HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Tuesday, September 16, 2014

Lucy dates.

Assalamualaikum w.b.t

Last two weeks , we went to Ipoh!!! Yeayyyyy.

Perjalanan yang sangat panjang menuju ke Ipoh menaiki kereta kancil yang ditaja. Heheh. Thanks macek Linda.

Perjalanan yang sangat mendebarkan buat kami berempat. Why? Sebab driver-nya dah lama tak bawak kereta manual. Tu yang kecut perut bagai nak gilaa. As co.pilot of hers , aku lah yang tukang bagi directions itu ini even ada juga yang tak betul nya. Hahahaha.


Yang si driver ni dia pikir satu je , “Kereta nih , tolonglah jangan mati tiba-tiba!”. 
HAHAHA. Tu aje yang dia fikirkan. Jenis panik yang boleh kawal keadaan , yang lain as penumpang nih tak boleh nak cakap , 
“Boleh ke kau bawak ni?” , kena tukar , 
“Aku percaya kau boleh drive kereta manual! Hahah.”

Dengan bacaan ayat kursi yang melindungi perjalanan kami , berharap kami semua selamat pergi ke Ipoh , dan selamat semula pulang ke Ipoh. Heheh. Alhamdulillah.

Dengan berbekalkan smartphone yang ade Waze apps yang line data tak berapa nak kuat. Dan aku pulak menggunakan google maps , mestilah kalau guna data bateri akan cepat kong! Err.


Masuk tol Tapah untuk ke Ipoh , orang belakang diamanahkan untuk buat segala urusan dengan kanter tol Plus sebab tingkap bahagian driver ade rosak sikit. Yang kelakarnya , si driver nih terlepas sikit je dari jarak nak ambil tiket , orang yang kerja dekat tol tu dah macam.. “Eh eh...”. Hahah. Takut terlepas ambil tiket tol. Hahaha. Kena gelak je dengan kereta belakang. Heheh.

Keluar aje dari exit tol Ipoh , dengan menggunakan alat bantuan yang dinamakan ‘google maps & waze’ , kami gagahkan mencari hala tujuan menuju ke Aeon Ipoh Station 18. Bermacam-macam dugaan yang kelakar kelakar aje.

Yang paling aku kenang kecut kempis hembus tarik nafas, bila traffic light kat  kawasan berbukit. Kereta terpaksa diberhentikan. Terus driver panik , sebab dia lupa macam mana nak guna kereta manual dekat kawasan berbukit. Hahaha.


Semua dalam kereta pun panik , aku apetah lagi dengan kecut perutnya. Tapi , as co.pilot , tanggungjawab aku tak boleh mengeruhkan keadaan. Tenangkan driver and fikir macam mana nak elakkan kereta dari berundur ke belakang.

Dalam sehari tu , kereta tu banyak kali mati. Especially dekat traffic light. Hahaha. Aku respect jugak dengan pengguna jalan kereta yang lain sebab semuanya memahami. Takde pun yang nak hon-hon or naik angin bila kereta di hadapan dorang mati tiba-tiba.

Bila sesat, kita nih kena ringan mulut untuk bertanya. Nak tanya orang pun kena lah pandai pilih , jangan hentam kromo je kot mat saleh lalu sebelah pun kau nak tanya kan? Haha.

Dah banyak kali masuk lorong yang salah , masa berhenti kat Petron tu , mulut ini pun bertanya dekat aunty yang jaga kaunter , “Aeon? Jalan straight je.. Sampai traffic light yang ke 8 , belok kiri.”

“Lapan???”, mak ai. Walhal dah tahu dah kat Ipoh ni memang banyak traffic light pendek-pendek.

Tapi aku tak terima satu jawapan je , aku tanya lagi yang lain. “Traffic light yang ke tujuh , you akan nampak kepala Aeon tu.” Thanks sangat sebab semua yang tolong we ols ni tak kerek langsung. Kalau kita tanya orang tu baik-baik , for sure orang tu akan jawab soalan kita baik-baik kan?

Elok dah sampai Aeon tu ,  disebabkan dah lama sangat stuck dalam kereta kiteowang pergi makan dulu then baru tengok wayang.

Lucy.

Takdok review untuk ceritanya dari aku , boleh layan laaaa. TGV Cinemas kat sana memang besar and cantik. Haha.

Lepas tu pusing mall , lepak-lepak.

Keluar aje dari A.I.S18 tu , berhenti lagi kat Petron and tanya pulak , arah untuk ke Gerbang Malam. Orang ceghita kat sana antara tempat yang jual barang-barang antik dan lain-lain. Malam tu , pakcik-pakcik yang jaga, so memang terlebih ramah la hendaknya. Maklumlah.. perempuan yang bertanya.. Hhahaha.

Masa nak isi minyak pulak , masing-masing tak tahu nak bukak tempat isi minyak tu kat mana. Pulak ade sorang uncle tu tanya , “Boleh bukak ka?”

