HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Friday, November 29, 2013

The Selekeh Moment : Part 1

Assalamualaikum w.b.t

The Selekeh Moment :
" Strangers yang pandang korang macam lah korang ni baru turun dari planet lain. "

Dapat tangkap apa yang aku cuba nak sampaikan ni? Pernah tak? Pernah tak? Pernah tak korang alami or rasa situasi yang macam pernah aku rasa niyh? I bet you've experienced it too.

Situasi yang aku selalu hadapi.

Perut lapar , then korang yang bersama femly atau kengkawan korang singgah kat satu kedai makan or restoran ni. Dah keluar dari kereta then satu femly cuba menapak masuk ke dalam restoran. You see this.


Kau paham tak bila kaki dah nak jejak masuk kedai makan then orang-orang-orang yang tengah sesedap makan , then stop eating then mula pandang kau lain macam?? Pandangan dorang bukannya pandang saje-saje , tapi pandang kemain lama lagi.. perhati muka korang, perhati korang atas bawah macam la korang ni takde hidung! Macam la korang ni pakai selipar kat kepala! Lol. What the heck is going on?


Yang paling aku ghimas / rimas / meluat bagainya , dorang akan perhati sehinggalah korang selesai pilih meja makan. Aishhhh. Saket pulak hati. Bukannya selebriti nak ushar ushar bagai. Makan je lahh, tak payah dok pandang-pandang.

Bila dorang dah buat macam tu, kita yang baru nak datang ni rasa macam janggal gilaaa. Rasa macam diri yang ada hidung dan mata macam dorang jugak ni tak pernah dilihat orang. Huh.

Tolong arhh jangan buat macam ni lagi. Tau tak rasa macam selekeh gilaa?? lol.

Kbye.
Credit : Google.com , deviantart




Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Sem 4 dahh..



Assalamualaikum w.b.t

Hi gegurls. Rindu arhh *k tetibe*. First week sudah pun berlalu, ade lagi 13 minggu harus diteruskan. Macam panjang kan?? Kalau aku cakap 2184 jam lagi masa yang tinggal, agak bunyi macam gempak lagi tak?? Hahah.

Actually ,entry ini wa taip sehari lebih awal sebelum wa publish kat sini. Menunggu bacaan yasiin kat level , then lepas tu wa nak kena sambung homework MAF , 5 soalan. Sikit je tu.. bagi lecturer laa.. Bagi aku, macam banyakkk jee.

Semasa ini , Mira tengah khusyuk main telefon dia dan Linda pulak tengok Playboy Itu Suami Aku using her smartphone pastu bising bising , “Eee, gerammmnyaaa..”, katanya sambil tengok drama tu. Then , aku pasang lagu kuat-kuat supaya tak nak dengar sangat suara dia tengah gelak-geram tengok PISA.  Aku takde la pasang kuat-kuat sangat. Giler kau, pekak telinga aku karang. Hehe.

**kesian tengok Mira yang tak tentu arah akibat lappy tertinggal kat rumah. Hehe

Berbalik pada motif asal...

Untuk sem kali niyh, wa dan rakan-rakan amek 6 subjek kesemuanya dan takde koko okay, muahaha. Alhamdulillah, bagi aku, lecturer semuanya oke-oke kalau nak dibandingkan dengan lecturer budak kelas lain. Setakat niyh first impression masih baik lagi laa.. Takde yang garang-garang lagi kot. InsyaAllah..hehe.

Jadual untuk sem kali ni pun macam best jee. Hari Isnin, paling awal kelas start jam 2:30 petang. Fuhhh, memang lambat giler arhhh bangun tidur. Membutaaa je wa dengan roommate a.k.a classmate. Cuma yang sorang tu je kelas lain. Pagi-pagi lagi dah ade kelas, kesiannn. Selalunya dia kelas petang. Kali ni kiteowang pulak.

Lagi.. sem ni banyak pulak budak kelas lain pindah ke kelas kiteowang. Memang padat la weyhh. Penuh giler sampai ahli asal pun tak sempat nak register. Then, members aku jumpa lect untuk bukak kuota lagi. Untung wa da register ritu, cadang nak register lambat jugak sebab last sem pun macam ramai yang register lambat. Ramai yang tukar kelas sebab dorang dapat lecturer yang tak best. Kedekut dalam pemberian markah katanya.

