HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Wednesday, April 30, 2014

Alkisah jam tangan dengan personaliti diri


Assalamualaikum w.b.t

Dah makin kerap pulak aku nak share benda-benda yang berkaitan dengan personaliti diri kat sini kan? Lulzz , aku share sebab.. bila aku baca je pasai ni... 'pekk' , terkena kat batang hidung sendiri. Miahahah. So, aku suka baca reaksi korang melalui komen-komen yang korang selalu bagi kat aku. Appreciate sangat!

Setiap orang ade dua cara je nak pakai or gayakan jam tangan kan? Sama ada di tangan kanan atau di tangan kiri. Jap... ade ke yang pakai kat leher atau kat buku lali? Mak ai, advance benau kau Jah. Kalah aku.

Benda ni pun kawan aku yang share dekat fb (rajin betul aku scroll TL) , benda yang relate dengan aku mestilah aku nak baca , ye dok?

Orang yang memakai jam di tangan kiri.

  • Hatinya lembut
  • Anginnya cepat panas & cepat sejuk.
  • Suka bergurau dan membuat lawak 'kurang bijak' , kang cakap *bodoh* kau hangin pulak!
  • Sentiasa tersenyum walaupun bermacam-macam dugaan yang datang.
  • Pantang dicabar dan fikirannya sangat sukar difahami oleh orang lain (sikap yang aneh)
  • Bila dia marah , semua benda kat sekeliling dia hancur aarrr. but....but... dia akan marah dengan orang yang buat 'hell' ngan dia je la.

Orang yang memakai jam di tangan kanan.

  • Keras kepala ( ketegaq )
  • Kuat memberontak.
  • Tak suka orang mengarah dia.
  • S.E.T.I.A
  • Hati kering ( tak kisah sangat apa yang orang dok cakap pasai dia )
  • Garang tapi MANJA. ( dengan orang tersayang katanya )
  • Suka menyendiri bila dia ada masalah.
  • Suka tolong orang dalam kesusahan.
  • Pendiam ( tapi bila dah rapat , lawan ngan burung murai , dia menang la bro! )
  • Pantang dicabar.

Orang yang tidak memakai jam tiada dalam list. Kalau yang suka pakai jam kat tangan kiri dan kanan tu , dua-dua ciri di atas adalah milik anda. Tahniah.

Memandangkan aku ni lefthanded jadi aku ni pakai jam tangan belah kanan la. Ciri-ciri baik tu betui sangat lah kena dengan aku , tapi yang ketegaq pemalu bagai tu macam betul gak. Haha.


Bukan apa , nak habaq jaa , kalau rasa nak bagi aku jam tangan , tolonglah bagi yang macam kat atas ni , cheq berkenan la. Kalau malu nak berterus-terang , hantaq la mesej kat wassap ka.. inbox ka.. for free la noh. Hehe. *gurau gurau*

Jadi korang ni golongan yang mana? Betui dak apa yang dia cakap tu? Hee~
Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Tuesday, April 29, 2014

Sea of Stars di Pulau Vaadhoo, Maldives


Assalamualaikum w.b.t

Seperti biasa , kalau aku dah bosan tak tahu nak buat apa , aku akan stalk buzzfeed.com tengok benda-benda yang best and benda yang aku tak pernah tahu pun sebelum ni. Hee~ , kalau korang ade link website yang korang rasa ohsem jugak , please ahh share dengan aku. Thank you.

Maldives. Dulu aku rajin jugak tengok drama Mexico & Sepanyol ni , kalau yang lovers dalam drama tu pernah cakap nanti nak bulan madu kat Maldives. So, apa yang aku tahu sebelum ni Maldives ni tempat bulan madu. Hahaha. Salah sebuah tempat yang mempunyai kawasan pantai dan laut antara yang tercantik kat bumi ni.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Sunday, April 27, 2014

Psychologists say...


Assalamualaikum w.b.t

Psychologists say :

1. If a person laughs too much even at a stupid things , he is lonely deep inside...
2. If a person sleeps a lot, he is sad...
3. If a person speaks less, but speaks fast, he keeps secret...
4. If someone cant't cry, he is weak...
5. If someone eats in abnormal manner, he is tense...
6. If someone cries on little things, he is innocent & soft-hearted..
7. If someone becomes angry over silly or petty (small) things, it means he needs love..

Try to understand people more.

Out of 7 , three of them are mine. Yahahaha~

Benda ni kawan aku share kat insta , mula-mula rasa macam banyak berkait dengan aku, tapi bila baca balik.."Mmmm tak jugak..". Korang lak macam mana?

Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Thursday, April 24, 2014

D.I.Y Make Your Own Face Mist

Assalamualaikum w.b.t

Today wa nak share macam mana nak buat 'Face Mist'. Tahu kan Jah, benda tu yang kita spray-spray kat muka kasi muka nampak and rasa fresshhhh gituu.

