HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Tuesday, November 20, 2012

Teringin nak try Shimino crepes

Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Actually benda niyh da lame aku tahu dalam magazine , tapi asyik terlupa je nak research kat google.com . Teringin nak merasa Shimino Japanese Crepes ni weyhh. Nampak cam sedap je and nampak macam laen dari yang laen. Aku memang suke nak merasa benda-benda macam ni , halal or tak?? Mestilah halal awak! Aku dah tengok locations die , salah satunya kat Pavilion tuh!

Source credit : Shimino Japanese Crepes website


Dah tentu perisa niyh yang menjadi pilihan aku nanti!



Paen cakap rumah die dekat dengan Pavi , ehem ehem. InsyaAllah saya nak die bawak saya ke sana nanti. Hehe, Memang aku tak tahu pun jalan KL tu. Saya orang kampung , ekeke.

Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Monday, November 19, 2012

Barang yang perlu dibawa ke Uitm


Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Kesinambungan untuk persiapan ke PLKN dulu jugak. Aku tengok dah nak hampir 1000 orang view fasal entry tu. Aku mintak maaf la , kalau ada terkurang informasi yang aku boleh share dengan korang waktu tu. Sebab masa tu pun aku ‘terlebih excited’ nak join PLKN jugak , hehe.

Tergerak hati nak share benda alah ni kepada bakal-bakal budak U insyaAllah sama ada yang untuk sem yang akan datang ataupun untuk adik-adik bawah aku nanti. Tak pasti sama ada yang bakal masuk kolej or politeknik pun boleh tahu benda yang sama , yang pasti aku akan cuba sebaik mungkin nak kongsi dengan korang tentang barang-barang yang perlu or saja-saja korang nak bawak masuk U nanti.

Kalau macam keadaan aku yang sekarang ni , jarak rumah aku dengan kolej ( tempat tinggal ) dekat je , so tiap-tiap minggu kalau berkesempatan aku boleh balik rumah bawak barang-barang yang tak pernah terfikir pun nak bawak. So , kalau korang dah packed barang or belum ke , jum bandingkan checklist korang sume dengan checklist aku.


UPDATED : 11 NOVEMBER 2013

Memandangkan aku dah setting tak dok sesapa boleh copy apa-apa maklumat dari blog aku. Jadi, untuk kemudahan adik-adik sekalian, akak sediakan link microsoft word untuk korang download and print. Tak payah penat-penat salin kat kertas. Okay tak? Baik tak? Hahah.

Akak guna akaun 4shared.com untuk file ni. So, sebelum download korang kene sign in/up 4shared.com dulu okay??? Kalau ada pape masalah infom tau.


Penting ( Very the important , ekeke )
Seharusnya kat bawah ni haruslah menjadi keutamaan korang semua tahu. Supaya takdela nak kelam kabut bagai resah gelisah nak fikir barang apa yang perlu dibawak semua tuh. Bawak lebih takpe , kurang jangan.

-Surat tawaran ke UITM
-Gambar pasport – 10 keping insyaAllah cukup , kalau lebih boleh guna untuk next sem.
-Salinan fotostat ic sendiri / ibu bapa yang telah disahkan
-Sijil SPM - original
-Beg duit / kad bank / kad SSPN
-X-Ray / medical result

Alatan tulis / Kelas
Alatan tulis ni wajib ada bagi setiap penuntut , malu lah kalau baru first day dah nak pinjam orang je. Kalau yang tak penting uh tak payah la bawak pergi kelas , sederhana sudah. Selalunya untuk first day korang masuk kelas tak belajar sangat , ice breaking dulu. Terpulang pada lecturer nak korang cakap dalam bahasa Melayu or English , nasiblah. Nantikan dah jadi budak U , nak introduce ourselves tu dah bukan macam budak darjah 1 tau. Lebih dari itu , hehe. All in english , be prepared.

-Tali matrik – kalau dah bosan pakai tali matrik U , pakai yang ade corak sikit. Hehe.
-Testpad – tak cukup boleh beli lagi
-Fail – ikut keperluan lecturer masing-masing
-Pen/boxes – wajib ni
-Kipas tangan – tempat aku ni panas , dah sampai kelas mule ar rasa panas , masa ni lah bergunanya kipas tangan anda yang comel tu.
-Notebooks – wajib untuk buat catatan masa dalam kelas nanti.