Sem ni kiteowang ade subjek MGT.. Pasai bisnes.. teori.. Ohmyy. Tapi kan, macam best je sebab kiteowang nanti kena buat projek satu kelas. Wahhhh, so excited!!!

Semoga Semester 4 ni akan menjadi lebih baik dari sem-sem yang lepas. Aaminnn.

Macam ni lah kehidupan di universiti.. hahaha

Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Saturday, November 23, 2013

Hello new semester.


Assalamualaikum w.b.t

Kurang dua hari lagi , kehidupan sebagai pelajar akan bermula. Hai hai, dah sem empat ni *k batak, kesah?* .

Rumah wa dekat je dengan Lendu, so tadi wa dah cop bilik. I mean, dah pergi daftar kolej and dapatkan tempat tinggal aku. Well, ramai members gundah gelana sebab nak daftar kolej pun kena berbaju kurung ke?? *krik krik* , of course..... not! Depends la , sebab MPP tweet , no jeans, tapi berbaju kurung atau berpakaian sahsiah rupa diri. Maknanya, tak salah berseluar tapi jangan ghupe yang tah pape tu.

Okeylah , mungkin ramai yang takde twitter sebab tu ramai yang tak tahu. Tak pe lah, bukan masalah besar pun kalau takde twitter kan. Ramai jugak yang ber-jeans dan PB ( Polis Bantuan ) tak kasi masuk dewan untuk daftar kolej. Well... itu peraturan. Ikutkan memang ramai gak students yang sakit hati ngan PB ni , tapi tu lahh.. Kerja dorang kan.. hmm.

Muka aku ni, pergi kelas je berbaju kurung itu wajib. Lain-lain ? Tak jugak. So, dari part 2 lagi aku memang pergi daftar pakai seluar je. Nak hangkut barang bagai dengan berbaju kurung? Memang idok le temann. Tak kuase!

Yes dapat bilik samaaa... Yeehaaa~

Hari yang paling pantas aku pergi daftar harini, dengan semangat yang ada, gigihnya aku berusaha menuju ke Dewan Syahbandar cari nama.

"Yes. Kolej sama, bilik sama, roommate pun yang sama!!". Alhamdulillah.

Bila masuk dalam tu, ade satu line tu memang panjangg arhh citer dia. Mungkin part 2. Line kolej aku je yang sunyi lagi sepi. *krik krik gituww*.

Bukak je buku daftar , "Ceit , Mira dah sampai!!".

Oke fine, minah dari KL ni memang cepat. Dari last sem lagi dia , orang yang first masuk bilik. Ciss , even aku yang dekat ni pun datang lewat dari dia. Ekcely , aku memang saje datang lambat sikit. Malas lahh. Hehe.

Balek rumah je wa scroll twitter , jiran baru. Member yang sama kos. Perhatian ye, wa senior kat level tu , heehe. Yes, kiteowang jiran!!! Hai hai korang. Lepas ni dah takde kot levelmate yang suka terkinja-kinja kat level and buat bising bagai. Hopefully.


Lepas ni dah payah sikit nak update entry 2-3 kali seminggu. Huwaaaa. Gonna miss you!

InsyaAllah , jadikan hari-hari yang akan datang lebih baik dari hari-hari yang sebelumnya. Aaminn.

Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Wednesday, November 20, 2013

Plitvice Lakes : Antara air terjun yang paling cantik.

Assalamualaikum w.b.t

Credit pics : google.com
Others : A , B

Baru-baru ni aku belek Harian Metro dan dorang ade share fasal antara tasik-tasik yang paling cantik di dunia. Dan aku sangat-sangat tertarik dengan kecantikan air terjun kat Plitvice Lakes , Croatia ni. Subhanallah , sangat cantik hokay. Aku buat research sikit sebab nak tahuuu and share dengan u olls.


