HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Tuesday, March 20, 2012

Memories in Kem PLKN Ayer Keroh

Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Today nak share some pictures and aku akan citerkan serba sedikit mengenai gambar tersebut. Mwehee~ Lets go!
Me and Marina Asenar
Kiteowang menjadi rapat secara tak sengaja okeh. Masa tu aku tengah dengar lagu 2PM  Hands Up siap buat gaya lagi, kebetulan Ryna lalu and die cam shock jap tapi tak lama tu die pun ikut gaya ikut. Start dari situ, bile kiteowang bertembung je, tak payah cakap banyak, masing-masing akan buat gaya Hands up. Lebih parah kalau dalam surau, aku terpandang die, die terpandang aku , terus Hands Up! Hahah. Lebih kamcing lagi bila masing-masing tootttt, both of us akan lepak belakang saf and borak-borak. Itulah perkenalan antara kami. Dua-dua otak giler-giler, tapi Ryna lebih giler dari aku. Kengkadang die niyh sengal gak. Percayalah! Bini....miss you lorh. Nama aku dalam phone die 'Boyfriend'! Ngee~

Kompeni Alpha [ Wirawati ]
Inilah bendera Alpha Team - Phoenix yang kami agungkan. Alpha mewakili warna merah. Dalam banyak-banyak bendera kumpulan terdahulu or yang saing dengan kami sekarang. Aku rasa bendera kiteowang lah paling smart sekali. Kompeni Alpha adalah kompeni yang didahulukan dalam apa-apa perkara sekalipun. And kami sentiasa berada di hadapan. Ekeke. Jangan bongkak. Kekuatan penuh bagi wira adalah 59 orang manakala kekuatan penuh bagi wirawati adalah 47 orang. Bagi wira , kami ada 'Tepuk tepuk Alpha Team' , 'Tepuk tepuk Alpha Hebat', 'Tepuk tepuk Abang Sayang' and 'Tepuk tepuk Alpha marah'. Hehe, bagi aku wira Alpha sangat kreatif and laen dari yang laen. Semangat kerjasama dorang sangat kukuh. Dalam apa jua pertandingan, dalam kumpulan wira, Alpha selalu menang. Cayalahh. Untuk wirawati , kami ada 'Tepuk tepuk Anak Jin', 'HOT-TO-GO' and 'Cuak tak cuak'. Paling femes HOT-TO-GO lah kan, sebab memang unik giler arhh. Semangat kerjasama wirawati Alpha agak kureng cket. So, takmau citer kat sini sebab aku dah tinggalkan sume bende tu dalam kem. Hoho.

Khidmat komuniti , Kampung Permatang Pasir.
Gambar niyh sewaktu kami membuat khidmat komuniti di sebuah kampung yang berdekatan. Inilah first tyme kami keluar dari kem selepas lama terperuk dalam kem. Huhu~

Meja makan wirawati Alpha
Makanan sedap or tak ke, kat sini lah tempatnye untuk kami menjamu selera bagai. Nak berebut ke hape ke, nak chopp tempat ke hape ke kat sini lah. Tak boleh makan kat meja kompeni laen. Nak makan pun kiri kanan bangsa laen tu. Nak mewujudkan bangsa 1 Malaysia. Amin.

Abang dewan makan [ kantin ]
Aku gelar dorang abang kantin je senang, nak sebut panjang-panjang memang susah ar citer die kan. Kebetulan mereka berdua niyh, together-gether dalam gambar niyh. Dua orang abang niyh la yang baek hati sekali and tak banyak komplen kalau aku mintak sambal and kuah lebey. Kalau makan nasi dengan sambal se-co-et memang tak arhh aku nak habiskan nasi tu. Membazir je. Mulenyer memang segan nak mintak lebey ke hape ke, bile fikir balek buat hape nak malu. Kerajaan bayar, bukan dorang. Hahah. Orang laen dapat sambal 1 cedok, aku mintak 3 cedok. Sume owang takut tengok aku kuat makan sambal. Nak wat guane. Dah biase. Siap abang yang bahagian kanan niyh tanye aku, 'Orang melaka ker?'.. 'Tak arhh'. Ye la, orang Melaka je la kuat makan pedas kan. Dah lame tu, abang-abang kantin niyh pun dah biasa ngan sikap aku. Kueng3.

