HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Friday, July 26, 2013

The stuff I've bought lately

Assalamualaikum and Salam Ramadhan.

Hai Handsome and Hey Gorjess out there.

Semua dah sakan shopping raya ke weyh? Kalau tanya aku, barang untuk persiapan tu memang dah ada, tapi.. nak cakap sakan tu.. belum lagi.. ulang suara.. belum lagi ye.. heheh.


Tadaaa... comel tak? Comel kan? kan? Semua ni disebabkan pengaruh macek Mira, and dah lama dah aku nak cari benda alah ni lepas tengok tuto kat youtube dulu. Nak bibir kononnya ala-ala Korean ulzzang gituh!! Tapi macek Zati pakai tak jadi rupa ulzzang lah yer, muka yang ori ajelahh. Maklumlah, hanya memiliki rupa paras yang cukup biasa. Alhamdulillah.

Jadi.... nak kasitau jee..from left to your right niyh namanya "Lip Tint Obuse" . 

Keempat-empat botol comel ni milik aku dan tiga daripadanya masih status 'hutang' , muahahaha. Lepas raya baru bayar, student tak banyak duit.

Yang botol no.1 tu nama spesifik dia Lip Tint Natural Red. Pakai kat bibir ye.. bukan di tempat lain. Warnanya takdelah pekat mana, tapi ada merah-merah gitu. Yang satu lagi kaler oren , boleh tengok kat SINI.

Botol no. 05 tu pulak Lip Gloss. Comel kan sebab ada kartun kiut atas tuu. Geram je tengok rasa macam nak baling kat dinding tahu!! Hahah *gurau je*. Sama jugak macam lip gloss kat luar sana tu tapi dia plus dengan lip tint sekali. Apa beza?? Google.com sendiri!!

Comel kannnnn???

Bagi aku yang tak bape nak gemar sangat apply benda alah asing kat bibir niyh.. lip gloss ni feeling dia macam gincu atau lip balm jugak arr. Lip tint niyh feeling natural gituwww. Tengok SINI untuk maklumat tambahan.

Botol no.12 dan 7 plak Lip Tint Candy. Yang niyh bagi aku sumpah best kot. Pakailah sepekat mana pun yang korang rasa nak letak, tapi feeling dia natural habess!! Tak rasa macam korang pakai apa-apa pun kat bibir tu. Tak rasa rimas pun bila pakai. Serious talk!! Im in love with you, Lip Tint Candy!!

Lip Tint Candy no.12 adalah warna yang paling merah dalam satu kotak besar tu , satu kotak ade 12 botol kesemuanya. And aku memang nak paling meghahh pun. Saje gatai. Boleh gitu? Haha. And no glitter , sebab aku tak gemar glitter sangat. Tapi untuk pengetahuan korang , ada sesetengah darinya ada glitter. Tengok SINI untuk maklumat tambahan.

Kedua-dua kami pakai Lip Tint Candy. Erra = 11 , Aku = 12.

Well , aku apply yang no.12 ni, semua member dah kecohhh.. "Zati... merahnyaaa bibir..", "Zati.. tip top!!". Uhuk uhuk. Aku bukan jenis suka kena komen-komen niyh. Maklumlah, before ni tak gheti nak pakai benda-benda merahh kat bibir ni. Hehe.


Watson Kiwi Body Wash dan Oxy Oil Control Toner.

Watson Kiwi & Strawberry Body Wash ni memang best wa cakap sama lu.. Before niyh try yang strawberry punya, dua kali I beli tauu. Kali ni tukar taste plak, Kiwi mari. Mulanya nak try Lemon, tapi pekerja kat situ cakap Berry ngan Kiwi lagi best!! Bau nya sangatt masyukk. Feeling syok sendiri sangatt tau. Maklumlah, pemegang kad ahli Watson. Ehem ehem.

Next, Oxy Oil Control Toner. Guna pencuci muka yang selalu keluar kat tv tu tak pernah nya nak menjadi. Semuanya dusta!! Hah, tetibe. Maap maap. Mungkin tak kena dengan kulit aku, jadi aku try oil control toner ni. Setakat ni, dah dua minggu aku pakai. So far.. so GOOD!! Muka dah tak berminyak lagi!