Terdapat 16 tasik semula jadi di Taman Negara Tasik Plitvice yang terletak di Croatia. Dibuka pada tahun 1949 dan telah menerima jutaan pengunjung untuk menyaksikan keindahan alam ini.

Seluruh bumi penuh kemuliaan-Nya!


Antara keindahan alam ciptaan Allah S.W.T yang membuatkan manusia di seluruh dunia merasa kagum.



Subhanallah. Sangat cantik!!!!

Mestilah teringin gilaaa nak jejak kaki kat situ kan? kan? InsyaAllah, jika dipanjangkan umur, diberi kesempatan aku nakkkk sangat teroka dunia hijau ni. Aaminnn.


Bila tibanya musim sejuk , macam ni la pemandangan dia. Cantik kan? kan? kan?


Aku memang suka tengok pemandangan hijau ataupun yang berkaitan dengan alam sekitar. Bukankah ianya mengajar kita untuk lebih mendekati dengan Pencipta kita? Sekaligus membuatkan kita mengetahui betapa kerdilnya kita yang hidup di atas muka bumi ini . Bersyukur dan terus bersyukur dengan nikmatnya. InsyaALLAH. #remindertomyself

" Every time you look in the mirror , remember that Allah S.W.T created you and that everything He creates is beautiful and good " - Sumber.

Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Tuesday, November 19, 2013

Self made : Pai Tee

Assalamualaikum w.b.t


Tu diaaaaaa... Dah berzaman tau benda alah ni. Dah berzaman jugak la wa nak buat benda alah ni kat rumah. Masalahnya dulu , 'acuan' untuk bikin kulit Pai Tee tak jumpa-jumpa lol. Sampai la, baru-baru ni aku dengan adik aku pi Femly Store and saje pusing-pusing kat side barangan dapur , belek kat tempat orang selalu buat kuih goyang tu, eh ade????. La, tak susah pun nak cari citer dia.

Dulu pernah pergi Chicken Rice Shop tu, then benda alah ni memang sedap giler arhh wa cakap. "Balik rumah nak kena try ni!!". Lepas bertahun-tahun jugak la nak menunggu hasrat tu tercapai sebab masa ni je la gua free, hehe. Aku tahu kulit Pai Tee yang aku bikin ni tak cantik mana, beginner kot. Korang pikir senang ke nak buat benda alah ni? Berpeluh tau nak bikin kulit dia, kadang-kadang dia tak nak tanggal laaa.. Saket hati mak!! *urut kepala*

Korang boleh tengok blogger ni punya resipi and cara-cara macam mana nak gunakan acuan dia, bagi yang tak tau la, sys Hasue . Dia tunjukkan satu persatu cara nak buat kulit dia yang susah tu. Waaaaa.

Kredit pics : Google.com 

Untuk isi , mulanya aku buat guna timun, sengkuang, lobak merah, udang, isi ayam, cili dengan isi ketam je. Otak kreatif, kita tak limitkan dalam sesuatu benda, kalau dalam peti ais takde barang-barang tu, aku letak je apa yang aku suka, sosej, kobis kaler ungu tu atau apa-apa yang boleh muat nak isi dalam tu.

Sesetengah orang tak makan sayur, so dorang letak ayam, udang or apa-apa je lahh. Tu je nak citer. Haha. Memandangkan nak buat kulit dia ni macam susah sangat je, rasanya setahun sekali je kot nak buat benda alah ni kat dapur. Hahahaha.

Rate buatan sendiri : 3.5/5 . Heheh.

Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Monday, November 18, 2013

View : UiTM Kuala Pilah Beting , N9

Assalamualaikum w.b.t

16 Nov 2013

Sabtu baru-baru ni jam 6 pagi satu rumah dah bangun sebab nak bertolak awal ke Kuala Pilah nak hantar adik aku study kat sana. Dah la malam sebelum tu aku tidur lewat sikit, sikit je. Dari Masjid Tanah kiteowang lalu Tampin untuk ke Kuala Pilah. Kenapa aku rasa lambat sangat nak sampai?? Macam jauh je. Dengan jalan pusing-pusing bagai.