Ada sekali tu aku betul betul betul buat muke tak tahu malu. Waktu dinner, dorang ade sediakan ubi goreng, mulenyer aku amek satu je. Rupenyer sedap plak ubi goreng tu. Lepas basuh tray and cawan sume ingat nak pergi amek lagi. Waktu tu ingatkan ramai lagi pelatih yang tengah beratur, tapi lepas aku habis makan, kosong. And ade beberapa orang lagi abang yang tengah line up baek punye kat situ. Malu, tapi aku tetap nak jugak ubi tu. Then, lepas bisik-bisik kat Ryna, aku terus pergi kat dulang berisi ubi goreng tu, amek and terus choww!! Argghhh, buat muke slamber terus blahh!

Kelas Integrasi - kump 4
Dorang sume adalah yang the best and group paling comel yang pernah aku ade. Sayang korang! Korang sayang aku jugak kan? kan? Hehe~ Btw, seperti yang pernah aku citer sebelum niyh aku ngan Ryna suke sakat wira dalam kump kiteowang. Ke4-4 nyer lah senang citer kan. At selalu cakap kat aku yang aku niyh jenis slamber, jenis yang tak kisah ape orang nak buat and die cakap sikap aku tu bagus. Muahahak, thanks At. Love you lah!! Sakthi Boy laks, lame-lame aku tgok die niyh comel and good looking bile botak. Ade rambut tak hensengg. Bile pandang muke die je, die mesti buat mata terjojol. Shoo cute. Ade sekali tu tyme kat dewan utama, die asyik miscall Ryna. Ryna try to find him, tapi die reply jangan cari die sebab takkan jumpe. Then aku try cari, sekejap je aku boleh nampak die. Ryna terus pergi kat tempat Sakthi tapi Sakthi tak taw yang Ryna tengah cari die, Sakthi nampak aku then die suruh aku rahsiakan kedudukan die, aku just senyum je lah. Tak lame tuh Ryna dah ade kat belakang die and die shock! Hahah. Comel lah dorang niyh.

Me and Wei Siang
Mamat chinese niyh always dengan muke serius die. Tapi dalam gambar niyh bley plak die senyum. Alahai, comel. And aku suke guy pakai topi lorh. Lesung pipit mahal sangat kan. Anyway dorang sume memang sporting kalau nak tangkap gambar sama-sama kan. Ade satu part dalam kelas Integrasi, kiteowang nak buat choral speaking , part Wei Siang niyh ' Betul betul betul ' and kiteowang nak die buat cam Upin Ipin. Tapi dengan muke tak boleh blah die slamber, 'Betul............betul.............betul.........'. Satu demi satu die sebut. Aku ngan Ryna bile dengar and tengok gaya die terus shock!! Dengan macam muke terpaksa and redho je. Lame tu kiteowang berdua pun gelakkan Wei Siang. Adoyai.

Dari hadapan : Ezany , Kak Zati and me. Rehearsal kawad masuk baris.
Waktu niyh kiteowang baris kat tepi kolam di bawah pohon untuk berteduh. Sambil menunggu command masuk baris dari penghulu. Bila dah baris sedia, terus masuk padang kawad diiringi lagu Angkatan Tentera Laut, waktu tu rasa bersemangat and bangga giler arhh. Sukar untuk digambarkan. Kene rasa feel tu sendiri oke.

