HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Wednesday, March 19, 2014

Macam nak cari hobi baru jee.. D.I.Y

Assalamualaikum w.b.t

Tadi aku saja-saja bukak web sana sini terutamanya buzzfeed.com. Bagi aku website tu ada macam-macam benda yang aku nak tengok. Before ni aku bukak sebab nak tengok gambar pemandangan yang cantik-cantik ataupun gambar pemandangan di luar negara yang super ohsem. Contoh macam entry yang aku buat sebelum ni >A Places You'd Rather Sitting Right Now<.

Tapi kali ni banyak pulak site yang aku bukak fasal D.I.Y ( Do It Yourself ). Semua benda yang omputeh ni buat memang tahap kreatif sesak nafas tau. Jeles nyah tengok daya ke-kreatif-an dorang ni. Meh cekidaut~




Serius aku suka betul tengok DIY yang melibatkan tumbuh-tumbuhan. Aku pulak jenis pencinta kehijauan gitu. Teringin sangat nak buat , InsyaAllah, kalau berkelapangan and bahan-bahan dia senang nak cari.. one day aku nak jugak try. Boleh buat sesi DIY kat dalam blog tersayang aku ni. Kononnya..hehe.



Sekarang ni aku baru tahu Washi Tape sudah menjadi kegilaan gegurls terutamanya gegurl macam aku ni *tui*. Ye dok? Cantik kan? kan? 


Dulu, aku rasa hanya orang yang ada instant camera je boleh memiliki gambar macam ni, tapi sekarang tak lagi. Sekarang dah bermacam-macam instagram yang boleh buat gambar korang yang ditangkap dari kamera fon biasa @ smartphone tu, then send kat dorang. And dorang akan buatkan gambar korang macam kat atas ni. 

Serius ahh benda ni comel gila. Aku ada jumpa satu tempat yang jual murah punya. Tapi sekarang aku biar dulu. Nanti-nanti lah aku try order. Hehe. Tunggu lepas final.

Pics Credit : SINI and Mr.Google.
Oke ahh. Tu je nak share.
Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Monday, March 17, 2014

Review : Drama Jepun

Hola hola.

Hari ni aku nak buat review sikit ah sebelum aku start nak buat revision bukak buku kononnya *bukak sekejap pun jadilah!*

Selalunya hujung minggu atau hari-hari biasa yang takde banyak kerja sangat aku akan layan drama. Memandangkan drama-drama korea yang aku suka dah habis tengok, sekarang ni aku start layan drama jepun laks. Woho. Aku copy dari budak level je. Tak kuasa nak download semata, ngah ngah. Itu lah kelebihannya ada levelmate dengan collegemate. Boleh tukar-tukar movies dengan drama. Heee~

Aku bukannya penggemar drama-dari jepun sangat sebab mostly aku tak suka style rambut para hero dan heroinnya. Gaya 'kawaii' dorang tu aku tak bape berkenan. Tapi dua buah drama yang aku tengok ni lain sikit dari yang biasa. Agaknyaaa laaa...

Awalnya aku pilih random je tajuk-tajuk drama ni , asalkan cerita kena mengena ngan budak sekolah aku layankan aje.


Seigi No Mikata a.k.a Ally Of Justice.

Sinopsis sendiri ;

Yoko (budak baju sekolah) seorang pelajar sekolah dan adik yang patuh pada perintah kakaknya , Makiko. Makiko ni bekerja dengan kerajaan dan dia ni memang seorang perempuan yang cantik dan bijak. Makiko ni selalu suruh Yoko buat itu ini untuk kepentingan diri sendiri tapi at the end, benda yang dia buat tu walaupun hanya untuk diri sendiri orang sekeliling dia mesti dapat benefit dan membuatkan dia digelar sebagai ‘pembawa keadilan’.

Yoko selalu rasa annoyed dengan sikap ‘pembuli’ kakaknya tapi nak tak nak dia tetap kena ikut arahan Makiko. Bagi aku cerita ni takde lah macam buli teruk-teruk, biasalah adik kakak kan. Tapi serius cerita ni lawak. Walaupun kakak dia selalu buli dia, seburuk-buruk Makiko, Yoko takkan bercerita buruk pada orang lain.


Kehidupan seorang adik yang normal sering diganggu oleh kakaknya, sampai Makiko selalu suruh Yoko untuk cari segala maklumat dan usahakan apa-apa sahaja kehendak Makiko supaya tercapai. Yang bestnya, semua benda yang Makiko cakap semua logik and timing dia sentiasa tepat.

Suami Makiko sumpah hensem gilaaa.. Dah La baik...hensem pulakk.
Satu lagi.. Kawan Yoko tu muka dia sama dengan Infinite L. Hensem weh.
Banyak moral yang boleh dapat dari cerita ni.

Yoko dengan Makiko ni dapat awards pelakon terbaik tau. Sumber : Wikipedia.

Rates : 4.8/5


Yukan Club.

Bila nampak tajuk je aku dah tahu ini cerita pasai budak sekolah. Yukan Club dianggotai oleh 6 orang pelajar sekolah, 3 lelaki 3 perempuan. Masing-masing mempunyai karakter unik yang tersendiri. Dorang ni memang siap ada bilik khas bagai untuk berkumpul and mempunyai ramai peminat tak kira lelaki atau perempuan. ‘Segala misteri pasti akan dirungkaikan oleh Yukan Club’ , lebih kurang macam tu lah misi dia.

Apa-apa yang pelik je di mata dorang, mereka akan bergerak bersama-sama dan selesaikan masalah tersebut. Setiap episod ada bermacam-macam kes, and serius ah cerita ni memang lawak.


Drama ni pun pernah dapat award, Best Actor, Supporting Actress & Best Drama.