Bertolak jam 8 pagi and sampai lebih kurang jam 10 pagi , kot?? Aku tak pasti la, sorry.

First time aku menjejakkan kaki ke Universiti lain. Memang terpelosok jauh dalam hutan gak arr. Sorry okay, aku bukan nak memperkecilkan, aku just nak terangkan je. Sekurang kurangnya Lendu dekat dengan tempat-tempat shopping u olls, haha.

Meh gua citer sikit pasai suasana kat UiTM Kuala Pilah ni.

Mula-mula lepas korang masuk dari gate besar , ade jalan panjang and persekitaran hijau yang sangat bersih. Aku memang suka suasana hijau ni , tapi mengenangkan takde tempat best yang berdekatan untuk lepas stress kononnya , 'Hmm, takpelah.'. Hahah, kejam.


Bangunan pentadbiran / fakulti.

Tak banyak bangunan yang ada untuk dilihat. Persekitaran yang bersih sedap mata memandang. Wee~


Kolej kediaman.

Atau dalam kata lain , apartment. Serius masa aku mula-mula sampai kat kawasan kolej ni rasa macam jeles je dengan adik aku sebab semua bangunan baru-baru-baru!! Bilik dah macam apartment , gempak arhhh. Cantik sangat! *first impression*

Masa aku tengok bangunan kolej kediaman ni takdelah tinggi mana, nampak macam 3 tingkat. Tapi bila adik aku nak masuk bilik, dapat bilik tingkat 5. Aku dah macam , "Haaaa????". Tingkat 5?? Mak aii. Terkejut kambing-kambing berdekatan. Lol.

Tangga tak tinggi mana, boleh la. Tak penat sangat bagi orang muda. Exercise katanya.

Cer describe bilik dia??
Okay. Satu bilik besar yang ada 3 bilik kecil kat dalam dia , tambah dengan 1 bilik air yang ada 3 pintu. Paham? Masa masuk tu macam ada ruang tamu dekat tengah-tengah, tapi aku rasa tu pun macam bilik jugak sebab ada katil dengan almari kat luar tu.


Ini ruang tamu a.k.a bilik sebaik saja korang bukak pintu rumah. Anak panah tu nak menuju ke 3 bilik kecil yang lain. Wa tak berani nak masuk dalam sebab bilik ni belum berpenghuni. Seramshit ahh. Haha

Untuk bilik kecil, 1 bilik untuk dua orang. 3 bilik ada 6 orang + sorang duduk kat ruang tamu. Kita anggap je bilik besar tu sebagai rumah. Satu rumah 7 orang. Tapi kalau intake tak ramai, ruang tamu tu mungkin takde orang duduk. Nak tunjuk dengan gambar pun tak bisa sebab masa tu ramai orang. Pulak housemates adik aku semuanya lelaki. Lol.

Bagi aku bilik dia kecik je. Katil dua, meja dua, almari dua. Antara tiga kelengkapan yang besar dalam tu. Ade ampaian baju jugak. Kalau takut berpeluh masa tidur tak payah pikir la, sebab kipas dinding memang terpacak atas kepala, plus UiTM ni dalam hutan , atas bukit pulak. Sejuk itu pasti.

Apartment perempuan semuanya ada 6 , dan dinamakan sebagai Sri Menanti 1 , Sri Menanti 2 dan seterusnya.

Apartment lelaki pula ada 4 , Sri Pilah 1, Sri Pilah 2 dan seterusnya.


View dari Sri Pilah 1. Bawah tu surau. Berhadapan dengan Sri Pilah 1 ialah apartment Sri Menanti 1.


View dari Sri Pilah 1. Anak panah tu aku rasa dewan makan. Sangat besar and dua tingkat u olls. Kiteowang tak jejak kaki pun kat sana. Next time lahhh. Hehe.

Sebab aku rajin sikit, aku lukis ni guna Photoscape. Hehe.


Simple je. Pikir aku ni pelukis peta ke nak buat cecantik? Haha.


View dari Sri Pilah 1. Bangunan hujung tu bangunan pentadbiran yang korang nampak tadi. Bangunan pertama yang korang akan nampak selepas memasuki pintu pagar.

