HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Sunday, January 27, 2013

Perbelanjaan makan di UITM


Perbelanjaan makan di UITM + Jimat cara aku dan rakan-rakan..


Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Aku bukanlah berada dalam kelompok bangsawan yang banyak duet ataupun pemegang biasiswa gituw. Aku hanyalah pemegang pinjaman bla bla yang biasa. Hidup secara bersederhana dengan duit pinjaman yang ada. Sesungguhnya aku begitu jimat ( lah jugak... ) dalam berbelanja niyh. Hehe. Untuk menjadikan aku sentiasa beringat dan berhati-hati dalam berbelanja , setiap malam aku akan catat semua perbelanjaan harian aku dalam sehelai kertas. Cara aku takdelah sampai hari-hari makan megi je , nehi nehi.

Aku merupakan manusia yang tak boleh hidup tanpa nasi. Faham itu. So , bincang fasal soal makan. Untuk semester kali niyh aku prefer dewan makan Jebby *bukan nama sebenar. Mulenya aku prefer Temmy *juga bukan nama sebenar , tapi sejak aku tak amek ayam pun dah jadi RM4.50 hangin jugak lahhh. Member amek ayam pun baru RM3 lebeyh. So , berdendam sikit dengan pacek tu. Then, aku ikut cakap Lynn , die cakap better beli lunch kat Jebby sebab situ selalu murahhh. Makanan-makanan kat sana banyakkk pilihan and murah. Siap boleh beli untuk makan malam lagi dengan harga RM5 something je.

Pakej makan tengah hari + malam.

Bagaimana?

·         1 polistrene tu penuh dengan nasi je. Balek bilik pandai-pandai korang la nak asingkan. Sebab , selalunya banyak atau sikit nasi yang korang amek , die tetap charge RM1.
·         Amek satu lauk untuk lunch , contoh ayam atau ikan masak pape je.
·         Then , amek lagi satu lauk contohnya sayur-sayuran kegemaran anda.

Then , dijamin harganya kurang dari RM4.

++ macam aku ,  sehari tak boleh hidup tanpa sambal , sekali cedok penuh sambal satu plastik aku amek , balek bilik je sambal tak habes. Membazir betul *sebab masa cedok tu aku ikut nafsu*.
++ tiap kali makan aku memang suke cedok banyak-banyak , sebab itu nafsu. Then , bila nasi and lauk tak habes , member aku akan marah sebab aku selalu ikut nafsu. Haihh.
++ tapi bila kat rumah aku on je.

Selalunya aku dapat berbuat demikian pada hari Isnin, Selasa dan Jumaat je. Hari-hari laen kiteowang tak balek bilik , so makan kat cafe je. Kalau makan kat cafe , sekali makan je da cecah RM4.50 something. Baru kira untuk makan tengah hari. Belum campur makan malam kalau order nasi goreng tambah air dah jadi RM5. Hari tu je da hampir RM10 belanja. Bandingkan dengan hari tertentu yang belanja kurang dari RM5. Banyak sangat boleh saving niyh.

Menderita ke cara yang aku bagi niyh? Haha. Tentulah tak , sedangkan aku yang banyak makan pun tahan je nafsu dalam berbelanja apetah korang yang keding. Hehe. Ini jugak disebabkan faktor aku malas nak kua bilik hanya semata-mata untuk makan. Aku lebeh prefer sekaligus beli untuk makan malam terus. Sebab aku bukanlah pelajar yang rajin nak kua hanya untuk beli makan malam.

Di samping itu , kalau korang jimat sikit dengan duet yang korang ade , sekali sekala boleh lepak jenjalan pergi bandar ke , having fun tepi pantai ke. So, tak la rasa budget tu lari sangat. Sometimes korang boleh beli pape barang yang korang teringin sangat-sangat tapi still dalam harga yang mampu dibeli , hhehe. Tapi , berhemah la dalam berbelanja.

Masa aku kecik-kecik dulu aku niyh memang pemboros orangnya. Tak pernah nak reti jadi orang yang berjimat-cermat. Tak teringin langsung nak pegang title ‘kaya’ dalam kalangan adik beradik sebab aku la orang yang paling malas nak menabung. Tapi sekarang aku dah berubah. Aku dah ada wawasan. Hahah.

