HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Friday, February 28, 2014

#ProudToBeDais

Assalamualaikum w.b.t.

Last two week aku dan classmates ade event kat sekolah SMK Dato' Haji Talib Karim. Salah satu subjek kiteowang yang memperuntukkan kami sekelas anjurkan event. Inilahh..


Proud To Be Dais punya event ni nak memperkenalkan lagi kos kami yang kurang terkenal sikit dari DIA ( Diploma in Accounting ) kepada para pelajar sekolah menengah terutamanya budak SPM yang ambil subjek Perakaunan. D'Ais itu sendiri yang membawa maksud Diploma in Accounting Information System. Belajar akaun dan system.

Memandangkan sekolah ni tak ramai pelajar akaun, kami ambil jugak budak-budak aliran sains untuk dengar ceramah sama. Mostly bila dah masuk peringkat universiti ni, ramai jugak budak-budak aliran sains yang rezeki dia belajar pasai akaun tau. So, jeling jeling la pasai kos ni sama.

Tapi , event kiteowang tak 100% formal untuk dengar ceramah je tau. Budak budak.. sape yang suka dengar ceramah? Aku pun tak suka , tapi lepas rehat kiteowang buat aktiviti fun-game la kekdahnya dengan bebudak form 4 dengan form 5 ni. Thanks ahh korang sebab bagi kerjasama and participate sebaik mungkin dalam event kiteowang ni. *serius ah penat*

Siti Nono, Zati double chin, Agnes monica and........ the rest. *bhaha bapak kejam*

Tetiba pulak aku yang pemalu nak berhadapan dengan orang ramai tu ter-pegang mic, jadi pengelola game tak bertauliah pada hari tu. Tanpa planning lol. Mengharapkan mereka paham akan game-game yang kami cuba anjurkan. Harapan..... untunglah dorang paham. Rasanyaaaa......

Yeahhh. Thanks u olsss.
Baju sponsor tau. Thanks thanks.

#CrewOfTheDay

The Gorjess *kononnya*.

Hampir 4 sem kami bersama. InsyaAllah, se-annoying masing-masing pun. Terimalah yang seadanya, adatlah masing-masing kalau ada yang tak puas hati tu. 

We are imperfect human beings.

p/s : Usaha untuk hilangkan double chin. Fighting!!
Haha.
Kbye.




Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Sunday, February 23, 2014

Benda yang aku sayang nak buang.

Assalamualaikum w.b.t

Hello guys. Hello girl.
Semalam masa nak keluar pergi makan malam with family tersayang, aku terfikir satu benda alah ni. Benda yang aku paling sayang. Yang dah bertahun-tahun berkhidmat untuk keselesaan aku.


1. Tracksuit

Oke. Cakap pasai tracksuit. Tracksuit tu aku rasa serius arr dia memang dah lama berkhidmat untuk aku. Mungkin dah 6-7 tahun aku still sayang nak buang tracksuit tu. Pakai, pakai dan pakai lagi selagi muat. Banyak je tracksuit lain dalam almari, tapi aku tetap suka pakai yang tu. Yang tu jugak! Tak kira. Koyak sikit, jahit. Koyak sikit, jahit. Tak nak buang.


2.Bawal hitam

Dulu masa aku baru nak pupuk diri nak pakai tudung, tudung yang aku sayang tu adalah tudung bawal hitam yang tepi-tepi dia tu ada batu satu line je. Pergi mana-mana, shopping market, complex, pasar pagi, pasar malam, mini market, pergi koko sekolah, lepak ngan member, jenjalan... satu tudung tu je yang aku sarung. Perghh, tak fashionista langsung *krik krik* , memang dulu ni aku tak suka pakai tudung kaler lain atau tudung lain selain tudung bawal aku tu jugak.

Memang aku sayang gila la kat tudung tu. Tapi bila dah masuk zaman aku masuk U ni, banyak pulak kaler bawal yang aku jumpa dok jual kat Lendu tu harga murah-murah punya. So, ape lagi hampir semua kaler aku borong. Sekarang ni cakap ajelah warna ape, semua ada. Haha.


3.Jaket

Ada satu jaket berzip aku tu pun dah lama jugak aku usung ke hulu ke hilir. Sayang betul. Selagi muat, selagi tu la aku sarung. Muahaha. Err, pokoknya aku sayang lah wehh nak buang. Itu adalah kenangan.

Satu hari tu masa aku dengan family tengah makan kat luar, coincidentally memasing pakai baju yang dah 5-6 tahun kiteowang pakai. Haha, then memasing mengungkit ja..

“Baju ni abah beli masa korang kecik lagi..”
“Baju ni mak beli masa duduk kat sungai soi dulu noh..”
“Baju ni masa akak sekolah rendah lagi..”
And so on..


So, how about you guys? Selalunya kita cakap pasai apa yang kita pakai la sebab ianya tahan lama and boleh pakai bertahun-tahun. Kasut ke.. Apo-apo bondo yang korang sayangss la citer dia. Ke aku sorang je yang macam ni? Haha.

Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Friday, February 21, 2014

Weekend suka suka.

Assalamualaikum w.b.t

Lama dah tak story sini kan. Busy lah, busy dengan test, quiz, assignment yang last minute baru nak buat..proposal..presentation..fhewww~ Dah balik ghumah ni, meh kita story.

Two weeks ago. Wa tak balik rumah wa. Tapi wa balik rumah kawan wa. Cheras. Saje kegedikan.

Padahal nak pegi karok semata. Asalnya.
Jom story.