Baru aku perasan ade tasik kecik dalam gambar tu. Haha. Untuk makluman, sini tak banyak kos pun. Aku google kejap tadi, hanya budak Sains Gunaan dan Budak Ladang je yang belajau kat sini.

Kemudahan lain :
1. Ada mesin basuh katanya. Giler kau kalau takde? Budak laki nak berus baju ke weyh? Haha.
2. Mesin ATM aku tak nampak pulak wat masa ni, aku bukannya round satu UiTM ni dengan teliti pun.
3. Air gedeganggg!! Ataupun , vending machine.
4. Peralatan untuk bersenam dekat tepi jalan raya. Alaaa, yang macam korang selalu nampak kat taman permainan tu, kalau pernah nampak laaaa.

Yang lain aku tak nampak lagi. Sorry.

Walau kat mana pun kita ditempatkan, belajar lah bersungguh-sungguh okay. Aaaminn.

Nanti aku citer fasal Lendu pulak lah sebab ramai yang singgah kat blog aku ni mostly dok cari info fasal suasana kat Lendu, bilik Lendu macam mana, sape retis yang femes kat Lendu, Oopss! Hahah. Gurau-gurau jaa. InsyaAllah lepas wa officially jadi Part 4. Hehe.

Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Sunday, November 17, 2013

Yeay! Thanks Nuffnang!!

Assalamualaikum w.b.t

Entry pendek-pendek je ni. Terima kasih nuffnang setelah sekian lama CPUV tak jenguk langsung kat blog aku ni. Maceh maceh.

Terima kasih banyak-banyak jugak dekat pakwe makwe yang sudi singgah kat blog aku ni. Hey new followers , "Hai hai."


Tak ape lah dapat satu pun. Terima kasih nuffnang, terima kasih korang!! Alhamdulillah.

Kbye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Makan makan di Ar-Rahman Seafood , Melaka.

Assalamualaikum w.b.t

Selamat pagi.

Haritu lepas pergi Aeon Melaka , disebabkan Abah dah lapar sangat kiteowang just pergi kedai makan yang berdekatan je. Kalau ikut Abah, dia nak makan kat belakang bus stand Melaka tu, ade bakso bagai. Tapi Mak nak makan tempat lain. Asyik situuuuuuu je. So, bila keluar dari parking Aeon tu rasanya dah boleh nampak Ar-Rahman Seafood tu. Bertentangan dengan pintu besar Aeon.

Aku tak snap pulak gambar kedai makan tu. Tak teringat pulak , hahaha. Btw, kedai dia besar and ade surau untuk korang menunaikan solat. Ade jugak tempat makan untuk outdoor dan indoor.

Memandangkan ianya kedai makan seafood, tapi kiteowang tak order makanan laut pun. Makan biasa je.


Nasi Goreng Paprik <kot> : Abah


Telur Bistik : Lauk-lauk tambahan


Mi Ladna : Kakcik


Nasi Goreng Udang : Aku

Aku pilih ni sebab membayangkan udang-udang yang besar terletak kat atas dia. Rupanya tidak, dia goreng sekali je. Oke fine. Ade lagi makanan lain, takde pulak aku nak snap semua , hehe.

Rate : 4/5. Sedap jugak laa. 
Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Friday, November 15, 2013

Daiso , Popular & Watson

Assalamualaikum w.b.t

Semalam keluar jenjalan dengan femly pi Jusco. Memang tempat tu ajelah yang kiteowang selalu pergi pun sebab 3 kedai tumpuan utama kiteowang ade kat situ je , Daiso, Popular ngan Watson. Tu aje yang menarik perhatian aku dengan adik-adik nak ke sana. Mak dengan Abah ikutkan aje. Sekali sebulan je pergi , parakk kalau selalu pergi sana. Nanti bosan pulak. Ngee~

Daiso

Kedai barangan Daiso ni dia jual semua barang yang harga dia "Always RM5"! Sudah tentu aku yang jenis mata suka tengok barang-barang murah ni harus menjejakkan kaki. Fyi, kedai macam ni jual barangan dari Jepun even though ada sesetengah barang 'Made In China' , ngeee.