Bawal chiffon 3 tone. Beli kat kengkawan Lynn tu haa. Tak pakai lagi, takde baju yang sesuai untuk dipadankan dengan bawal chiffon niyh. So, simpan untuk raya hokayy. Kalau I pakai nampak cun and gorjess , I'll show you later...hehe.


Main highlight for this entry. Bawal satin. Simpan untuk first day raya jugak , InsyaAllah. Tahun ni kami sekeluarga, biru turquoise . Aku beli dekat U aku je, ade jual-jual kat situ. Tukar citarasa lah sikit. Asyik bawal plain or biasa aje.. Something new for this Raya even cuti pendek je. Biar bermakna. Wahh gitu! Tapi, kalau bawal satin ni buat hal di pagi raya, aku kebas bawal hitam aje laa.. Muahaahaha.

Selamat berbuka puasa you olls. Selamat menyambut Hari Raya bersama keluarga tercinta.

Bye boboyyss and gegurlss sekalian. 



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Wednesday, July 24, 2013

Berbuka di Kampung Nogori Sombilan


Assalamualaikum and Salam Ramadhan.

Sabtu lepas , roommate aku, Linda ajak balek kampung dia  teman untuk berbuka puasa. Aku ngan roommate sorang lagi , Erra ikut je lahh. Kalau hujung minggu duduk kat bilik.. boring kott.. So, kami bertiga bertolak dari kolej jam 6 petang.

Sampai kat kampung macek tu nak dekat jam 7 gak arr.. So, memang agak ramai jugak ar femly members belah bapak Lynn, tak seramai femly aku… tapi… ramai jugak lahhh *ayat keling*.

Sampai je, kami yang segan-segan, malu-malu kucing tahap gaban ni hanya mampu duduk je mengadap tv and phone memasing. Tak tahu nak buat ape. Nak tolong angkut pinggan pun rasa macam berattt je.. haihhhh…

Then, ade plak sorang pacek nak berkenalan ngan kiteowang bertanyakan nama… Nak bagitahu, segan. Sengih sengih je sudah.. memasing cakap loghat Negeri Sombilan, susah plak eden nak paham apa-apa yang dorang cuba tanya. Berbalik pada pacek tu tadi.. Eh, die panggil nama aku , “ Azizah.. jangan le memalu..”..

Aku dah macam.. Whattt????? Dia panggil aku Azizah?? Habis kampung dia panggil aku.. Tapi.. aku hanya mampu gelak.. Takkan nak melawan plak.. Adoi. Sesungguhnya, kami berdua mengalami kejutan bahasa disitu. Hahah..

Then, dah sampai waktu berbuka tuu , dorang panggil makan kat luar rumah. Ikutkan aje. Rasa macam lambat je nak menunggu berbuka kat Nogori ni.

Sekali lagi, pacek yang sama tu tukar nama aku.. “Yang baju biru tu.. (aku).. jangan malu-malu.. Linda… apa nama budak baju biru tu?

Izzati,” , balas Lynn.

Ha.. Aisyah.. makan-makan.. jangan memalu..” .

Aisyah pulak dahhh. Stress aku dia main tukar-tukar nama ni. Ehhh, sesuka hatiiii jeeee.. Aku ngan Erra mampu gelak je lahh. Stress.

Lepas makan ape semua, tunggu parents Lynn plak datang. Pukul 12 malam baru gerak dari kampung. So, salah satu tujuan kami temankan macek Lynn ni sebab temankan dia drive malam-malam la.. Kalau sengsorang… tak balek bilik la macek tu…terus balek rumah.

Well, itulah pengalaman berbuka puasa saya warga Perak, dan Erra warga Johor di kawasan Nogori Sombilan. Fhewww. Thanks untuk pengalaman yang singkat. Thanks jugak untuk Azizah dan Aisyah. Huahahah~

p/s : aku tak bermaksud nak kata nama Azizah tu nama orang kampung je yang pakai tau. Don't take it so serious ye sayang... Peace no war.

Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Sunday, July 14, 2013

Kad raya atau hantar emel yang menjadi pilihan?

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan.

Sejak aku kecil lagi aku dah di didik nak hantar ucapan Hari Raya ni seeloknya menggunakan kad raya. Nak pos pulak kena cepat-cepat, sebab kalau lambat pos, nanti lambat la sampai kad raya tu.