Credit : HERE

Aku teringat satu babak dalam Secret Garden parody yang BigBang buat dulu. Daesung jadi watak mak , ambil botol spray then.. "Mmm...smell.....smell...smell.." , haha.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Wednesday, April 23, 2014

Eat Clean : Vegetable salad & salad dressing


Assalamualaikum w.b.t

Semalam dok google-google resipi salad omputih kononnya nak buat sendiri. Eh, senang per.. tak susah pun, make sure isi-isi dalam refrigerator tu penuh lah ye. Haha.

Sebenarnya nak makan salad ni mudoh je , semudah 1+2 bersamaan 3.
Tapi , kena ada semangat lah sikit macam aku ni haa. Orang nak diet kenalah makan benda-benda yang berkhasiat kan? kan? Nak pulak aku ni memang jenis susah nak turun berat badan , kata yang pakar , metabolisme aku rendah.

Meh aku tunjuk cara aku 'meragut rumput'.


Nama : Telur dua bijik bersama kawan-kawannya.

Bahan-bahan salad :
Salad panjang ( kalau suka makan banyak, letak lah banyak-banyak )
Tomato ceri
Kobis bunga
Timun jepun
Ayam - potong dadu
Minyak zaitun
Telur - 2 biji
Bawang merah *optional

Bahan untuk salad dressing ;
Minyak zaitun - 4/5 sudu besar
Serbuk basil @ oregano ( ikut sukalah nak letak yang mana )
Perahan lemon - 1/2 sudu *ikutlah kalau korang suka masam lebih*
Garam / Gula
Lada hitam
Bawang putih - 3 ulas kecil ( tumbuk halus )

Cara menyediakannya ;
1. Rebus telur dulu.
2. Sambil rebus telur , korang potong la bahan-bahan salad tu then masukkan dalam mangkuk.
3. Then, ayam tu goreng dengan minyak zaitun. Sihat gituww.
4. Untuk salad dressing , campurkan kesemua bahan-bahan salad dressing dan gaulkan.
5. Salad yang korang dah potong tadi campur dengan ayam yang telah digoreng then gaulkan sekali dengan salad dressing tadi. Siap untuk dihidang!

Simple je Jah, tak payah ragu-ragu lagi dah. Jom ler buat. Kalau diantara korang tak suka makan sayur yang aku listkan kat atas, letak ajelah pape jenis sayur yang korang suka makan. Macam aku ni , dulu memang sangat-sangat tak suka makan sayur. Nak jaga kesihatan punya pasai, ku telankan jugak Jah.

Tapi , jangan lupa workout jugak tau Jah. Maintainkan stamina tu. Takde lah kamu nampak layu je.

Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Monday, April 21, 2014

Citer movie : Eiffel.. I'm in love

Assalamualaikum w.b.t

Cerita ni dah lama dah , tapi baru tahun ni aku rasa nak tengok. Dulu aku tak layan indon sangat sebab selalunya drama dia buat aku menyampah dengan sinetron yang tak sudah sudah. Pah tu, kalau movie dia mesti banyak citer hantu and 18+ . Faham  lah ye , masa tu aku under 18 lagi , kahkah *tetibe*

Aku rasa macam dah layan semua movie korea yang aku rasa best , thailand dengan jepun. So, aku ubah arah sikit la sebab aku teringatkan cerita Ada Apa Dengan Cinta? yang pernah famous masa aku kecik-kecik dulu , and aku tak pernah tengok pun movie tu. So, start je study week lepas, aku dah start download.

Masuk kolej, lepas habis satu paper, malamnya aku akan layan satu movie. Nak dipendekkan cerita , aku layan Eiffel.. I'm in love sorang-sorang , mmmm aku rasa kalau korang suka tengok citer yang bergenre  romantik komedi ni, better tengok sengsorang lah kot. Feeling dia over sikit , muahaha.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Sunday, April 20, 2014

Konon nak jadi Vlogger

Assalamualaikum w.b.t

Kenangan itu masih segar di ingatan. Kenangan haktui. Malunya bila dikenang kembali , yahaha~

Kalau pernah baca entry aku yang sebelum ni , korang ada nampak kan gambar aku dengan member ber-selfie dengan monopod. Lupa dah? Ni haa.


Okelah , pernah dengar tak Singaporean youtubers Munah & Hirzi? Dorang ni bestfriend. Aku kenal dorang pun sebab Mira and Dibah yang tunjukkan video dorang kat aku beberapa bulan lepas. Yeahhh.. im just like.. "Layan je lah.."


At first , "Perghhh, sumpah dorang ni memang berani nak mam...". Errr, aku tak boleh la nak cakap 'senonoh' kat sini , tak sesuai untuk bacaan umum. Tapi kalau korang nak rasa apa yang aku rasa , better click HERE and layan lah sesekor. Im not kidding you man.. Before that , kalau korang jenis tak boleh terima budaya melayu Singapura yang totally OPEN, tak yah tengok lah. Nak release stress sesaja tengok dorang tu boleh la layan.. suka-suka nak tengok gitu.

