HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Tuesday, December 31, 2013

Perpisahan


Assalamualaikum w.b.t

Aku rasa setiap manusia pernah mengalami detik-detik perpisahan. Cewahh, ‘detik-detik’ gituu.

Tak kisahlah berpisah dengan sesapa pun. Tapi yang aku nak highlight kat sini, detik perpisahan dengan sahabat atau rakan rapat yang disayangi.

Bagi keluarga aku ni, kitowang memang dah biasa pindah randah jauh-jauh ni. Atas urusan kerja bapaknya. So, kalau situasi macam aku ni , aku memang dah biasa berpisah dengan member rapat. Walaupun berkawan tak sampai setahun tapi aku cepat rapat dengan orang kalau orang tu menunjukkan sifat-sifat ikhlas nak kawan dengan aku laaa.. , dan mungkin sebab perangai aku yang gilaa and keras kepala, sebab tu dorang sayang aku kot. Kot. *pui*


Terima kasih sebab menyayangi saya. haktui. Haha. Kadang-kadang yang hati lembut ni mudah tersentuh kalau tengok kawan dia nak pindah jauh sikit , 

mula lah hati jadi sayu, 
mula la hati tu nak nangis.. 
mula lah pergi pasaraya sorang diri beli 4 kotak tisu, 
mula lah bawak balik kotak tisu then habiskan kesemua tisu dalam masa 1 jam. 

Ok fine ni dah lebih, ni cerita macam baru break dengan ex-boyfie. Haha. Maaf.

Tapi, aku selalu pikir, walaupun aku ni pindah-pindah and kemungkinan untuk tidak dapat jumpa dorang semula itu tinggi , aku akan pikir.

‘Relax la.. bila kita dah besar nanti kita buat la reunion jumpa balik.’

Erk? Bapok poyo gilaa pemikiran budak tak matang waktu tu. Haha. See? See? Sebab tu tak sedih sangat sebab dah biasa pindah-pindah ni. Lagipun, dulu masa Abah kerja navy , probability untuk jumpa balik tu tinggi, tak Lumut, kita jumpa kat Pelabuhan. Macam tu leeerr..


Haritu secara tak sengaja menyaksikan dua tangisan sahabat baik di depan rumah. Mak dengan Cik Wani, jiran kitowang. Pulang ke kampung kejap sebab ade hal, insyaAllah bila problem da settle, setahun selepasnya dia balik sini balik. Banyak kisah susah senang dikongsi bersama. Mak asyik kenang-kenang je tindakan nekad jiran aku yang pulang ke kampung tu.


Teringin untuk memilikinya satu. Yang sentiasa di sisi. InsyaAllah.

Berpisah dengan orang tersayang yang telah meninggal dunia lagi menyedihkan. Al-fatihah.


Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Sunday, December 29, 2013

Kadang kadang aku tak paham.


Assalamualaikum w.b.t

Kadang kadang aku tak paham .. kenapa kau couple , then gaduh bagai nak gilaa.
Kadang kadang aku tak paham .. kenapa kau couple , then menangis bagai nak rak.

Kadang kadang aku tak paham .. kenapa kau couple , kau mesti nak kongkong hidup dia.
Kadang kadang aku tak paham .. kenapa kau couple , kau dan dia tidak saling mempercayai.

Kadang kadang aku tak paham .. kenapa kau couple , mesti 24 jam nak keep contact je.
Kadang kadang aku tak paham .. kenapa kau couple , mesti nak bagitau kau tengah buat apa sebelum dan selepas contact dia.

Maaflah kalau terasa ye. Saje nak tulis sebab benda ni dah lama bermain kat otak aku. Bertahun dahh.

Kadang kadang aku tak paham .. hanya sebab dia , sanggup bunuh diri.
Kadang kadang aku tak paham .. hanya sebab dia , lupa tanggungjawab sebagai manusia.
Kadang kadang aku tak paham .. hanya sebab dia , lupa hukum agama.
Kadang kadang aku tak paham .. hanya sebab dia , kau lupa sebab apa kau dilahirkan di muka bumi ni..

‘Macam kau bagus sangat..’

Ye. Aku bukan sempurna. Kau pun tak sempurna.

Apa yang aku cuba nak cakap , janganlah gaduh sampai maki hamun bagai.
Jangan sebab seseorang yang kita kenal 4-5 tahun kononnya sanggup bunuh diri bagai.
Sentiasa ingat Allah S.W.T , ada masalah? Doa banyak-banyak semoga sentiasa diberi ketenangan.
Itu maksud aku.

Nak couple tu kau punya hal , bukan hak aku atau hak sesiapa kau nak couple dengan dia. Tapi biarlah berpada-pada, jangan dalam semua hal kau dan dia nak over. Mungkin sebab aku tak punya pengalaman, mungkin laa. Maaf la.