Memandangkan kami sekeluarga selalu duduk jauh dengan kampung halaman, hampir setiap tahun akan cuba hantar kad raya untuk Atuk dan Tok wan. Sudah maklum memang Atuk ngan Tok wan ni buta huruf, tapi cucu dorang kat sana boleh tolong bacakan. Ergghh, tetibe rindu Atuk ngan Tokwan. Bila kiteowang balek kampung je mesti Atuk takkan lupa nak buatkan sambal tumis untuk kiteowang sebab adik beradik kiteowang ni memang GILA sambal tumis!! Haha.

Tok wan pulak, sekali dia masuk dapur.. perghhhhh... masakan Tok wan memang best tahap best arhh citer dia. Orang yang sangat-sangat pandai masak ni memang susah nak masuk dapur. Alahai.. terliur plak..ooppss.. baru 10 pagi. Adoi.


Nak cakap fasal makanan atau kad raya ni macek Zati oii?

Mostly , semua sanak saudara kiteowang asalnya dari Perak , negeriku tersayang. Sebelah Abah tinggal kat Kuala Kangsar, mak pulak tinggal kat Taiping. Wajib untuk hantar kad raya kat dorang. Dorang tak hantar pun takpe, asalkan kiteowang yang hantar pun dah cukup. Peace.

So, bila sudah di asuh macam ni, automatik aku takkan lupa kengkawan yang rapat dengan aku. Well, aku memang suka bagi kad raya. Sangat-sangat suka bagi kad raya. Tapi bila zaman teknologi ni boleh je tanya dorang soalan-soalan cliche yang kita selalu dok tulis dalam kad raya tu. Apa guna twitter? Facebook? Sms? Whatsapp? Kakao? Wechat? Haha.

"Apa khabar? Sihat? Sini sihat je. Puasa penuh tak tahun ni? Baju raya berapa pasang? Warna apa? Banyak ke buat kuih tahun ni? Sedap-sedap tau.. Bla bla bla.. Jangan lupa kasi duit raya ye,!"

Ayat kad raya 7 tahun lalu??? Hehe.

Macek-macek kesayangan gua. Merangkap classmates dan roommates , kecuali Dibah gorjess. Heheh. Sorry lah mata macek kesayangan gua ni sepet-sepet belaka. Nak sama macam Kim Jong Kook gak..heh

Casing phone Hello Kitty yang dihadiahkan oleh macek Mira. Comel an? an? Even aku ni bukan peminat Hello Kitty sekalipun, waktu kecik-kecik tengok jugak la katon ni.. kaitan? Haha.

Orang akan cakap, hantar kad raya ni leceh la!! Tulisan mesti nak kena lawaaa je. Nak pergi beli kad raya satu hal. Nak beli setem satu hal. Nak pos lagi lahhh satu hal. Leceh..leceh..

Hantar emel je kan senang. Design je ikut suka hati. Pastu tag je reramai. Dah siap. Ape susah?? Takpun buat status, nanti ramai lah yang tukang nge-LIKE!!

Bagi aku, hantar emel ni tak best. Sebabnya.... tak best!! Terpulang kepada individu lah kan? Nak hantar kad raya biaq ikhlas. Well, aku bagi kad raya ni kat orang-orang yang aku sayang je. I mean, orang yang rapat dengan aku. Orang yang aku takkan lupa.

Miss this lil kid very much!!!


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Friday, July 12, 2013

Mana hilangnya sifat hormat?


Assalamualaikum.

Ingat lagi masa kecik-kecik dulu pergi surau dengan kengkawan pacek paksu semua nak solat tarawikh masa bulan Ramadhan buat kali pertamanya. Is it 9 to 10 years ago??

Masa tu pergi pun saja-saja sebab nak try belajar solat tarawikh dekat surau. Nak tahu macam mana suasananya orang solat tarawikh kat surau ni. Nak tahu , moreh tu apa. Sambil nak jumpa kengkawan jugak. Kiteowang ni kiranya lebih suka berkawan dengan orang-orang yang lebih besar sikit. Yang kecik-kecik bawah kiteowang tu tukang ikut jugak la.