Aku paling suka watak Leticiacia !! That girl is so damn hilarious character i've ever met. Kahkah. Segmen yang aku suka pulak hashtag #HappyEverywhere . Dorang akan buat kerja gila yang ... yang... gila arh! Hehe. Satu lagi watak Syasya Nakwok , perghh.. kalau dia dah mula meroyan.. tak hengat dunia..

Hirzi is very talkative person. Talk talk talk and talk.

Berbalik pada cerita kiteowang , jenjalan kat JJ sambil ber-selfie , buat donno je orang nak cakap apa pasai kiteowang yang batak berselfie dengan monopod agaknya *kesah?*. Pastu cakap kat Mira , "Eh, jom buat vids cam Munah Hirzi nak?"

Video set , start record sambil jalan-jalan pusing JJ.

And guess what? Memang tak boleh jadi orang-orang yang muka nya kulit tebal. Errrr.

Sebab kiteowang kan Melayu yang masih ada sifat malu-nya, memang segan tahap....... Dah la dah la, tu je cerita yang nak simpan kat blog ni. Hehe.

Update.


Dibah tengok vids kiteowang dengan parents diaaaa. Kyaaaa. Malu sehh. Kahkah.

Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Thursday, April 17, 2014

D.I.Y Polaroids


Assalamualaikum w.b.t

Yeay , segmen D.I.Y lagi.. yahahah~.
Well, well.. aku memang takde kerja sebenarnya , so aku memang tengah cari kerja,



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Tuesday, April 15, 2014

Window shopping kat JJ Melaka.

Assalamualaikum w.b.t

Beberapa hari sebelum aku menghadap final paper , roommate ajak jenjalan Melaka. Kononnya, lepas ni tak boleh nak jalan Melaka dah.. katanya... Dorang lah , aku tak. Aku kan asalnya duduk Melaka. So, bebudak Cheras , Johorean ngan Selangor ni lah ngajak gue ngedate *dah tetibe ngomong kayak orang indonesia , pengaruh movie kuat betul*.

Lepas ni kan dah nak bergelar warga Tapah. Sebab tu lerrrr.......

Muka baru lepas tengok wayang and lunch. Muka kelihatan sedikit aneh sebab aku rasa ada something dekat atas kepala. Ciss betul Era niyh. Dia pasang anthena kat kepala aku pulak. Tapi.. nak jugak tangkap gambar. Nak jugak! Haha.


Lepas tu pergi MIBC main bowling. Aku dengan Era tengok je bebudak ni main. Err.. gua takde bajet untuk main bowling. Pergi MIBC ni pun unplanned.


Gambar tak jelas mungkin sebab suasana kat BurgerByte ni romantis benau. Aku bukanlah peminat burger tapi rasa burger kat sini boleh layan lah kot. Patutnya satu burger tu boleh share dua orang , makan separuh je dah rasa full. Air jug besar tu Dibah ngan Mira punya hokay.

Location : BurgerByte , MITC. Depan Mydin. *baru bukak katanya*


Tadaa.. minuman pilihan ngedate dengan roommate kat Sushi King.

1..2.. pose.
Roommate aku yang suka bercerita itu ini. Since part 1 kami jadi roommate , part 2 is excluded. Yang kelakar , since most of the day kami ngedate dua orang dia makan Burger King , aku tunggu. Then, aku makan Sushi King dia tunggu.

Ada satu hari tu , mungkin aku buat salah. Ye, aku buat salah. 
Mak cik ni tegur , for the first time dia tegur aku, sebab cakap and buat benda yang tak sepatutnya.
Tapi , sebab aku dah salah, haruslah ditegur. 
Sorry deh. Thanks sebab tegur *sebab selalunya dia pun join sekaki*.

p/s : Tajuk entry , mmm. Dikatakan window shopping sebab kami keluar jenjalan tak beli pape pun. Melantak dengan berbelanja je.

Kbye.




Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Sunday, April 13, 2014

DIY : Projector

Assalamualaikum w.b.t

"Hello hello , kali ini mak cik Bedah nak buat segmen Do It Yourself bersama Mak Cik Bedah haa~."

Detik hati Mak Cik Bedah.

Rasa eksaited tak dengar aku nak share benda-benda macam ni dengan u olls?? Eksaited la please. Sebabnya, first time aku dapat tahu macam mana nak buat benda alah ni , terus aku lompat bintang 20-1-2 tau. Kau percaya? Haha.

Ekcely dah lama sangat nak ada wayang sendiri kat rumah atau bilik. Tapi dah tentu kena guna projector yang mahal tahap gaban tu. So, bila aku godek-godek buzzfeed.com tu aku jumpa satu web tunjuk cara-cara nak buat projector ni sendiri. Selfmade terbaik dari buatan tangan.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Thursday, April 10, 2014

Citer-citer movie : Captain America , The Winter Soldier

Lendu Widow : The Summer Fighter *aceceh*


Assalamualaikum w.b.t

Sebelum menghabiskan hari-hari terakhir di bumi Lendu, aku ikut macek-macek jenjalan Jusco , katanya nak tengok wayang Captain America , aku ikutkan aje. Jadi kami semuanya berlima.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.