Aku seorang yang mudah mengekspresikan apa-apa yang dia pikir bila aku lepak dengan kawan-kawan aku. Aku akan cakap, kalau aku tak berkenan itu ini, aku akan cakap. Tapi, masih ada batas dia, masih ada lagi yang aku limitkan, walaupun kita kawan, tapi aku kena jugak jaga hati kau. Kengkadang terlepas tu maaflah. Aku kan tak sempurna. Mudah melakukan kesilapan.

Dulu, aku ada sorang kawan. Sukaaaa sangat cita pasai boipren dia kat aku. Tentunya aku tak de nak amik tahu sangat hal pakwe makwe ni sebab.... sebab.. aku tak berminat nak dengar. Haha. Tapi kan, aku tak pernah cakap kat dia macam tu pun. Aku dengar je, kononnya pendengar setia kan. Haha. Adatlah kalau berkawan dengan members yang ade pakwe makwe ni.

* Tapi , kalau kawan kawan korang ada masalah dalam hubungan dia and dia nak kongsikan dengan korang, janganlah tutup telinga ! Belajarlah menjadi pendengar yang baik.

Aku tak tolak cerita tu 100%. Tapi aku bukannya jenis nak selidik sampai habis pasai kisah love love dorang ni. Cukuplah aku tahu, since bila, how and sekarang oke atau tak. Cukuplah si dia tidak menyakitkan hati kawan-kawan aku. Buat kawan-kawan aku nangis.

Tapi kan, mostly dari boipren kengkawan aku ni, semua nya couple and dah siap pasang niat nak kawen ngan dorang. Ni lagi bagus. Terjamin hidup kengkawan aku, hahah.


Orang cakap, kalau kita crush seseorang, jangan crush lama-lama sangat. Bila rasa dah lama tu , tukaq cari crush yang lain pulak. Haha. Hmmm, kenapa aku macam tu erk? Terasa pulak.. haha.

Kbye.




Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Thursday, December 26, 2013

Thanks nuffnang & dear readers.

Assalamualaikum w.b.t

Sejak aktif berblogging ni and rajin mencari tips untuk tingkatkan trafik blog , pihak nuffnang ade bagi CPUV kat blog aku sebelum aku memulakan karier sebagai pelajar last month *uhuk* , karier lah sangat !

Dah siap credited dah pun. Syukur Alhamdulillah. Akan ku usaha lagi untuk capai CPUV yang seterusnya. Hehe.


Walaupun tak banyak cam u olss. Tapi wa heppy la, sebab usaha takat tu je kan. Nak lebih kena la usaha lagi , kan? kan?

Terima kasih kat korang as readers, viewers, followers, stalkers *pui* yang dok rajin klik-klik tu. Kamsahamnida. Infom kat inbox, then nanti aku tolong la balik. Give and take katakooo. Helping each other right? right? Kena ar jujur, takmo tipu-tipu wa okay.

Besarlah hati wa kalau setiap hari korang jenguk blog biru wa ni, lu olang klik-klik iklan bawah ni ;


Iklan macam ni mostly ada kat bawahhhh blog aku tau. INTI.

Tips ringkas :
1. Rajin tinggalkan jejak pada shoutbox blogger lain.
2. Sekali sekala tinggalkan komen pada entry dorang.
3. Klik klik iklan yang ada kat blog tu, nuffnang @ churpchurp @ heartbeat

Conclusion : Trafik naik , earning pun masyukkk!!!

Transitions.
Iklan macam ni ade je kat sidebar tu. Kengkadang iklan INTI kat situ.
Iklan churpchurp pun jangan pandang serong gak taw. Klik klik satu.
Semoga, sama-sama kita jadi 'kaya'.... hewhew.

Tukar tajuk sikit , nak habaq mai. Bloggers yang suka and mahu setiap entry korang di-komen oleh bloggers lain, tolong la disable word verification tu. Please~~~

Simple tutorial : Disable word verification ( comment box )

Dashboard > Settings > Post and comments 


Buat macam ni eyh. Setting kepada ' NO ' , jenuh la macek nak komen-komen semua blog yang ada word verification tu. Ada paham tak? Tolong la ubah setting tu ya. Ini untuk kemudahan blogger lain untuk komen kat entry u olls gituuww.

Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Pretty Man & Suspicious Housekeeper

Anyeonghaseyo.

Drama The Inheritors dah melabuhkan tirai. Sekarang ni mood layan Pretty Man dengan The Suspicious Housekeeper lak. Meh aku citer serba sikit.


The Suspicious Housekeeper.

Aku pilih cerita ni sebab haritu terbaca review seorang blogger. Citernya macam best so aku layan la even takde hero ngan heroin yang gempak-gempak. Hehe. Apa salahnya tukar cerita yang berkisarkan pasai femly pulak, kan? kan?