Bilik tidur
Tempat yang harus dititikberat akan kebersihannya. Sebab tempat tu la korang nak tidur, makan, lepak, belajar semua so kenalah jaga kebersihan bilik. Cooperate sikitlah dengan roommate korang eyh, saling bantu membantu. Selalunya ampaian baju ni terhad kalau nak sidai kat luar , kat bilik pun boleh sidai , tapi pandai-pandai lah cari tempat yang strategik oke. Untuk bantal busuk ke hape ke, ade sesetengah bilik takde bantal or bantal dia keras , bagi korang yang mengade tak suke bantal keras , sila bawak bantal sendiri. Hehe.

-Selimut
-Bantal
-Cadar


Makan / minum
Makanan-makanan ringan niyh kalau boleh spare sikit dalam bilik. Tapi bila stock makanan korang dah betul-betul habis tu jangan cuak sudah. InsyaAllah korang boleh keluar malam tapi kena berada dalam kawasan kolej before 11PM. Kadang-kadang ade jugak kakak-kakak jual makanan lalu lalang kat koridor kolej. Nasi goreng , sandwiches, jambu, hotdog and so on.

-Biskut / snacks – wajib jugak, yang korang suke makan la. Tyme bajet lari , makan ni je.
-100 plus – minuman isotonik , yang ni aku sorang je kot. Penat balik dari kelas aku minum ni , kasi tenaga! Hehe,
-Megi – tak suke megi? Kuewtiaw pun boleh , mihun, bubur. Spare la satu packet!
-Air masak satu tong besar – ini harus! Life kat U niyh memang banyak minum air masak yer awak!

Pakaian
Seharusnya apa-apa sahaja pakaian yang dipakai haruslah mengikut sahsiah rupa diri selagi korang berada dalam kawasan kolej ( tak termasuk pakai kad matrik, hehe ).  Kalau kat tempat aku ni banyak pak polisi selalu lalu lalang , kalau nasib tak bagus insyaAllah korang akan dapat berkenalan dengan pak polisi dengan lebih dekat, hehe. Baru-baru niyh dapat berita , naik semester 2 niyh wujudnya ‘Sistem Saman Terus’ , maksudnya kalau korang ada buat salah pape ke , tak ikut sahsiah rupa diri ke , tanpa banyak soal terus kena saman.

-Anak tudung / anak..anak..
-Kemeja – untuk lelaki , pakai setiap hari Isnin.
-T-shirt berkolar – untuk lelaki pakai pada hari-hari biasa dalam kawasan U.
-Seluar slack / jeans – no jeans ketat-ketat katanya.
-Kasut sarung – for ladies , hari Isnin sahaja ( hari korporat katenye )
-Kasut sukan – part 1 wajib koko , so kena gune kasut ni.
-Stoking - bawalah secukupnya
-Towel
-Blouse  / Baju kurung
-Tudung / Pins
-Kasut tali / flat shoes
-White t-shirt / tudung puteh – untuk koko budak Part 1
-Tracksuit
-Sweater / cardigan – terpulang pada empunya diri , untuk beli makanan kat dewan.

Alatan mandi
Alatan mandi ni, ape je barang yang korang gune semasa mandi-mandian bawalah ye. Selain itu , baju-baju kotor uh kena basuh jugak, dah takde mak korang nak basuh baju korang lagi dah. Tapi, bagi yang banyak u-wang ( money ) boleh menggunakan perkhidmatan mesin basuh yang disediakan oleh setiap kolej. Takpun , guna perkhidmatan dobi je. Senang je cerita die , hulur duit semua beres!

-Berus baju
-Baldi
-Sabun basuh baju
-Body shampoo
-Hair shampoo
-Berus gigi / ubat gigi
-Gayung or cebok


Lain-lain
Bawak lah kalau korang rasa perlu ok!