Sembahyang tarawikh pun takde la tahu sangat. Orang rukuk, kita rukuk. Orang sujud, kita sujud. Budak budak kan. Agak jahil jugak la dulu.

Tapi takde la pulak aku nak buat bising belakang surau tu dengan kengkawan. Takde pulak nak main-main belakang surau tu. Tapi sekarang ni? Budak-budak yang sekarang ni? Buat aku saket hati and bikin hati panass je.

Tension aku dengan bebudak sekarang ni. Kalau kau datang surau setakat nak buat bising je. Buat pondok sendiri lah weyy. Pastu yang si perempuan ni pulak tergedik-gedik belakang surau kalau si jantan dah usik sikit.

"Laura... Laura....," pikir ni wayang anak mami ke kau nak bising belakang makmum yang tengah solat?

Gelak plak mengalahkan kau tengok Raja Lawak kononnnya. Mengucap kau pandai panjang berjela. Tapi hormat??? Mana hilangnya sifat hormat??


Tolong lah hormat orang lain. Tak mintak banyak pun, tak luak pun kalau nak hormat orang ni. Sikit pun jadi la. Orang tengah solat, hormat la. Jangan buat bising , kalau orang cakap mak bapak tak ajar, boleh pulak korang nak marah. Tapi tu lah hakikatnya.

Takpelah dik. Nak tegur pun , awak tu anak orang. Nanti orang cakap apa pulak kan. Susah nak terima teguran. Saya pun macam tu jugak , tapi tak salah untuk hormat orang lain , kan? Maafkan saya.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Wednesday, July 10, 2013

Nuffnang memang tak sayang aku ke??

Assalamualaikum w.b.t

Nak mengadu. Tak kira nenek nak mengadu jugak! Hehe. Meh aku citer serba sikit masalah aku ni. Aku dah couple dengan Mr.Nuffnang ni dah agak lama dah , since 6 Aug 2010. ( Ade hot macam citer budak baru couple seminggu dok?? Haha. No bash.) Detail baq hang!


Sedikit kecewa sebab hampir 3 tahun aku couple dengan Mr.Nuffnang ni , tak sampai RM10 pun dia peruntukkan untuk belanja aku makan, kesian tak?? Simpati hokayy.

Jeles jugak dengan awek-awek Nuffnang yang lain sebab tak pulak aku rasa dorang hot sebab mostly Buffered Earning ( BE ) dorang sangat-sangat lebih dari aku yang dari dulu sampai sekarang ada 2 je BE dalam simpanan. Hmmm. Acano niyh?? Maaf kepada awek-awek nuffnang yang terasa. Hehe.

Tak caye? Nah!! 2 SAHAJA!!!


Seriously , ini je BE yang aku ada dalam akaun Nuffnang. Sedeyhh. Dah bermacam cara gak ar yang telah aku buat nak upgrade benda alah ni kan, macam blogwalking terutamanya.. selalu merajinkan diri update kat Nuffnang tengah-tengah malam. So sad, hampehh di akhirnya.

Aku tak menggunakan cara-cara kotor untuk dapatkan klik-klik dari pengunjung blog. Aku tak menggunakan spoiler button bila blogwalking ke blog orang lain. Aku tak nak duet yang aku dapat nanti tu dah la tak halal, langsung tak dekat dengan keberkatan. Haihhh.

Selain itu, ada jugak 2-3 kali aku hantar tiket kat pihak Nuffnang, nak cakap ayat kaww tu boleh tahan kot. BM aku bukan teruk sangat kalau nak bagi ayat tahap best kat dorang. Tapi feedback yang aku dapat. Sama je. Jawapan yang diterima hampir sama menyebabkan aku malas nak blogwalking dan hantar tiket atau update nuffnang lagi.

Iklan kat atas header, leaderboard dan skyscrapper pun aku dah letak since aku guna nuffnang lagi. Cuma ade la beberapa bulan tu aku just letak kat atas header je. Takde lama mana pun.

Bukan tak bersyukur sayangku sekalian, terima kasih banyak-banyak jugak sebab CPC aku berjalan dengan baik berkat viewers yang sudi nak tengok iklan tu kat blog aku kan. Apa salahnya sambil menyelam minum air? Nak jugak aku merasa sambil berblogging, dengan cara aku share iklan dorang, aku dapat income ye dok???