Mengisahkan kehidupan sebuah keluarga dimana ahli-ahlinya terdiri daripada 2 anak perempuan dan 2 orang anak lelaki. Mak mereka meninggal dunia bunuh diri dan setelah disiasat ianya berpunca daripada kesalahan bapa mereka sendiri yang berlaku curang dengan perempuan di tempat kerjanya.

Kepercayaan anak-anak terhadap bapa kandung mereka semakin lama semakin pudar dan kehadiran pembantu rumah yang cukup sempurna dari A-Z membuatkan kehidupan anak-anak di dalam keluarga tersebut tidak terumbang-ambing.

Yang uniknya , pembantu rumah dia ni akan lakukan apa-apa sahaja arahan yang diberi oleh majikan dia. And yes, kalau majikan dia suruh bunuh orang, dia akan bunuh orang. Sangat mematuhi perintah.

Paling aku annoyed bila manager housekeeper tu, gilaa psiko, kejap kejap gelak, kejap kejap cakap sendiri. Psiko betul , tapi kelakar la sebab cara dia gelak je yang buat aku annoyed. Haha.

Yang sedihnya, mula-mula tu bapak dia tak pernah sayang isteri sendiri dan anak-anak dari first day kahwin sampai la mak dorang meninggal dunia. Kesian kan?? Nak tahu lagi? Tengok la sendiri macam mana dorang settle kan masalah dorang. Hehe.

Sekarang ni baru habis episod 8.


Pretty Man / Bel Ami

Kenapa aku pilih ni? Sebab ade Jang GeunSuk dalam ni. Muaahahah. Dan juga IU. Aku bukan lah peminat JGS dengan IU , tapi boleh layan la. Aku suka tengok JGS berlakon je. Aku tak gemar sangat muka lelaki yang nampak cantik ni , biasa biasa je.

Cerita pasai si hero Ma Te yang mempunyai rupa paras yang sangat hensem + cantik membuatkan setiap perempuan mudah jatuh cinta dengan dia. Asalnya dia bukan orang yang senang, tapi tak lama kemudian datang seorang wanita memberitahu yang dia ni sebenarnya anak orang kaya. Disebabkan dia ni bukan anak sah bapak dia, so isteri sebenar yang berkuasa ni memang tak bagi mana-mana perempuan simpanan datang cuba menuntut harta. Untuk dapatkan hak dia, dia kena lalui macam-macam dan belajar cara-cara untuk lawan mak tiri dia tu.

Yang aku tak tahan pasai watak Ma Te ni, kengkadang dia ni terlampau menggunakan aset kehenseman yang dia ada. Kalau nak bagi reward kat Bo Tong, dia cakap , "Sebagai ganjaran, saya benarkan awak ambil gambar saya sebanyak 10 keping.".

Erghhh poyo gilaaaaaa. Tapi Bo Tong sukaa je. Ishhh, goosebumps habis aku dibuatnya. Hahah



Pasai heroin pulak , IU. Bo Tong ni memang dah lama minat Ma Te sebab wajah kacaknya kebetulan satu hari tu Ma Te dan ibunya datang ke kedai makan ibu Bo Tong dan mereka jadi rapat walaupun Ma Te tak berkenan sangat. Bo Tong ni sangat-sangat adore Ma Te macam korang minat artis pujaan lahh. Sanggup tolong Ma Te buat apa-apa je.

Lama-lama tu Ma Te jadi jealous sebab Bo Tong asyik rapat dengan lelaki lain. Next? Next?? Sila la layan drama ni secara online ye.

Baru habis ep 6.

Sekarang ni aku layan korean drama online kat gooddrama.net .

Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Wednesday, December 25, 2013

Presentation P4


Assalamualaikum w.b.t

Kali ni wa nak citer pasai presentation wa seorang diri last week. Yang aku paham sangat pasai diri aku ni, tentu lah aku bukan kategori orang yang berkeyakinan. Pulak kos BEL aku ni takde final, so setiap markah assignment akan di bawa pada hujung sem. Assignment dia buat pasai presentation , 2 kali individual, 2 kali secara berkumpulan.

Untuk yang pertama ni secara individual, I’m alone. Tu tak kesah la, ape da hal setakat nak present je kat depan kan.  Wa dah biasa kot. Tapi.. bila kat U ni perasaan dia lain sikit kalau nak dibandingkan masa korang buat presentation masa kat sekolah dulu-dulu.

Satu , classmate bukan calang-calang, semuanya pandai-pandai. Dua, kena cakap omputeh pastinya. Pulak aku nak kena speaking sekor and bina ayat sendiri tanpa bantuan. Nervous tahu tak? Cuak tuu.