Backdrop Malam Mutiara Kasih
Cantek kan? Inilah hasil kreativiti dari Ryna, Michelle, Fong and aku sendiri. Kami ber4 adalah orang kuat untuk menyiapkan serta deco sendiri our own backdrop niyh. Ramai yang puji akan kecantikan backdrop niyh and malam tu, ramai yang amek gambar dengan backdrop kiteowang niyh. Tak seperti tahun yang lepas, dorang just gune kertas majong and tulis pape yang patut je. Tak awesome. Even, memang banyak sangat dugaan seperti kekangan masa, komen dari jurulatih yang setiap darinya adalah berbeza. Nak ikut satu persatu memang payah lah kan. Btw, akhirnya jurulatih backdrop kami, Cikgu Lia sangat memuji and berulang kali tengok backdrop kiteowang dalam phone die. Ngee~

Cikgu Dzul
Ade gaya orang arab tak? Hikhik. Inilah cikgu yang senantiasa membawa kamera kehulu ke hilir tangkap gambar segala aktiviti yang dilakukan oleh para pelatih. Waktu niyh aku nak die mengadap kamera aku untuk tangkap gambar, tapi die wat posing niyh contoh cam posing orang seniman je pandang tempat laen kan. Mane taknye, elok aku tengah record video persembahan kompeni, ade je benda die nak kacau. Adoi.

Satu Hasrat, Satu Semangat, Satu Tekad.
Cantek kan gambar niyh, aku copy dari member fb. So, credit to the owner sebab aku tak tahu sape yang amek gambar ni tapi sumpah cantek. Aku da suruh bapak aku tangkap, tapi non-hado plak. Waktu niyh lepas ayat Satu Tekad, semua orang baling topi melambangkan kami semua sudah tamat latihan. Hoorayyy!
Memories in PLKN , dekat di hati. Mmmuah!

Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Monday, March 19, 2012

Kelas Integrasi : Part 2

Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Wirawati dalam group 4 dimonopoli oleh Alpha.  Sebenarnye dalam Kelas Integrasi 7 dimonopoli oleh Alpha. Yang baek-baek lah kan, hehe. Yang pemes-pemes , havoc havoc group laen. Tapi antara yang baek baek niyh, aku ngan Marina lah yang tukang bikin havoc-nyer. Seorang lagi adalah Fong. Tak banyak citer yang menarik fasal kiteowang bertiga melainkan selalu memberikan idea yang bernas bak emas dalam melakukan aktiviti gerak kerja. Cikgu cakap kump4 banyak diam sebab kiteowang niyh memiliki wira yg pendiam, takkan wirawati nak lebih kuah dari sudu lak? Lagipun memang tak suke masuk campur urusan luar. Suke buat kecoh dalam group sendiri je. Aku ngan Marina just suke usik-usik wira group kiteowang je. Bukan menggedik-gedik kenyit mata ngade-ngade okeh. Just nak bagi kump4 niyh ade mood cket. If wira senyap, wirawati kene jalankan tugas untuk bikin havoc. Bila group kiteowang senyap je, sorang demi sorang kiteowang kacau.

Kalau dapat Mas Joko, kiteowang akan gune slang Indonesia nak usik-usik die. Masing-masing punye cara lah nak kacau dorang kan. Dapat kacau 4 orang wira memang best and rasa kelas Integrasi paling awesome giler. Tukar channel kepada persaingan plak.  Kump2 yang terdiri dari wira yang bising nak mampus suke nak kenekan kump laen. Nak nak dari kump aku sendiri. Aku memang tak suke orang jentik members aku if nak jatuhkan seseorang tu dengan lawak bodoh memasing. Tambahan waktu present kat depan, wira kump2 selalu nak kenekan Mas and At. Yang dorang niyh jenis lurus , so bile tyme soalan yang boleh dikemukakan dorang akan start bertanya then tuju soalan tu kat Mas and At. Dengan secara langsungnye aku terus tepis soalan dorang dengan pelbagai hujahan sebagai contoh, jawapan dah trang tang tang tertulis kat kertas majong boleh tanye soalan yg sama lagi.