Pagi Jumaat tu lepas Subuh masing masing siapkan diri nak gerak naik bas pergi Cheras. Ambil bas kat AG terus ke TBS. Dalam bas wa rasa ngantok je sebab bas tu lentok-lentok pulak bikin gua ketiduran kejap kejap.

Dah sampai TBS tu Dibah craving for Dunkin Donuts  ikut aje lah. On the way ke DD tu, kami berdua ternampak kedai ini.
Taraa...

Sources : HERE

Macam ni lah ghupe kedainya... First time makan ni sebab nampak piza dia besar gabak gilaaa tapi harga RM8.90 kot. Lupe dahh.. So, nak makan DD dah tak jadi sebab mata asyik fokus kat kedai meghah ni je. Haha, terbeli sudahh~~


Balik rumah Mira je gua makan benda ni. Thanks mak Mira for the Subway treat. Yeayy, sedap and nak lagi *next time*. Melaka macam takde Subway jee...uhuhu.

Peghut macek macek ni boleh tahap demand gak arr , aku je biasa-biasa. Sebab dorang lah aku pun terikut-ikut nak makan benda-benda yang demand macam dorang gak. *pui*


Karok..... Aku je yang gian nak karok sebenarnya. Macek-macek sekalian hanya turut serta. Ngeh ngeh. Lagu sume tangkap leleh, tak boleh nak hardcore sangat. Rasa nak nyanyi lagu feeling feeling je.. hehe


Thanks Mira and Dibah sebab ikut pe'el kita nak karok. Kahkah.


Disebabkan hari sebelumnya gua dah makan banyak benda berkaloriessss~~ , so pagi Sabtu tu macek Mira bawak kami pergi Lake Valley. Serius tasik dia besar *bagi aku*. And ramai gak yang joging pagi-pagi tu. Ramai sangattt.

p/s : Rumah rumah kat situ pun cantik-cantik weyhhh. Jeles je tengok.
Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Saturday, February 1, 2014

Nak jual , buat cara nak jual.

Assalamualaikum w.b.t


Sorang customer tergedek-gedek masuk ke dalam sebuah kedai yang ada menjual satu barang yang menarik perhatian dia.

Customer : Berapa ni bang? *belek belek kasut*
Seller: RM30 dik.

Customer : *monyok* , kalau beli dua?
Seller : RM60 la dik.

Customer : *er , pikir aku tak reti mengira?* , tak boleh murah lagi ke bang?
Seller : Dah murah tu dik.

Customer : Kat ig jual RM25 je.
Seller : Ye ke dik? Pergi la beli kat ig tu.

Customer : *eh, loyar bughok pulak dah* Pacek kedai sana tu jual RM25 je. Semua kasut RM25.
Seller : Ohh ye ke. Pergi la beli kat kedai pacek tu.

Customer : *eh eh* , Ye, kejap lagi saya pergi beli kat kedai pacek tu.

Perghhh, bapak kerek gilaa bro sorang ni. Kau ni nak jual barang ke tak? Takde basic layan customer and itu sikap kurang ajar terhadap customer dalam diam. Bila dah cakap macam tu, lepas ni tak masuk kedai kau dahh. Bad impression.

Then, aku ngan kengkawan blah dari kedai tu tak lama kemudian lepas tengok jam tangan macam cikai pun nak jual RM30?? Melampau ahh.

Pergi kedai lain, jual kasut yang lebih kurang sama and aku dapat dengan harga RM25. Tu diaaa. Survey itu penting. Nak dapat yang lebih murah mestilah kena tahu harga dekat semua kedai dulu. Itulah perempuan yang cerewet bab bab harga ni. Haha.

Then, bila aku dah beli tu, bro yang tadi tu tengok jaa aku , 'Tu lah kerek sangat, aku tak rugi pape pun kalau tak dapat beli kasut dari kedai kau *pui*', cakap dalam hati.

Ikutkan hati boleh je aku nak sound dia. Pikir aku kesah? Tapi aku memikirkan yang aku ni seorang siswi and perempuan, so malas lah aku nak berkurang hajar kat situ. Tak payah la hal hal kecik nak diperbesarkan. Tapi, kau tu kerek sangat. Perghh, cakap bajet kedai kau femes sangat. Memang takde customer nak melekat lahh.

Kalau kita as customer mintak murah , perlu ke seller tu nak loyar buruk? Kalau tak nak bagi diskaun, cakap lah elok-elok , ni dah trang tang tang kau suruh aku pergi cari seller lain, memang betul-betul la aku cari seller lain. Kalau takde seller lain yang jual benda alah tu, tidak ku batak nak terhegeh-hegeh beli barang kat kedai kau jugak.


Another situation *kawan aku punya kawan, punya kawan*

Kawan : Cik tak boleh murah lagi ker?
Makcik penjual : Dah bagi betis nak paha pulak.

Yang salahnya, kawan aku tu pergi bayar jugak barang tu. Ehh. Bukan salah, itu kesilapan.

Sebagai customer kita ada hak nak membeli , tapi kalau u olls oke je dengan seller macam situasi kat atas tu. Takde hal bro. Pilihan di tangan korang.

Sebagai penjual , kalau customer korang tu annoying tahap dewa sekalipun, korang tetap kena layan dorang dengan baik sebab mereka itu pelanggan korang, kalau dah awal-awal korang dah letak cop 'kerek' kat dahi, pikir ada orang nak datang lagi kedai korang?

Keep in mind.
Customer is always right.

Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.