Patutnya, aku berada dalam group pertama yang kena present , tapi sebab sir masuk lambat, hanya 6 orang pertama je yang sempat buat presentation masa tu. Dah kemain hafal siap susun ayat bagai, sebab masing-masing tak nak dapat markah baca slide !

Presentation kiteowang pasai improved product. Terangkan latar belakang company, carta organisasi company, produk lama dengan produk baru yang company tu buat. Yang penting kita kena tahu detail pasal produk yang kita bentangkan. Benda tu tak menjadi masalah pada kiteowang rasanya.. Yang menjadi masalah, classmates kitowang sendiri.

Kejam pulak aku rasa. Lepas habis present tu, Sir akan bukak ruang pertanyaan and mostly semua soalan dari classmates banyak yang main-main. Nak tak nak memang kena jawab sebab Sir dah bagi ruang. At first , menggeletar jugak lutut gua, tapi tahankan saja. Nervous itu pasti. Sape je yang tak cuak bro?

Nak citer pasai presentation aku sikit, aku pilih Latitude Tree Holdings Berhad. Tahu apakah ia?? Sebuah investment company dalam masa yang sama LTHB ni merupakan pembekal barangan perabot kayu jati. Lebih kurang macam tu lah. Jenuh aku nak fikir pasal improved product dari LTHB sebab gambar perabot memang tak banyak. Ade jalan lain yang aku buat, tapi itu rahsia. Ekekek.. And bila aku da pilih company tu, aku tak nak tuka company lain. Usaha je mana yang boleh. Hee~ Selagi tak sampai waktu untuk aku present , selagi tu lah aku akan bukak lappy untuk baiki, baiki dan baiki sampai aku rasa puas walaupun tak bape nak puas jugak lah.

Bila aku dah selesai present tu belambak pulak soalan yang aku dapat. Jawab ajelah mana yang mampu , tu pun satu dua je. Takpe, member lain pun dapat banyak soalan jugak, so rasa fair sikit sebab banyak nau soalan yang… hmmm. Tak focus masa orang present kat depan. Nak ketuk je. Banyak ketidakpuasan hati so aku kena belajar untuk improve lagi.


Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Tuesday, December 24, 2013

The Heirs : Recap

Anyeonghaseyo.

Korean drama The Heirs dah lama tamat and ramai lagi masih terbayang dan terbuai dengan romantiknya Kim Tan dalam citer tu. Tak dinafikan aku tengok cerita tu pun sebab ade Lee Minho dengan Park Shinhye. Tapi lepas da layan episod demi episod , mata aku asyik tumpu pada watak bad boy Choi Youngdo. Hensemnya Kim Woobin , lahai. Antara beberapa scene yang lawak aku pernah tengok kat insta then jumpa lagi kat weheartit masa search gambar Woobin , hehe.

Layan~~

Nak cakap benda ni logic thinking pun hado. Sebab nama dia.. hahaha , kelakar betui.


"I'm the youngest daughter". Hahaha. Sengal je.


Okey. Yang ni paling best !!! Sumpah kelakar gilaaa. Hahaha. Tak menahan gambar yang bawah tu. Love is the momeeennttt !!!! Actually, Love Is The Moment by Changmin 2AM ni lagu OST drama The Heirs ni. 

Lirik dia asyik Love is.. Love is.. Love is.. kengkadang annoyed jugak masa mula-mula dengar. Tapi bila dah selalu dengar tu, dah jadi macam biasa and boleh layan pulak. Haaha.

Last but not least~


Omo~~ how cute. Nampak sweet je. Nampak sweet je.

Nanti nak citer pasai new drama yang aku tengah dok layan pulak.
Kbye.




Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Saturday, December 21, 2013

Simple Giveaway by Izzati Amira

Assalamualaikum w.b.t.

Status : SIMPLE GIVEAWAY TAMAT 

Bismillahirrahmanirrahim.

Kalau korang still ingat lagi aku pernah story kat sini yang aku nak buat giveaway kan? Kan? First giveaway dari aku sebagai tuan blog nineteencapri.blogspot.com ini. Hai hai.

Selamat men-join-kan diri. Do support tau! Tau!


It is 22 nd actually !! Sorry , my bad.
TAMAT 18 JANUARI 2014 , 8 PAGI

Of course syarat-syarat yang aku terma-kan ini cukup mudah dan simple semudah ABC 123 !!
Tak caya?

Rules dia ;

1.       Follow blog nineteencapri.blogspot.com
2.       Copy code dalam box dan paste kan dalam entry anda.
3.       Tinggalkan url entry korang kat entry giveaway ni sahaja.

A : Tajuk entry “ Simple Giveaway by Izzati Amira ”.
B :  Klik iklan ni untuk saya , SINI & SINI . ATAU klik mana-mana iklan yang ada dalam blog ni. *sampai habis loading~~ please be honest oke.
C :  Pemenang untuk Random Winner akan diadili oleh random.org .