Semua barang dari pinggan mangkuk, peralatan kereta, alat tulis, kotak-kotak comel, barangan kaca & plastik, bantal kecik, tuala, barangan dalam bilik air & dapur, berkebun, minyak wangi, alatan jahit, payung, makanan & minuman, barangan penjagaan muka & badan kesemuanya RM5 sahaja.

Tapi kan, style aku, aku takkan beli barang yang sebesar sudu @ 5 batang pen @ mini notebook @ lain-lain dengan harga RM5. Sudah tentu tidak. Agak ar weyhh, satu sudu @ piring pinggan comel tu aku nak bayar dengan harga RM5 kan? kan? Tapi kalau korang jenis tak kesah and benda tu memang korang nak sangat-sangat, up to you lah derr.

Jenis aku lagi, kalau dah pergi kedai yang aku suka tu, satu kedai tu aku pusing, satu kedai tu aku perhati barang dia elok-elok. Wahaha. Kot-kot ade yang berkenan.


Semalam aku beli dua ni je , botol kaca and kotak simpan barang. Aku pilih yang paling besar punya even bagi aku takde lah besar mana.


Yang ni lokasi-nya kat Aeon Jusco Melaka. Peminat Daiso mesti dah selalu pergi ni , kalau yang duduk Melaka tapi tak tahu kat mana , ia berhadapan dengan tempat korang g nonton wayang dengan gegurls or boboys korang tu la. Kedai kaler pink tingkat paling atas. (:

Kat DP ( Dataran Pahlawan ) pun ade satu, tapi kaler hijau. Tapi aku rasa yang kat Jusco ni lagi besar and banyak pilihan.

Kalau yang berminat and tak pernah tahu kat mana kedai-kedai cenggini sila lah google okay. Tapi aku mudahkan korang sikit and carikan satu blog yang share lokasi Daiso ni kat blog dia. Klik kat bawah tu , btw gambar kedai Daiso ni pun dari dia. Takde kerja pulak aku nak snap sebab tak teringat pun. Ngee~

Cr : SINI

Kedai Buku Popular

Tempat wajib pergi sebab adik-adik aku ni jenis gila novel. Lahai, ikutkan saje la. Semalam pergi untuk re-new member card sekali sampai aku terlupa nak beli komik kesayangan aku, Detective Conan. Huwaaa.. Abah la rushing sebab dia dah lapar sangat. Sampai Watson aku pun terlepas. Sedihnyaaaa~

InsyaAllah, PM nak bagi baucar buku lagi kan? kan? Masa tu aku borong buku habis-habisan. Tahun depan kot. Kena beratur panjang and tunggu lamaaa lagi lah ni. Okay okay.

Mostly novel Top 10 terlaris tu yang tengah hot kat kaca televisyen u olls tu la. #PISA. No.1. Dah baca dah last sem, pinjam adik Mira punya. Aku jenis tak suka baca novel yang dah trang tang tang femes sebab drama kat tv. Tak tau la pasai apa. Kalau aku tengok drama dia, aku takkan baca novel dia. Kalau aku baca novel dia, aku takkan tengok drama dia. Ade jugak eyh orang macam aku ni. Bhhahahaah.


Semalam beli novel Pemegang Watak Cinta. Macam best je lepas baca sinopsis dia. Tapi aku tertarik dengan Eksperimen Cinta. Top 7 kalau tak salah aku. Tunggu aku dapat baucar nanti. Hehehe.

Cr : google.com

Watson

Okay semalam aku tak dapat pergi and aku sedikit sedih. Sikit je laa. Sebab mostly aku beli barang keperluan aku kat situ je. Bila dah keluar dari parking Jusco tu baru teringat pasal Watson. Lahai.

Barangan jenama lain boleh je beli kat tempat lain. Tapi, aku paling suka barangan Watson yang dua ni!!


Pics Cr : Watson , Beauty Junky

1. Nose Pore Strips Watson ni memang paling best. Bila pakai kat hidung tu , boleh cakap 99% semua benda pori-pori hitam tu dia cabut. Feeling dia? Hidung korang akan rasa lembut gilaaaaaa bak kulit beby , u olls. Tak tipu weyh.