Erghhh , aku dah malu-malu kucing plak kat situ. Even uncle tu try bukak pun tak lepas , lastly pakcik stesen minyak tu yang tolong cungkilkan sikit. Dah habis isi minyak tu , time nak tutup tu , boleh plak penutup tu tak nak masuk , “Asal tak lepas nih?”

Pakcik stesen tu tengok tengok , jenguk jenguk , “ Boleh tak ni?”.
“Pakcik buat lah.”, aku serahkan penutup minyak dekat pacek tu.
“Awak terbalik ni.. hahahah”, pacek tu ketawakan aku.

What the heck? Ketawa masing-masing gelakkan aku. Sengal. Macam mana aku boleh tak tahu macam nak tutup benda tu. Hek alaaa.. sungguh la memalukan. Terima kasih banyak-banyak ye pacek and uncle yang membantu.

Elok dah cari jalan untuk ke Gerbang Malam waktu hujan tu , tengok jalannya macam kosong je. Dah malas nak cari dah then pusing punya pusing kereta pun berhenti kat satu bangunan Dato’ apetah yang bersebelahan dengan Shell tu. Ada seorang macek and uncle kat bangunan tu then aku and Huda try tanya pacek tu untuk keluar dari Ipoh.

“15 traffic light.”
“Lima belas?” , beliakkan mata sikit tanda terkejut.


Ceritanya straight , sambil mengira traffic light. Bising sesama sendiri , kalau ku tahu jalan menuju ke Ipoh semudah ini. Jalan terus and kira je setiap traffic light. Hahaha.


Cam bese ahh. Sushi date yang setia menemani. Hakhak.

Thanks darling Lily, Huda and Erra for that day. Ngeee.
Kbye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Friday, September 5, 2014

Kemahiran Insaniah Part 5.

Assalamualaikum w.b.t

KI kat Tapah ni lain sikit. Dulu kat Lendu , setiap kelas untuk LDK ni memang muka classmates aje. Dari Part 1 sampailah Part 4. Muka classmates lah yang selalu jumpa.

Menurut roommate aku , ex-SI , kat Perak nih memang tak pernah ada geng LDK satu kelas. Bercampur satu UiTM.


Majoritinya semua perempuan dan seorang aje lelaki dalam kelas nih. Disebabkan dia seorang aje kumbang , maka ditugaskan untuk mengambil gambar-gambar bunga sekalian. Hahah.

KI kali ni dia susun mengikut urutan nama atau lebih tepatnya ikut susunan huruf. Pangkal nama aku kan N , so majoritinya pangkal 'N' ni tentulah perempuan.. for example.. Nur..Noor..Nurul..Noorul..Nor. Heheh. Ofcourse la mereka semua ni adalah kawan baru gua. Hai korang.


The Nur Izzati's. 
Kelakar kan? Masa ice breaking tu , jadi awkward sebab.. nama sekian sekian.. panggil Izzati. Eight of us. Mmmmmmm. Satu UiTM Tapah tu , kamilah yang bernama Nur Izzati sekian sekian. Hehe.


Ni group aku untuk haritu dari awal sampai habis LDK. Ada lagi dua orang kot. Dah balik dah.. lapar sangat tuu.

The girl beside me said that , "Macam pernah nampak...."

Aku bab nak mengingat orang nih takde lah failed sangat , tapi... memang aku tak ingat. Hehe. Katanya dia asal Manjung. Cakap la kat dia yang dulu aku duduk Lumut. Then dia cakap , "Mungkin pernah jumpa kat mana-mana pertandingan kot..hehe". Comel dan lembut aje orangnya.

Dalam hati... hmmm , aku pernah masuk pertandingan mewarna je. Jarang la keluar dari base join aktiviti nih. Tak pun masa aku join acara menari wakil Tadika Kemas. Miahahahaa. Lama sangat dah tuuu.

Akan datang nih Finishing School. Susunannya ikut nombor matrik. Menarik betul. Haha.

Kbye.







Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Monday, September 1, 2014

CPUV Jacob & HP PC.

Assalamualaikum w.b.t

Big welcome to Jacob (promoted) and HP PC ads sebab sudi datang melekat dekat blog i ols. Mmuahhh. Busy busy cenggini dengan kekangan masa untuk blogging blogwalking bagai nih. Nak dekat final dah oi. Cepat betul masa berlalu.


Thanks nuffnang dan Alhamdulillah kerana rezeki blog ni masih ada. Terima kasih kerana sentiasa mengintai menjenguk meng-skodeng blog guaa. Hehe



Terima kasih kepada yang sudi klik-klik iklan kita tuu. Nak reply dalam jangka masa terdekat nih memang tak dapek laaa. Sorry.

Sekarang nih masa dedicate untuk study je. Hehe.
InsyaAllah , cuti sem akan datang ni balik semula hobi lama. Hehe.

Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.