Note : Warganegara Malaysia sahaja.

Pemenang utama : 1 X Top referral & 1 X Random Winner.
Others : 5 X pemenang saguhati. ( Bloglist untuk sebulan )


Besarlah hati saya sebagai tuan blog jika ramai di antara korang semua yang sudi join GA pertama dari aku ni , hehe. Join tau !! Join and promote besar-besaran okeyh. InsyaAllah , kalau ramai aku akan besarkan kuota untuk saguhati. Join okay (:

InsyaAllah aku akan update pasai giveaway ni dari masa ke masa.


Copy and paste code ni dalam entry ;



Kbye.




Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Tuesday, December 17, 2013

Cemburu budak tua bangka ! Haha



Assalamualaikum w.b.t.

Wazzup kalian. Ehem, macam biasalah, aku masih belum berada dalam situasi untuk membalas kunjungan readers semua. Maaf. Nanti masa aku cuti midsem aku buat okay? Sorry sebab aku tak di-provide-kan broadband ber huhu haha dalam bilik. Aku just layan movie ngan drama je tu pun atas ehsan budak level. Waahaha.

Story dah lama, baru sekarang nak bangkitkan isu ketidakpuasan hati gua. Sadis. Bila pikir balek , “Aahh la, untung gilaaa adik-adik aku.”.

Why?

Beberapa hari lalu merupakan birthday adik aku , and fyi dorang sekarang ni berada di kampung. Maklumlah, cuti sekolah katekan, bila abah pun dapat cuti so bersakan lah mereka sekalian di kampung. Memandangkan kampung aku ni jauh and jarang balik, bila dapat balik kampung tu memang best la sebab dapat jumpa sedara-sedara wa yang tinggal kat sana.

Oopss, kita nak cakap pasai birthday sebenarnya.

Dua orang adik aku ni lahir pada bulan 3 , sorang lagi pulak bulan 12. Motif?? Birthday memasing semuanya jatuh pada bulan cuti persekolahan. Kenapa? Bila start cuti sekolah, kami semua akan balik kampung and birthday boy and girl ni happy gilaa lah sebab dapat sambut birthday kat kampung. Sebab? Ramai sedara mara boleh join, macek pacek akan provide hadiah, makan-makan kat rumah atok tokwan, everybody menghadirkan diri and sambutan harijadi kelihatan sangat meriah. Aku jeles!!


Again.. Why nak jealous?

Mostly bila hari itu tiba , banyak wish kat fesbuk je la. Thanks la korang. Thanks okay. Kalau takde notification memang tak ingat la kan *aku pun selalu lupa beday orang bila orang tu da jauh dengan aku* .

Tentulah aku harus jeles sebab aku ni lahir awal tahun , pulak masa tu orang tengah dok busy dengan hari sekolah bagai. Aku? Bosan gilaa...... Dah nak masuk 20 tahun pun still nak membebel pasal birthday party? K fine. Yelah yelah.. mengalah laaa.. tapi kan.. *still tak puas hati* , dari dulu lagi birthday aku asyik sambut kat rumah je. Opkoz la aku appreciate bila femly members wish birthday kat aku, tapi nak jugak hadiahhhh dari macek pacek aku. Childish gilaaa kau. Hahaha.

Seingat aku, ada la 2-3.... takpe laa.. Bape hari je lagi nanti nak masuk 20 tahun. Dah dua abad aku hidup , hehe. Nanti aku mintak hadiah kat pacek aku yang tak kawen lagi tuu. Wahahah. Kang dah kawen nanti bini dia dah control kewangan dia. Haha.

Conclusion , sedar lah diri tu sikit Zati oii.

Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Saturday, December 7, 2013

Impression.


Assalamualaikum w.b.t

Memandangkan aku dulunya mempunyai banyak sejarah asyik bertukar sekolah *bukan sebab masalah disiplin yo, bapak I kan kerja kerajaan, memang selalu pindah randah ni* , so banyak jugak la feedback yang mengatakan aku ni ‘SOMBONG'!!

At first impression laaa...

Tu sebab dorang tak kenal aku. Hmm, macam mana mau cakap eyh.. Aku memang tak reti and susah nak senyum kat orang lain kalau memang orang tu tak pulak nak senyum kat aku. Orang tu tak rasa pape kenapa kita pulak yang nak lebih-lebih? Cenggitu la. Terserlah kesombongan disitu. Pulak aku ni memang susah nak bercakap dan ramah dengan orang yang aku tak kenal. So, aku akan senyap je terperuk sorang-sorang kat tepi buat hal sendiri. Sangat sombong.

Tapi, aku yang tuan badan mesti lah nak nafikan ye dak? Korang tak kenal aku, so tak boleh ar nak judge aku. Korang sombong ngan aku, lagi lah aku sombong ngan korang. Bila dah kenal aku, members semua cakap aku ni gilaa. Kalau lebih 40 kali dorang cakap aku gilaa ?? Payah gak ni. Haha.