Sekali tu aku tengah belek-belek nose pore strips yang ade banyak-banyak jenama tu. Aku pulak tengah dok pikir-pikir mana satu nak amek, kat tangan dah pegang jenama Novea tu. Then, pekerja lelaki tu asyik dok ushar je dok sebelah aku nengok-nengok, aku pun konon ramah tanya dia mana yang paling best. Dia cakap, yang Watson ni dapat banyak good reviews tau. After using it , admitted that. 

2. Strawberry body scrub ni dah bertukar wajah dari gambar atas tapi tak jumpa pulak kat pakcik google tu. Tak updated kot. Tapi serious memang wangi , bau strawberry lah kan. Satu lagi yang aku suka apple body scrub tu. Ade banyak lagi yang lain, rajinkan diri tanya pekerja kat situ mana yang bau yang best , okay??

p/s : Tak kira, kalau bukan next week, next month, next year aku harus pergi. Waaahha. Beday aku bulan 1 , so kalau beli barang kat situ, point jadi 2 kali ganda. Ya, aku pemegang kad member Watson. Hehe.

Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Monday, November 11, 2013

Jadilah seorang blogger yang beretika.


Assalamualaikum w.b.t.

Tahu tak bila seseorang tu buat artikel atau post entry , dan korang rasa 'macam nak copy je, macam nak copy je'. Benda macam tu tak jadi masalah , asalkan.. asalkan korang memberi kredit pada blogger asal. Tak susah pun. Senang je. Di akhir entry tu korang cakap-cakap sikit entry yang korang copy tu ambil dari mana and backlink pada blogger asal yang dok penat perah ayat segala keringat tu. Tolong belajar hargai usaha orang lain.

Aku , masa mula-mula berblogging ni pun tak paham sebenarnya apo bondo kredit kat setiap bawah entri ni. Rupa-rupanya ia lebih kepada sumber asal korang dapatkan maklumat tersebut.

Next,

Tadi kan wa blogwalking la kejap , macam biasa lah kalau dah takde kerja and taktahu nak buat ape , wa blogwalking la tengok-tengok sana, tengok-tengok sini. Then..

Tup tup.
"Eh , ni gambar aku yang edit!?"
Scroll bawah entry dia kot-kot dia ade letak kredit.
"Oh okay takde."

Pertama sekali, gambar yang aku edit tu bersumberkan dari weheartit.com and aku edit semula 4 pics tersebut and gabungkan jadi satu gambar (entry aku yang sebelum ni) . Well, takde la besar mana pun masalah aku ni. Aku tahu. Tapi bila benda-benda kecil selalu berlaku, lama-lama nanti jadi besar kalau kita biarkan je. Betul tak? Betul tak? Takpelah , aku maafkan. Tapi kalau kerap sangat berlaku , menjengkelkan jugak. Ye dok?

Bukan niat aku nak perkecilkan, haipp! Jangan sesekali pikir macam tu. Aku nak bagitau je , before ni aku pun pernah macam tu, nak nak dekat pacek google.com tu , selalu ambil gambar kat situ then wat donno je. Lagi satu, kalau blog korang yang superb cantik tu memang edit hasil sepenuhnya dari titik peluh korang, tak ape la. Ni ade yang pergi dekat freebies ngan tutorial blogger lain, pastu claim diri sendiri yang buat and punya. Haishh, tak malu betul.

Dalam dunia blogging ni, benda 'ambil' gambar atau salin semula dari sumber lain tanpa kebenaran memang dah biasa berlaku. Niat asal dorang tu tak dapek nak dipastikan. Wallahualam. Tapi nak copy paste pun biarlah ikut rules dia dengan tertib dan sopan ;

1. Jangan copy 100% , olah ikut ayat korang sendiri.
2. Kedua , kredit pada sumber asal tersebut.

Senang kan? Kalau korang tak buat benda yang konon dianggap remeh tu, orang lain akan perasan and dah tentu korang akan kena bash.