Rates : 4/5

Dalam sehari tu aku boleh habiskan 2-3 movies non-stop. Sebab dah addicted sangat nak tahu cerita seterusnya dan seterusnya. Hehe.. Tapi aku tak buang masa macam tu je. Aku buat macam ni..



Buat notes kat lappy sebelah, yang kecik tu untuk drama. Sambil buat sambil tengok drama. 2 IN 1 gitu. Heheh.

Dua-dua buah drama ni aku copy je dari member.
Selamat menonton.
Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Sunday, March 16, 2014

Novel apa yang tengah HOT sekarang ni?


Assalamualaikum w.b.t

Haritu masa aku ikut kawan aku balik Cheras, Mira dengan Dibah layan movies citer kartun. And I was like.. “Takpe ahh. Korang tengok lah berdua. Saya lepak Popular je.” Malas aku tengok movie kartun ni and aku lepak kat Popular yang tak bape besar sangat tu.

Tapi serius ahh novel dia memang berlammmbakkk!

So, aku menghabiskan masa menunggu dengan baca hampir kesemua sinopsis novel-novel yang ada kat situ. Tapi, ada sekali dua aku belek magazine omputeh tengok gosip. Haha.


Baucar buku dah dapat two weeks ago. Belum ada kesempatan untuk menjejakkan kaki ke kedai buku. Sekarang ni gua dah cuti *study week actually* , so sekarang nak tanya you olls lah kan, novel melayu sekarang yang best-best apa dia erk? Share la sikit, wa pun nak beli sama. Separuh beli novel, separuh lagi kononnya nak simpan untuk next sem punya buku.

Well, aku prefer jalan cerita macam ni ;
  • Kelakar comel, lawak comel.
  • Novel yang tak pernah diadaptasi jadi drama atau movies. *aku memang kurang berkenan*

                Yeah..aku tahu itu salah satu cara nak buat novel tu jadi laris , tapi aku jenis yang bila baca novel, aku takkan tengok drama dia. And kalau aku tengok drama dia dulu *sebab hero dia Adi Putra* , then aku takkan baca novel tu. Haha. Pelik ke weh? 

Aku bukan jenis ikut trend yang...

'Ohh.. drama ni diadaptasi dari novel la. So, lets grab the novel!'. Oh man , aku bukan macam tu.

Dalam list aku ni dah ada dua buah nama novel yang cadangnya nak beli. Tapi, manalah tahu kot ada yang lagi gempak, best, feeling tangkap leleh.

Novel yang sedang dalam pemerhatian ;
Eksperimen Cinta
-          Haritu lepas baca sinopsis aku terus catat dalam memo fon ; Macam best jeee..hewhew

Perempuan Lindungan Kaabah
-          Terbaca review dari seorang blogger pasai novel ni. Cara blogger tu review membuatkan aku nak beli novel ni. Hehe.

Lately terasa nak sangat baca novel yang even kahwin paksa, tapi masing-masing ada sikap kebertanggungjawaban dalam memikul tugas masing-masing. Tak kira lah kau suami atau isteri.

#note : Aku ni bukannya kaki novel , hanya novel yang betul-betul best je aku baca. Novel yang ada ciri-ciri aku suka lahh. Bapok cerewetnya aku. Hehe.

The Fault In Our Stars - John Green
Nak yang ni jugak. Hehe. Selalu nampak kat weheartit , so terasa macam nak baca jugak.

Drop komen and share lah nama-nama novel yang korang rasa sangat berbaloi untuk dimiliki.
Sharing is caring u olls!! Katanya...
Kbye.




Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Friday, March 14, 2014

Study week dah start.

Assalamualaikum w.b.t

Hooray untuk seminggu boleh ? Seminggu je sebab lepas seminggu tu empunya diri tengah bertarung nak ambil final. Study week dah start. Hamek ko, pejam celik mata semester 4 hampir sampai ke penghujungnya. InsyaAllah pertengahan April tamat lah final kami. Bulan 6 kita jumpa kat Tapah la yer. *konfem seh fakulti aku pindah sana*.


Sekarang ni gua tengah bertarung dengan nafsu sendiri. Bertarung dengan makanan. Masih sedang berusaha. Fighting lorhh.


Tetap Tasik Tun Fatimah ni yang cantik. Sejuk mata memandang. Sebab dah lama sangat hujan tak membasahi bumi , pokok semua kering. Mungkin masa tu musim luruh, semua daun takde. Tapi baru-baru ni, walaupun hujan tak turun, dedaun hijau tumbuh semula. Alhamdulillah. Sangat cantik. Lepas subuh tu kalau jenjalan sekeliling tasik memang best. Sejuk.


Terima kasih untuk semua lecturer yang pernah mengajar aku and classmates since Part 1 till Part 4. Thanks jugak guru-guru ku dalam kalangan classmates dan batchmates yang ajarkan aku itu ini.

Ready for final... Doakan yang terbaik untuk kami.
InsyaAllah.
#prayforMH370

He has 'that' charm. (:
Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

#prayforMH370

Assalamualaikum w.b.t


Sesungguhnya Allah S.W.T itu Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui.

Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Sunday, March 2, 2014

Be shine.

Assalamualaikum.


Hidup ini tak selalunya indah. Tetapi hidup ini tak selamanya payah. What goes around comes around , girl. Just be yourself and love yourself as is.


Dearest , hidup ini tidak boleh dikawal. Kita boleh merancang , berusaha untuk menjadikan sesuatu perkara itu berhasil , tapi ketentuan terletak pada kuasa yang Maha Berkuasa. Cubalah sebaik-baiknya. Andai kata tidak ada jodoh atau rezeki , insyaAllah akan datang sesuatu yang lebih baik untuk kita.


Deep.

Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.