Tentulah aku gilaa dengan orang aku rapat je. Muahaha.

Jadi, macam mana impression aku terhadap orang luar pulak? Aku bukan jenis yang sesuka hati nak judge orang yang aku tak kenal tak tentu pasal. Aku rasa la... rasa je.. aku rasa aku judge orang ni bila aku dah kenal dia lebih dari 2-3 bulan.

Strangers. Korang cakap lah yang Si A tu jahat ke, sombong atau poyo ke, selagi aku tak kenal orang tu and tak nampak cara Si A berkomunikasi, aku takkan judge cara dia. Aku takkan bagi ngeative impression terhadap seseorang at first sight.

Tapi kalau cakap dia tu baik , percaya je lah. Takkan aku sesuka hati nak cakap dia jahat.



Motif aku nak citer ni. Ade satu orang tu, budak sekeliling aku gak laa.. Aku respect jugak la kat dia since Sem 1 atau 2 kot, sebab ramai cakap dia pandai. Tahap keyakinan / confident dia memang best lahh!! So, good impression dari aku untuk dia ada kat situ. Then, tak lama tu members aku cakap yang dia ni poyo, berlagak whatsoever. Tapi dia still pandai and aku still anggap dia tak poyo mana. Oke je tuuu...

Sampai lah satu hari tu , terserlah sikap bagus dia depan aku dengan members aku, depan mata aku pulak tu. Time tu memang wa rasa macam berasap macam panas je even Lendu tengah hujan.

“Pehal dia ni? Bajek bagus je..”. Itulah.

Lepas buat survey , ramai cakap dia memang macam tu. Tapi aku still nak komplen pasal sikap dia tu. Perluke dia cakap macam tu masa tu? Aku tahu dia ade jawatan, aku tahu dia pandai. Tak boleh cakap baik-baik eyh?? Kenapa cara dia cakap tu macam berlagak bagusssss je? Sakit pulak mata ni nengok ! Hishh.



Then aku pikir balik, itu sikap dia. Dia memang macam tu. Dah tak boleh ubah agaknya. Manusia tak sempurna, sedangkan aku ni memang banyak kelemahan. Kita manusia , hanyalah insan yang serba kekurangan. Okelah aku terima je.

Walaupun aku ni suka berlawak, kadang-kadang selalu je terlepas cakap. Tentulah aku yang melawak ni bukannya cakap sebab nak sakitkan orang. Lawak aku ni kadang-kadang berlaku tanpa niat. Spontan gituu. Kalau yang terasa tu , maaflah.


Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Thursday, December 5, 2013

Berjaya Times Square Theme Park



Assalamualaikum and Anyeonghaseyo.

Last 3 days , gua dengan awek-awek gua jenjalan ke Key-El ( KL ) --- sambungan entry sebelumnya. Actually bende ni da plan since last semester , masa tu planning cakap mulut je. Memandangkan this sem ade manyak cuti , so kiteowang try untuk memanfaatkannya , haha. Well , kiteowang saje menghabiskan duit ke Berjaya Times Square Theme Park < --- Nama baru. Untuk adult yang boleh maen semua game + myKad harganya RM38. Segala information yang korang nak tahu fasal theme park ni boleh Klik Sini.

Tanpa kesabaran yang tinggi kami terus simpan beg dalam loker , 1 token 1 ringgit. Then , Mira yang pernah maen kat TS ni terus ajak kiteowang maen game yang tak bape nak ramai orang queue lagi. So, kebetulan DNA MIXER ni kosong je. Kiteowang berlima menuju ke situ , letak barang, cari sit and duduk relax wat cool. Masa duduk-duduk uh gua cuak jugak lah kan sebab maen bende alah ni first time dalam hidup.

GALAXY STATION


It is so damn scary! Mira cakap die pernah naek dua tiga kali and rasa biasa biasa je. And rasa die yang biasa biasa tu bagi aku tersangatlah luar biasa. Kalau nak cakap fasal mende alah ni je aku da rasa cam amek masa tiga hari pun luar biasa die amatlah menakutkan aku. Honestly , aku bukan jenis takut tinggi , tapi bila ingat mati membuatkan aku takut nak main sekali lagi. Haha.

Takut lah nak main sekali lagi !! Serius !!

Kebanyakannya aku maen benda alah ni tutup mata je , bila aku rasa tudung aku da nak tercabut and try tengok situasi keliling aku bukak mata kejap kejap. Dalam banyak banyak perasaan tu , the top one is aku rasa aku jatuh dari tingkat 15 tapi sampai G Floor aku diselamatkan. Perghh! Tak boleh blah ade budak kecik watlek watcool je maen bende alah ni , tercalar maruah aku kejap , hehe.