Contoh 1 : Dalam satu post tu, korang ade ambil satu gambar dan ade 5 point korang ambil dari sumber lain. Jadi.. buat macam ni.. Tulis di akhir entry dan backlink!


Contoh 2 : Korang menggunakan sumber tersebut 24 jam!! Macam aku ni , code denim template ni bukan aku punye , tapi blogger Una dan aku edit sikit-sikit ikut citarasa aku. Dan dari bloggers yang lain. Lagi, aku ni memang penggemar gambar-gambar dari weheartit.com dengan pakcek google.com . So, buat satu kotak credit kat sidebar tepi blog korang tu. Macam aku buat ni.

Saranan : 
Mungkin ramai lagi blogger yang tak tahu etika ber-blogging yang satu ini terutamanya blogger baru , wa harap lepas baca entry ni korang paham-paham lah ye.

Ubah cara tu sikit daripada nak copy tukar kepada , "macam nak share je, macam nak share je."

Oke yang ni aku credit kat Syasya awek legoland tu sebab aku guna ayat femes dia, cuma ubah sikit je. Hehe. *joking*

Cara-cara menjadi blogger yang beretika :

BACA SINI : Blog Pahan , Unclezuan , Animegetfun

Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Thursday, November 7, 2013

Acano nak join event-event macam ni?


Assalamualaikum w.b.t.

Semalam punya semalam wa blogwalking dan jumpa satu blogger tu kan , selalu sangat join event-event blogger kat luar tu. Mostly event tu ada yang dianjurkan oleh nuffnang, produk-produk kecantikan or produk-produk makanan kat Malaysia niyh. Seriously wa jeles. Sekarang ni da jadi trend party yang dorang anjurkan mesti comel comel macam gambar kat bawah ni kan.



Ohsem kan? Kan? Kalau aku dapat pergi mana-mana event yang buat theme macam ni, datang-datang je terus pengsan! Sebab cantek sangat , wakakaka.

Lahai , jelesnya wa kat bloggers yang macam dorang ni dapat join event macam tu. Datang untuk support event penganjur je , tukang memeriahkan mejlis. Bila dah attend tu, dorang akan share dalam blog memasing , jelesnyaaa. Tiba-tiba jadi promoter tak berbayar , tapi best sebab korang da dapat pengalaman baru dengan menghadirkan diri dalam acara tersebut.


Cuma yang sedihnya , mostly orang KL ngan Shah Alam paling beruntung sebab apa-apa event selalu buat kat area situ je. Yang duduk kat ceruk pedalaman hutan hujan tropika acano nak pergi? Macam wa jugaklah, nama je Melaka tapi bukan area bandar. Sejam jugaklah nak jejak kaki kat Banda Hilir tu, tapi kalau dorang ade buat event kat situ, rasanya takde hal kot nak tumpang sekaki.

Soalan : Macam mana nak buatkan diri kita ni dijemput untuk pergi event macam tu erk?? Nak la jugak tahu. Kalau berpeluang wa nak pergi. Teringin nak merasa , sekali sekala.


Last sem, lepas raya rasanya, aku join kawan aku attend event nuffnang kat One Utama kot. Dia masuk contest and then terpilih. Makan dekat Papa John’s u olls , F.O.C tau. Order je lah ape kau nak, tapi disebabkan aku ni hanyalah menumpang aku just makan apa yang di order and aku duk tepi tengok bloggers yang lain huha huha ajelah. Sporting baq hang dorang ni. Aku je dok senyap , tak pandai la nak beramah dengan orang luar. Hewhew. Tapi , event tu tak macam warna warni macam dalam gambar.


Masa tu aku takde lah nampak blogger femes yang datang , tapi dimaklumkan blogger RedMummy ade datang, mungkin dia dah balik awal. Kot aku mengharapkan untuk nampak CikEpal face to face, bhahahah , verangan gituhh.


Best kan?? Party comel-comel macam ni kita dapat attend. Pompuan pulak, memang suka tengok benda-benda cenggini. Huha huha.

Credit updated : Last pic from TresChic

Kbye.




Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.