-Hanger – nak gantung baju lah kan
-Ampaian bulat yang kecil – tempat ampaian niyh sangatlah terhad.
-Extension wire – tak digalakkan.
-Pads
-Surat khabar lama – join sekali dengan pads.
-Plastic beg – buang sampah
-Tong sampah
-Telekung / sejadah
-Al quran / yasin
-Cermin meja
-Pembalut meja
-Tupperware / sudu / garfu / cawan – niyh untuk buat korang makan or kalau ade kengkawan bawak -makanan lebeyh dari rumah , hehe.
-Sabun basuh pinggan dengan berus sekali – ini harus ada kalau korang bawak tupperware kang.
-Ketip kuku
-Minyak angin yuyi
-Kamus – terpulang.
-Tikar - kalo bilik kolej takde alas.
-Kipas meja / kipas tidur – panas-panas kena la pasang kipas, hehe.
-Selipar toilet – apa kata korang bezakan selipar toilet dengan sandal nak kua pergi dewan..
-Ubat ubatan
-Sikat
-Padlock – untuk safety pintu bilik korang ataupun locker.
-Kayu panjang – ampaian kat luar selalunya tak cukup space , kalau kolej lama tempat aku , ampaian kat -bawah sekali , bayangkan kalau korang dapat level 3?? Tercungap , better buat ampai sendiri dalam bilik.
-Beg beg beg – perempuan kan , haruslah ade pelbagai beg kehulu kehilir.
-Payung – bukan setakat guna waktu hujan je , kalau terlebih panas pun guna payung jugak!
-Seterika – seterika niyh boleh je share dengan roommate , jimat space and bayar elektrik.
-Heater – heater ni pun boleh share dengan roommate.
-Laptop / Charger/ Phone/moviess / pendrive – gadget wajib ada lah kan? Tyme bosan boleh lepak tengok movie sama-sama , tukar-tukar movies.
-Some books / magazine – boring duduk dalam bilik beleklah magazine , tapi kalau dah ade lappy , ade lagi ke nak belek magazine??
-Broadband -  wifi kolej ni takdelah laju mane kecuali UITM Shah Alam , sdn bhd mungkin laju, hoho.
-Penyapu – kenalah rajin kemas bilik ye kak, sapu sawang-sawang.
-Tisu
-Cotton buds
-Tuala kecil
-Jam – jam loceng more better right? Phone kan ade..
-Sepit baju
-Rak buku ( kotak ) - terpulang
-Penyangkut yg gam kat dinding – banyak sangat benda nak gantung kan?? Gune lah benda ni.
-Kalendar – untuk menghitung hari balik rumah / cuti / outing

Bagi buku-buku teks untuk korang gune nanti boleh je beli terus dari lecturer masing-masing , tapi barang baru mestilah harga tip top. Tapi , kalau korang nak yang murah sebab benda nak guna satu semester je , boleh beli dari senior korang.

Banyak sangat dah ni. Kalau ada rasa tak cukup , tambahle sendiri. Aku harap checklist ni sedikit sebanyak membantu korang tau. Sedikit sebanyak jugak membantu persiapan korang serta membaiki kelemahan entry aku yang lalu mengenai persiapan ke Uitm , peace. Terkurang atau terlebih harap dimaafkan. Basic je semua ni , insyaALLAH. 
Selamat menjalani kehidupan sebagai budak U.

Rujuk >> FAQ UiTM sebelum bertanya.

Kbye.




Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Wednesday, November 14, 2012

Malacca comics

Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

I miss everything. I miss you , yess. Saya rindu kawan-kawan saya. Thanks to my sweetie Fazera , sebab call gua tadi. Missing you lah girl. Ekcely , die pakai nombor fon baru , memang aku tahu pun die tukar no.baru kan. Then , aku tanye lah siapa empunya diri yang sedang call aku yang tengah bersenang-lenang ni. Dah merajuk pulak makcik tu , heheh. Hmm , die suruh maen teka-teki , aku mintak dia bersuara lagi untuk sesi pengecaman *lololz* , belum sempat lagi die bagi klu aku dah tembak and sasaranku tepat , hehe.

Ayat rempitss ---> "Itew windu awakk" , betul ke ni ayat rempits?? Haha.

Semalam saya dan keluarga tersayang serta saudara mara jauh saya datang menziarah. Alhamdulillah , macam biasa , kami akan pergi ke Melaka *as usual* lolol. Hehe,

Kami di Kampung Morten. Jyeahhh , Pergi malam-malam ni memang shoooo nice lah awak sume. Sebab kan , banyak lampu biru merah hijau kuning ape sume tu lah! Lagipun , tak bagus jalan-jalan dalam gelap. Wahaha~ Kalau pergi siang boleh la masuk dalam rumah-rumah yang cantik lagi vogeh ni. FOC keyh.

