yang terbaek untuk saya taww. Sayangs semua. Thanks jugak to my sys yang always keep supporting me day by day. Love you muah muahh.
Zaty doakan untuk diri Zaty supaya dapat buat yang the best untuk diri and masa depan. Amin.

Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.