Setiap kali kiteowang present ade je soalan pelik-pelik yang dikemukakan oleh kump2. Kalau aku jawab senang je, ‘Tak dengar ke kiteowang dah cakap kat depan tadi?’. Hoho. Padan muke nak kenekan orang sangatkan. And ade skali dorang nak tanye soalan kat kump4, tapi semua ahli aku da masuk dalam, tinggal aku ngan Fong je. Then aku stop, and aku pandang muke mamat tu, ‘Teruskan..nak tanye ape?’... Then terus tak jadi, die suruh aku masuk plak. Haaa~ Nak kenekan orang lagi, soalan terus blank. Kuikui. Waktu pertandingan pokok Integrasi, awalnye kiteowang gune daun-daun yang layu kering sebab nak cabut yang masih hijau takut cikgu marah. Binalah pokok dari daun yang kering. Tengok group laen sume gunekan daun hijau rasa tercabar pun ade. Wira kump2 dah gelakkan kiteowang yang gune daun kering and dorang yakin yang pokok dorang akan menang. At last, aku ubah fikiran and aku suruh group aku cari daun hijau buat pokok baru. Gune daun hijau dah nampak cantek sikit and kump2 cakap , ‘Alamak..dorang gune daun hijau plak..!’. Wira kump2 memang havoc.

Akhirnya, setelah pokok Integrasi kami siap kiteowang memasing puji pokok sendiri yang cantek sangat tu and gaya cam pokok hidup. Waktu sesi lawatan antara kumpulan, ramai yang datang kat group kiteowang and bergambar dengan pokok kiteowang. Hikhik. Hasil kreatviti semua ahli kumpulan. Kump2 ade try nak sabotaj, kiteowang langsung tak berani nak lawat pokok kump laen secara dekat sebab nak awasi pokok Integrasi sendiri. Tengok dari jauh jer la. Akhirnya, selepas undian dibuat, pokok Integrasi kump4 paling banyak mendapat undian sekaligus kamilah J U A R A.
Cantekk kan? Inilah hasil kerjasama members kump4!! Heheh

Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Sunday, March 18, 2012

Kelas Integrasi : Part 1

Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Semangat sikit yer rakan rakan semua sebab part niyh lah yang ana paling suke antara banyak banyak kelas. Tak semangat lagi? Jum buat tepuk tepuk semangat!! Tapi takde video nak tunjuk..alorrrr.. Kelas niyh hanya berjalan seminggu je or lebey tepat lagi 5 hari je you. Yang sekejap niyh la paling happening sekali. Act, aku ngan Marina maen tipu masuk kelas 7 sebab kiteowang nak satu kelas punye fasal. Then, dalam pembahagian group pun sama. Aku tukar nombor nak sama ngan group Marina masuk group 4. Huakhuak. So, terhasil lah group 4 lelaki and 3 perempuan. Act, ade sorang boys tu tukar dengan mamat chinese. Konon takde geng, baguslah die tukar sebab we all pun tak suke die. Kueng kueng. Ganti dengan mamat chinese comel lak uh. Heheh.