Ohsem sangat and nice. Bukan saye , tapi rumah kecik ni. Hoho, Tak lawak eyh? Kfine. Dah tahu dah? Bagus la , kita memang ade kimia lah awakk. Hehe.

Gambar tak nice kann? Sebab resolution or pixel niyh?? Or sebab model dalam picture ni?? Hehe. Model? Kfine. Haha, Lovely cousin since we're born. Taller than me , younger than me. Hmm, bese ar, lelaki. Takpe-takpe , dulu aku buli die sekarang dah terbalik. Kfine!

Addicted dengan lagu Kim Jongkook - Men Are All Like That and Boyfriend - Janus. Love Love it!

Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Sunday, November 11, 2012

Cool Apps



Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Baru dua tiga hari tak online aku dah rasa sunyi giler tahap gaban tak tahu nak buat ape. Hoho , so korang dah boleh nilai tahap ke-addictive-an aku terhadap internet kat situ. Oke what , kalo masuk kolej mana aku dapat rasa nak online sepuas hati sampai lebam ni. So, gunekan cuti sem ni sebaiknya. Hoho , jangan tiru aksi ini di rumah.

Nasib lah aku da download movie banyak banyak and beberapa episode Running Man yang kononnya aku nak simpan untuk next sem , tapi dah habes tengok da. So, aku kena download movie yang lain dengan banyakkknya! Lol. Bosan. Bosan. Gua tak layan tv , takde citer best yang menarik larh. Benda-benda yang lawak ke, senang hati aku sikit. Hoho.

Baru-baru ni aku layan episode Running Man yang guest die Park Jisung pemain bola sepak MU yang warganegaranya ialah Korea. Fuh, macam detail je aku bagi kat sini. Aku tengok kalau kat padang Park Jisung niyh takde hensem mane , tapi dalam RM stylo lah jugak and buat aku tambah suke die niyh memang boleh ngam dengan RM members. Hoho. Dia buat lawak memang best arhh. Sesuai untuk variety shows, Park Jisung jjang!



Kalau ade apps yang best mesti aku install dalam phone. Then , bile aku da master or aku rasa bosan aku uninstall balek. Huwahuwa~ So, beberapa minggu yang lalu aku jadi curious dengan kpop fan yang menghadiri konsert kpop ni , dorang tak bawak banner ke hap eke tulis name idol kesayangan dorang , tapi dorang gune apps yang ada dalam phone. Jadi , beberapa hari yang lalu aku try la cari kat internet ape name apps yang dorang gune uh , cari punya cari cari dan cari akhirnya aku jumpa.


Apps die sungguh COOL and Daebak! Haha , rasa berangan-angan pulak bila aku waving phone aku and rasa cam ade kat konsert pulak. Hoho. Untuk phone laen aku tak bape nak sure , tapi kalau yang ada android or market uh aku rasa korang boleh try install for free , ‘Kpop Board Star’. For kpoppers only , yang bukan tu tak payah la nak susah-susahkan diri ye, harap maklum.

BIGBANG ( in Korea ) ---> cun ark tulisan korea aku?? hehehe

Lagi satu , aku pun baru rasa nak belek-belek ape yang best tentang music apps dalam phone aku tu , konon nak tukar wallpaper bunga yang tak bape nak menarik tu tapi aku jumpe setting untuk kita tuar suasana atau bunyi lagu tu sendiri yang dipanggil ‘equaliser’. Yang kita selalu dengar ni equalizer die normal je , tp aku pun try la tukar semua jenis equalizer yang ade kat situ. Yang paling aku suke jenis ‘Concert Hall’ , sebab hape??



Aku kan kempunan nak pergi konsert group kesukaan aku , so aku try BigBang – Blue and guess what? Aku rasa aku berada kat konsert dorang betul-betul and dengar dorang nyanyi live betul-betul depan mata aku. Perghhh , dapat bayang tak suasana die macam mane? Hoho. Tahap bahaya jugak aku ni kan, tapi tahap yang masih boleh dikawal. Amin.

Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.