Habes Dna Mixer budak ni terus serbu Spinning Orbit ni. Arghh , susahnye aku nak gambarkan bahawa aku memang tak beri kepercayaan 100% pada benda besi and belt yang ade kat situ. Nobody’s screaming at here tyme kiteowang naek tu , tapi agak muke aku pucat kot mase tu. Kalo die pusing background die gambar angkasa lepas , i’ll be fine. Tapi dekat je dengan laluan roller coaster , bangunan-bangunan yang laen. Perghh , rasa cam kaki gua cecah je kalo pijak situ. Wuuu~ Kat sini aku da rasa pening sikit.


Next. Bende ni cam best je , aku duduk couple sit dengan Mira coz Debot tak main. Semua game yang kiteowang maen tak review pun other people maen, kiteowang hentam kromo je. So, aku yang duduk bahagian dalam tak expect pun bila berpusing aku akan menghimpit Mira yang duduk bahagian luar. Ekeke , keras jugak tangan aku genggam tiang kat tepi. Bila aku tarik, die tolak balik aku , tarik...tolak...tarik..tolak..hmm. Best , kiteowang die bagi dua round.


Yang ni best. Yang ini aku langsung tak cuak. Aku duduk sorang je sebab masing-masing dah ade cople kan. Btw , aku dengan yang laen memang suke naek yang ni. Naek sampai dua kali. Kalo boleh nak lebih , tapi disebabkan kesuntukan masa tak dapat la nak try sampai lebam. Fuhh~ Yang ni tak payah jerit-jerit kot. Peace. Layan masyukk je naek ni.

Space Attack dengan Supersonic Odyssey ( roller coaster ) aku tak maen pun. Sudahlahh. Debot ngan Mira je try roller coaster tu , Debot cakap ; Dna Mixer lagi scary berbanding roller coaster. See!!??? Hmm,. Lepas habes bahagian Galaxy Station kiteowang try yang aman lagi damai ni pulak. Menyesal kejap sebab patutnya kite kene warm up dengan game yang ringan-ringan dulu. Ni tak , terus serbu yang ganas , patutle trauma.

FANTASY GARDEN

Ada 8 game kesemuanya. Tapi kiteowang juz maen 5 sahaja. Yang laen tu kanak-kanak sahaja kot.


Botanic Drive.
Konon nak feeling-feeling bawak kereta sendiri , boleh la merasa kan. 3 round sahaja. Nak feeling jadi bebudak tekan hon tak tentu fasal pun oke.


Fantasy Trail.
Kat sini die akan bawak kite pusing satu Fantasy Garden tu. Akan ade satu laluan gua , and pemandangan die sungguh ohsem. Sesape yang berpakaian puteh , nanti baju korang akan bercahaya. Kanak-kanak pasti suka , so kiteowang pun excited jugak baju kiteowang terang benderang gitu , so kiteowang pun feeling kanak-kanak. Tyme tengah feeling-feeling nak bergambar ade satu pekerja kat situ konon nak tolong tangkap gambar kiteowang , posing baekkk punya sekali tengok , blank. Fon Lynn canggih sangat ni. Adoi.


Crazy Bus
Ini agak kelakar jugak lahh. Kiteowang yang da besar gedabak still lagi nak naek jugak permainan budak budak ni *eh , kita bayar la*. Except Mira yang dahaga pergi beli air , kiteowang pun maen benda alah ni , tyme die naik kiteowang ; Aaaaaaa..... . tyme die turun kiteowang ; Uuuuuu... . Sengal tak kat situ sampai budak depan kiteowang pandang-pandang , ‘Apehal kakak ni? Jakun ke macam mana?’

Buddy Go Round
Yang berempat naek kuda , aku je yang duduk dalam kapsul sengsorang. Aku pikir die akan pusing-pusing macam naek cawan , rupenye tak. Kfine. Beberapa minit sebelum benda tu bergerak , ade dua orang kanak-kanak comel lagi vogeh konon nak tumpang kapsul aku sebab kuda laen sume da penuh. Aku pun benarkan je la , guess what. She’s so talkative and her sister so damn cute. Da budak ni tanye umur aku bagai sekolah mana bagai aku pun layan je laaaaaa~ Lalalalaaaa~.



Robo Crash
Kiteowang queue , tapi untuk intake ketiga baru dapat masuk. Sesungguhnya memang ramai nak maen game ni. Even aku rasa kurang 5 minit je pusing-pusing stereng kereta tu.

Balek je rumah , terus badan sendi hape sume lenguh-lenguh. Penat lah sangat kann. Effect besar die disebabkan oleh Dna Mixer tu la. Dah shake + mix ape sume terus sengal sengal. Ekeke , btw nampaknya impian aku untuk ke Genting Highlands rasanya macam tak tercapai je lepas aku merasai sebahagian game yang agak serupa kat Cosmo’s World ni. < --- Nama lama.
Kbye.

Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

The Selekeh Moment : Part 2




Assalamualaikum w.b.t

1 . Bagi perempuan yang bertudung , kiteowang ni jenis pantang nampak cermin. Mesti nak pandang nak betulkan tudung bagai. Herot sikit pun berhenti kat depan cermin and betulkan lama-lama kononnya. Paling best kalau dapat pintu yang cermin dia gelap, rasa cam puas hati je dapat tengok dengan jelas. Betulkan atap tudung, belek-belek hidung, herot-herot mulut then tetiba ade pakwe hensem kua bukak pintu dari dalam. Fuhlamakkk. Cam segan je.. cam segan je.. adoi.

2 . Kawan yang sorang ni selalu sangat keluar dengan member pakai tudung yang sama. Satu hari tu konon dia nak tukar imej pakai tudung lawaa sikit la. Try pakai.. belek sini tak kena..belek sana tak kena.. 30 minit kemudian. Frust  ! Pakai balik tudung yang dia selalu pakai. Hek alaaaa..

3 . Sembahyang kat masjid/surau. Lepas habis sembahyang tu korang tengok selipar korang dah tak de. Hek alaaa.. selipar murah aku tu boleh hilang ke? Spoil betul !!

p/s : Ketiga-tiga situasi yang mengambarkan diri aku sendiri. Hahahah. Maap je lahh.


Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Sunday, December 1, 2013

Lepaskan rindu main Arcade Car Games.


Assalamualaikum w.b.t

Semalam pergi marketing kat Pasaraya TF , Port Dickson , dekat ngan PD Waterfront. Serius ahh PD memang ramai orang. Dengan mat-mat motor nya. Serabut je ase. Semak jalan raya je dorang ni. Pulak majoritinya terdiri daripada anak-anak Melayu. Haihh.

Abah cakap , PD ni je lah antara tempat tumpuan warga kota nak relaks kan minda. Hmmm, yelah. Terpulang.. Aku dah tak minat sangat dengan suasana pantai yang sesak dengan orang. Kureng sikit dekat tempat yang sesak ni. Lagipun memang dulu aku ni dah terdedah dengan suasana pantai. Tapi dulu tak ramai orang sampai sesak bagai. Hehe.

Yeay beli shirt baru lagi !! Tapi kali ni mak dengan adik-adik pun tumpang sekaki. Kami berempat beli sweater shirt yang sama !! Memasing kaler lain-lain. Ohsem pulak ase.

Habis beli barang bagai tu, sementara tunggu Abah bayar barang office dia, aku nampak Arcade Games di kawasan berdekatan. Gila memang gila. Itulah feberet aku. Aku ajak adik-adik aku join sekali. Tak besar pun tempat dia, kecik jaa. So, memang tak banyak games yang ada.


Aku : 1st place !! Wahaha. Padahal pusing pusing tekan minyak je.
Adik-adik aku ; Sorang dapat 2nd , sorang lagi 36th ! Mak aihhh.

Pantang ade peluang memang aku akan ajak adik aku masuk dalam arked ni. Sekarang ni 1 token RM 1. Dulu dapat dua token dengan RM 1 tu. Even aku suka masuk arked ni, tapi takdelah semua game aku nak try. Main satu je sebab yang dua orang lagi tu aku gak yang support, eh.

Tapi kan, aku lagi rambang mata kalau ada arked yang besar gilaa and banyak games !! Huwaaaa. Kat Megamall Kuantan aku rasa ada satu tu. Bagi aku besar gak la. Kat MP ( Mahkota Parade ) pun ade satu, tapi penuh dengan lelaki je , semak pulak ase. *tak tahu lah skang ni wujud lagi or tak.


Tahu kan arcade ni ghupe dia cemane? Haha. Pakwe I tengah main tu. Source : google.com

Gambar hanya lakonan semata-mata.

Eksyen je, memasing dah besar pun nak main benda alah ni? Tak pepasai rosak kang disebabkan terlebih muatan. Aku? Takde keje nak naik menda alah ni, kang rabak sape susah? Haha.

Kenapa aku rasa muka adik-adik aku innocent sangat ni? Padahal dorang lah muka paling poyo! Ikut kakak dia betul !! Haha.

Last sem kan aku dah pernah masuk arked kat Tesco Cheng, so kali ni wa dapat behave sikit. Aku tengok bebudak yang main kat situ memang kaya lah weyh. Asyik dok tukar token je, banyak betul duit raya dorang yang tak pernah nak habis tu. Jeles pulak aku! Hisyh.

p/s : Ice Room yang aku suka pergi kat PD tuh da tutup. Sedihnyaaa. Dah bertukar jadi kedai baju pulak. Lol.

Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.