Tips : Sampai bilik , lepas korang makan untuk bahagian tengah hari korang , untuk bahagian makan malam korang haruslah dijauhi dengan tempat yang mudah diserang semut. Almaklumlah , nama pun makanan.

Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Friday, January 4, 2013

Mrs Weird



Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Safely arrived at my homie. K, memang saya mengada pun nak balik kan even duduk kat kolej tak sampai 3 hari pun. Hmm, kesah pulak kan. Members semua suruh balek minggu depan je , tapi saya enggan. Perghh, ‘enggan’ gitu. Saya ada satu misi ni. Insyallah saya akan cuba tunaikan dan laksanakan sebaik mungkin. Doakan saya boleh? Amin. InsyaAllah kalau misi ini sudahpun bermula and ada improvement , i’ll tell u olss! Hint : PMR, k tak payah tanya ape. Tunggu je kalau nak tahu. Taknak sudahh.

Takde pe yang special dalam 3 hari aku tak ber-blogging ni. Cuma , malam semalam ada event kolej. Aku pergi je la sebab dorang cakap ade cop and makan sedap sedap sedap sedap. Ha, kalau sebut fasal makan , tak ke mahunya aku tidak pergi? Ada faham? Wakaka. Tentulah disebabkan makanan yang dorang cakap sesedap tu aku datang dengan perut yang kosong. Lahhh , macam bese mestilah ade cakap-cakap-cakap bagai kan. Aku boleh terima lagi kalau RS atau YDP atau NYDP yang bercakap kat depan. Tapi kalau dah semua berkeinginan untuk bercakap kat depan ape kes? Ritu kan dah jumpa *sigh*.

Pastu , all the time aku tweet je fasal ‘lapar’ and penuh je TL aku  fasal lapar. Eeee, mengamuk lah sangatkan. Lepas dah potpetpotpet dorang ajak maen game pulakkk. Mak you , ana lapar sangat ni. Boleh tak makan dulu baru nak maen hape ke sume? Geram je rasa. Kenapa aku tak sabar ni? 10:28pm aku still tak dapat makanan. Perghh , perut aku lapar seyhh. Berkeroncong menyanyikan lagu ‘Gangnam Style’ sudah. Tak caye? Sudah.


Dalam 10:30pm ke atas tu, dorang cakap da boleh amek makanan. Aku, Miera, Mira terus serbu and aku amek dua bungkus , Miera pun dua bungkus. Roommate aku pun amek dua jugak, haaa~ hamek ko , nampak sangat mak nyah-mak nyah ni lapar sangat kan. Hahah~. Takde gambar untuk event malam semalam sebab , takde benda best untuk dikongsikan pun. Sekian.

Untuk hari ni , dalam kelas BEL , mulanya kiteowang kena salin 3 buah perenggan yang menggambarkan siapakah "Mrs Weird". Siapakah? Aku pun tak tahu , tulis je lah. Sampai penghujung , Miss suruh kiteowang lukis mengenai gambaran yang telah diceritakan. Then , aku baru teringat semalam , tyme tunggu bebudak kat koridor , ade dua orang student tengah tunjuk gambar kucing masing-masing yang dilukis. Pelik sudah kucing dorang tu. So , aku pun paham apa Miss cuba nak bawak game ni dalam kelas. Kfine.

Mrs Weird.

Hakhak. Kelakauu kan? kan? Adoyai. Tersangatlah lama aku tidak melukis niyh. Nak nak part kasut Mrs Weird yang sungguh annoyed giler. Aku da lupe macam mana nak lukis kasut. Kesian kan? Kalau tangan toksah duk cakaplahh. Lagi hancuss. Ha , cepat komen, cepat kutuk lukisan aku cepat! Hehe.

Aku telahpun dimasukkan dalam annoying list Finaz , hikhik. Sebab aku selalu usik and kacau dia serta selalu buat die bengang. Sape suruh die serius sangat dalam semua hal?? Hehe. Sorry , Finaz. Tengok Finaz je boleh buat aku nak senyum je memanjang , haha.

Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.