Memperkenalkan barisan wira Mas Joko, Wei Siang, Tee and Sakthi. Barisan wirawati Fong, Ryna and aku. Untuk hari pertama Sakthi tak masuk agi. So, awalnye adalah ber-6. Mas Joko namanye Masnazir , tapi nametag die letak ‘Mas’. Aku ngan Ryna memandai tambah Joko kat belakang biar nampak tomei sikit. Hikhik. Kalau nak suruh die buat keje ke hape ke, just call him ‘Mas Joko’ je. Huahahaa. Die niyh memang laen dari yg laen. Laen kat mane pun tak taw arhh. Die niyh jiwang karat tak bertempat betul. Kengkadang uh, tyme kiteowang tengah sibuk buat keje, die sibuk nyanyi lagu jiwang. The best part die tanye aku, ‘Kau tahu tak motto aku ape?’.. ‘Ape?’...’Aku takkan melukai hati wanita.’... Perghhhh! Tyme niyh memang aku gelak giler babengg arhhh. Kelakar arhhh. Sometimes uh, cikgu ade sebut fasal korbankan ape tah, die pergi sambung..’ Korbankan cinta! ‘ tapi slow and aku boleh dengar. Lagilah aku rasa nak ketawa bagai. Even muke die still chillax and cool je. Sekali die buat ayat, ade je aku ngan Marina nak gelak bile tengok die. Adoyai.

Wei Siang. Muke die serius giler. Jarang nak senyum. Muke cool 24 jam. Takde nak senyum ke hape ke. And bile aku ngan Marina arahkan die buat keje ke hape ke, die buat. Tapi reaksi muke die buat aku rasa serba salah. Sama ada die suke atau tak dengan tugas yg diberikan. Sampai aku selalu tanye, ‘Marah kiteowang ke?’ ‘Tak suke kiteowang arah arah kerja ke?’ Even die jawab or tak pertanyaan kiteowang, muke die still reaksi yang sama takde reaksi. Cuak plak tengok muke die. Bile kiteowang dah tak tahan dengan reaksi muke die tu, kiteowang selalu cakap, ‘Wei siang...senyum...’ No reaction. ‘Wei siang....senyum.....!’. Then die senyum, rupenyer ade lesung pipit. Mahal lesung pipit die tu. Comel lah bile senyum. Last day kiteowang jadi satu group, Ryna asked him to teach her chinese language. Dorang maen jahat dhoo, dorang nak ajar tapi bile Wei siang sebut satu ayat, Tee tetibe je ketawa and aku terus kata , ‘Ni mesti ayat yang tak baek niyh!!!’. Memang betul pun bile aku paksa Tee translate ape die cakap. Kejam cili padi betul!

Duduk dari kiri : At , Marina and Fong
Berdiri dari kiri : Sakthi, Tee, Wee Siang, Mas and aku.

Tee Sui fan. Panggil Tee je. Yang niyh memang best. Jenis ikut arahan. Kiteowang suruh senyum, die senyum. Suruh jadi patung die jadi patung. Hakhak. And otak jenis layan jaa. Pendiam orangnyer. Setiap hari Ahad adalah waktu lawatan keluarga, tyme aku ngan Ryna nak naek surau solat Zohor nampak Tee sedang duty. Aku ajak Tee naek surau sekali then die jawab, ‘Kejap lagi...’. Bile kiteowang dah selesai sembahyang we all tanye lagi , ‘Dah sembahyang??’ ..Tee jawab , ‘Dah..’ Then aku ngan Ryna sama sama tadah tangan ‘Alhamdulillah..’ then terus blah. Comel lah dorang niyh. Next, At-termidzi. Panggil At aje sudah. Gaya die sebijik macam salah seorang wirawati Alpha. Kelakar pun hado jugak die niyh. Sikap yang tak tetap. Aku  faham yang die niyh kengkadang nervous or bagai ke hape kan, tapi die tetap nak bercakap kat depan. Baguslah and kiteowang memang tak halang die nak bina keyakinan diri die pun. Gaya die bercakap memang sebijik macam kawan kiteowang and benda tu buat kiteowang nak gelak. Kalau ade part-part yang kelakar aku akan bisik kat Marina, At ngan Mas mesti redho je dengan gelagat kiteowang terhadap dorang. Kiteowang tak kutuk ke hape ke, juz rewind balek je ape accident yang funny. Hehe.