Sesungguhnya aku jeles dengan blogger yang tak sampai dua bulan jadi members nuffnang , tapi dah dapat BE nak dekat SEPULOH dah weyyy. Jeles betul!!

Pihak Nuffnang sila bagi saya DUIT RAYA hokayyy!!! InsyaAllah saya sebagai awek lama Mr.nuffnang akan terus setia bersama pacek jika dapat duit raya tahun ni. Tak pernah cash out langsung selama 3 tahun couple. Kasihaannnnnn. ( Tak materialistik lol. Tapi bila dah buat kerja, mesti la nak ada pulangan , tak nak ianya sia-sia sahaja. )

Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Saturday, July 6, 2013

Layan movie MAMA bersama roommates.

Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Selamat pagi kepada girlfrennss ku sekalian. Morning u olls.

Akhirnya, kini aku merasakan tak terbeban untuk update blog disebabkan kekangan masa or sebagainya sebab aku update kat rumah. Untuk dua hari ni je.

So, hampir 3 minggu  *lahh sangatt* gua tak balek rumah ni , macam-macam jugak lah aku buat kat bilik tu dengan roommates setiap hujung minggu. Memandangkan Mira niyh kaya dengan movies omputeh, so kalau memasing dah takde kerja nak buat tu, "Jum tengok movie.. citer hantu laa..", ajak roommate aku yang sorang lagi , Erra.

Lynn plak dah tak sedap duduk sebab macek ni memang penakut. Kalau dah tengok citer hantu mestilah nak tutup semua lampu bilik tu, so dia akan lari ke bilik atas lepak bilik orang lain kejap.


Masing-masing antara aku, Mira and Erra tak pernah tengok lagi citer ni. Dengar orang cakap citer die takde lah scary mana. Tapi sedih. Hmmmm. Bila dah sebut perkataan seram atau scary , bantal haruslah ready kat depan mata u olls. Kang muncul tetibe, tak saket jantung???? Cer jawab, haha.

Yang macek Erra niyh belum pape lagi dah nak tutup muka bagai, hek ala. Die jugak yang kemain semangat nak tengok citer hantu bagai. Dan dia yang semangat tutup muka dulu. Helamakkk.

Kalau aku, dah dengar bunyi-bunyi suspens tu memang aku dah tutup muka awal-awal dahh. Kalau ade part yang senyapppppp sangat tu, kejap lagi muncul la hantu dia tu!! Punya lah mindset terukk gilosss! Haha.

Yang macek Mira ni okeyh je. Tapi dia plak jenis tak boleh tengok hantu. Takut masuk dalam mimpi. Die pun akan tutup muka awal-awal.

So macam mana tu??? Kalau dah 3-3 tutup muka, baek tak payah tengok citer hantu. Tapi itulah hakikatnyaa. Aku oke je tengok hantu ni, tapi tak boleh tengok kalau dia muncul tetibe. Dari takde saket jantung, terus ada saket jantung gara-gara tengok MAMA niyh. Haha.


Nak aku describe hantu dia macam mana takk? Haha. Sebab aku takkan upload nak show off gambar hantu tu kat blog aku. Takde maknanye! Kang lelame aku tenung, teringat plak.

Memasing bertiga tengok MAMA macam orang giler. Memang tak boleh bawak pergi wayang la kalau nak tengok citer hantu dengan kiteowang niyh. Memang bising satu panggung hanya disebabkan kiteowang bertiga.

Erra nak tengok citer hantu, tapi bila dia ternampak hantu tu.. "Alaaa, ternampak hantu tuuu.." merengek. Ekekek, sengal je. Dah kau tengok citer hantu, mestilah kau akan nampak hantu. Rugilah nak tengok citer hantu tapi tak nampak hantu. Tak scary.

Aku layan je kalau roommates aku nak layan pape jenis movie sekalipun. Kecuali, yang bunuh-bunuh ni. Sumpah aku tak suka tengok. Citer hantu aku oke, kalau dia muncul secara mengejut DAH TENTU aku akan menjerit. Wakakaka.... sengal. Suka tengok citer hantu , tapi kalau hantu muncul aku jerit. Titik.