On the next day ahli baru pun masuk. Act, cikgu tanye kump4 untuk membuat pilihan. Memandangkan group aku takde budak India, and pilihan pun ade sorang je India. Aku pilih Sakthi untuk join even ramai dari group aku nak pompuan. Cukuplah kami ber3 berkuasa. Husyyy. Aku tak rasa rugi pun pilih Sakthi sebab aku memang nak cukupkan elemen Satu Malaysia dalam group kiteowang sebab Kelas Integrasi melibatkan adat resam budaya kaum lain, macam yang before niyh dapat tajuk mengenai Deepavali tapi tak tahu nak rujuk sape. Ade Sakthi rasa awesome cket an. Kerjasama yang diberikan pun bagus jugak. Peramah jugak orangnye. And bila aku boring and pandang muke die, die akan buat mata juling yang sangat besar. OMG! First tyme tengok terkejut jugak, bila dah banyak kali tengok rasa comel plak. Haha, Sakthi Boy katanye. Itu perihal wira group 4. Next wirawati pulak okeh.
Konyang makan ayam masak barbeque dengan mihun goreng. Yummy~

Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Pengenalan PLKN Ayer Keroh - Part 1

Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.


Berakhirlah sudah aku sebagai wirawati di dalam Kem Hutan Rekreasi Ayer Keroh Melaka selama 76 hari aku menjalani Program Latihan Khidmat Negara di sana. Alhamdulillah. Jum bace untuk sesi pengenalan okeyh.. Untuk 2-3 hari pertama aku ditempatkan di dalam bilik nombor 15 kawasan wirawati. Aku ingatkan itu adalah bilik aku sampailah aku tamat latihan, rupenyer tidak ye anak-anak.

Aku dikelaskan sebagai wirawati Alpha dan bilik baru aku adalah bilik no.7. Ahaa, act kem kiteowang bukanlah penginapan yang berbentuk dorm, tetapi lebih kepada bilik ala-ala chalet gitu lorhh. Setiap bilik hanyalah boleh memuatkan 7 orang pelatih dan terdapat 7 loker jugak. Bilik niyh lebih private sikit berbanding dorm and selesa untuk freestyle whatever.

Act, ade 4 kompeni iaitu Alpha, Bravo Charlie and Delta. So, bilik air die pun untuk satu kompeni sahaja. Untuk wirawati Alpha, kiteowang ade dua bahagian, kawasan yang kecil sikit iaitu dari bilik 1 hingga 6. Kawasan besar plak dari bilik 7 hingga 34 kalau tak silap. Bilik 7 dan 8 adalah Alpha. And aku duduk dalam bilik 7. So, untuk bilik air yang sangatlah besar itu hanya digunakan oleh dua buah bilik je. And kompeni laen kene berkongsi bilik air yang besar itu seramai 47 orang.

Aku plak just share dengan 11 orang je. Senang coz tak payah berebut-rebut. Bersyukur niyh <3 Ingin daku memperkenalkan rakan rakan sebilikku. Penghuninya adalah aku sendiri, Kak Zati ( tua setahun je ), Diana, Ira, Rachel and Christine. Bilik aku takde India coz pelatih India kureng, tak ramai. Alhamdulillah budak budak dalam bilik aku niyh baik budi pekertinye. Cuma aku je yg hyperactive sikit and kak Zati a.k.a ketua surau , sekolah agama lah katekan.

Tempat penginapan aku sangatlah berdekatan dengan pintu pagar besar, so tak payah nak susah-susahkan diri berlari naek turun bukit if ade emergency. Mudahnye~. Dalam bilik ade 7 katil, disebabkan ade 6 orang je, so 6 katil sahaja yg digunakan. Satu lagi kosong, tapi secara auto nye katil tu katil aku jugak sebab bersebelahan je and aku selalu wat semak kat situ and aku jugaklah yang kene kemas. Sekian sahaja fasal tempat penginapan kami. Rindu bilik pulak. 
Malam niyh buat barbeque. Yummy~ And and nak tambah post lagi kalau sempat. peace!!


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.