Lynn yang tak tengok citer hantu duduk tepi je sambil layan fon dia. Bila kiteowang bertiga memasing tutup muka nampak hantu muncul dia plak pergi tangkap gambar kiteowang. Gediks.

Habis je layan movie semua dah lega. Ekeke. Aku kalau tengok citer hantu rasanya takde plak nak bawak sampai ke mimpi. Kalau Erra tu mungkin kot. Haha. Then, dia boleh plak nak memain lagi, panggil Lynn "MAMA!!" sambil buat gaya, sengal!! Memang cari pasal. Pastu, Lynn yang tak tengok pun dah takut nak pergi toilet. Eh eh. Macam-macam.

Citer niyh best la untuk dilayan. Sadis pun ade sebab dua orang kanak-kanak ni tak pernah dapat kasih sayang dari seorang ibu. Dua orang kanak-kanak niyh sangatlahhh comel oke. Kalau belum layan, try lah.

Peace.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Tuesday, July 2, 2013

Outing : Ber-bowling dengan roommates


Sabtu , 29 Jun 2013.


Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Today , seawal jam 7:30 pagi memasing dah bangun dari katil and bersiap untuk keluar main boling. Ni semuanya sebab macek Zati tergedik-gedik nak main boling. Kononnya dah gian sangat nak main boling. Kononnyaaa...

So, pukul 8:30 lebih dah siap and ‘try’ tunggu bas. Kot kot kalau bas nak lalu amek kiteowang kat depan kolej stop depan gate.

Hampehhhh!!!! .

Setengah jam tunggu tak pulak nak munculkan diri. Jalan kaki lah cerita dia. Dah keluar dari Uitm tu, nak menunggu kereta sewa sampai , breakfast kat medan selera. Isi perut.

Bro kereta sewa plak lambat plak sampai nyaaa.. Sabo je lahh... 10 lebih tu baru start gerak dari Lendu menuju ke Ayer Keroh.


MIBC. Maen bowling... yabeda bedu.. hilang keinginan gua yang dah berzaman rasanya tak maen boling. Eekeke


Ada 3 orang pemain handsome dengan sorang awek. Fuyyooooo....

Ramai main boling kat situ. Ada kelab ape tah buat event kat situ. Tunggu setengah jam untuk lane free. Habis je main semua tu makan kat food court Mydin. Mahal... mahal.. macam biasa.. Sekali makan kat situ, boleh dua kali makan dekat Jebat. I mean, makan tengah hari dan malam. Cekik.. cekik..

Then, jam dah nak menunjukkan pukul 2 petang. Hantar Dibah kat Tesco sebab parents dia ada kat situ. Then, tyme tu pulak kereta sewa sesak minyak. Memasing dah blank kat mana stesen minyak terdekat. Depan sikit dari Tesco tu ada Petronas, bila dah sampai, dorang tengah buat renovation ape bende tahhh. perghhh, terus panik 8.5%!! Hahah.

Ada dua jalan , sama ada balek ikut AG atau lalu dekat Sungai Udang. Erra cakap, rasanya kalau ikut AG takdari Teso tu takde stesen minyak. Kalau lalu Sungai Udang plak, jauhh. Takut tak sempat nak sampai minyak dah habis. Ambil risiko, lalu Sungai Udang.


Alhamdulillah. Selamat... wahaha. Dah isi minyak baru tu, jenjalan Masjid Tanah kejap. Beli barang sikit. Tapi bateri badan memang dah tahap low. Penat jugak rasa. Kalau badan macam Ultraman tu, dah lampu merah daahh. Ekeke.

Balek bilik je terus tidur. Re-charge bateri badan.

Lepas maghrib tu, Lynn call ajak nak pergi pasar malam AG atau tak, Erra jawab nak ajee. Kelam kabut memasing satu roommate siap sebab Lynn dah ontheway.

Malamnya keluar lagi. Kemain je memasing. Keluar jenjalan saje! Satu roommate kaki jalan pulak. Balek tu, buat kenduri dalam bilik ajak jiran-jiran datang bilik makan. Lynn baru balek dari kampung, bawak balek pulut kuning and lauk-lauk bagai. Banyak makanan lebih, jemput jiran datang bilik habiskan makanan. Sangat harmoni. Ekeke.

Rindu family and rumah. (:



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.