HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Thursday, May 7, 2015

Apa dia Diploma Pengurusan Ladang ni?

Klik sini jom : 1 , 2 , 3

Assalamualaikum w.b.t

Untuk pengetahuan , keyword 'diploma pengurusan ladang' nih salah satu faktor yang membuatkan views aku naik. Alhamdulillah. Tapi , entry yang berkaitan tak banyak memberi maklumat kepada bakal pelajar uitm yang ditawarkan kos sebegini. So, aku berhajat nak buat entry pasal ni.

Intro sikit.
Untuk pengetahuan , kos ini ditawarkan kepada adik lelaki aku ( next sem dia part 4 ) , so, kepada sesiapa yang terima tawaran ni bolehlah jumpa senior korang ni dekat UiTM Jasin nanti yer.

Pengenalan Kampus UiTM Jasin boleh baca kat SINI.

Code programme
AT110

Kampus yang menawarkan program ini.
1. UiTM Perlis (Arau Campus)
2. UiTM Pahang (Bandar Tun Abdul Razak Jengka Campus)
3. UiTM Sabah (Kota Kinabalu Campus)
4. UiTM Sarawak (Kota Samarahan & Mukah Campus)
5. UiTM Melaka (Jasin Campus) - > VIEW UITM JASIN SINI <
6. Kolej RISDA Melaka - UiTM Affiliated College

Nama fakulti
Fakulti Perladangan dan Agroteknologi @ Faculty of Plantation and Agrotechnology (FPA)

Syarat-syarat untuk mohon Dip. Pengurusan Ladang ni boleh baca SINI.

Subjek yang harus korang belajar untuk course ini adalah...

AMENDMENT 2 JUNE 2016
List subjek yang dikongsikan di laman FPA tak update sebab silibus @ kod program mungkin dah banyak bertukar dan masa pengajian juga semakin pendek which is 2.5 tahun sahaja a.k.a 5 semester include industrial training.

Berdasarkan apa yang aku nampak and cerita dari pengalaman adik aku , kos ni seronok bagi dia. Yelahh , dia tu suka menanam, masuk hutan bagai. Korang akan belajar pasal tumbuh-tumbuhan, jenis-jenis tanah dan banyak lagi subjek-subjek yang berkaitan. Kalau baca nama kos kat atas ni pun dah tahu sikit-sikit korang akan belajar pasal apa kan. Good luck korang!!

Okay , sekian sahaja perkongsian dari aku.
Terima kasih. Bye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

43 comments:

Mazni Munawar said...

siapa yg suka pasal pertanian bolehlah amek course ni. saya tak minat sangat, heheh

Nadratul Syazwana said...

Orang dok tanya kita pasal civil engineering T-T Susah nak explain haha

Izzati Amira said...

@Nadratul Syazwana

explain yg simple je nad. nak jugak tahu civil engineer ni mcm mana. hehe

Raihana Ramlan said...

Bekas pakwe saya senior kt uitm Jasin. Naik cuti ni dia sem 3.. Hahaa, gaya dia macam best je. btw, singgah sini. cute blog ni, jeless :'(

Izzati Amira said...

@Raihana Ramlan

an ex-boyfie?? heheh. thank you for ur cute compliment (:

Spirogyra said...

sy dapat kos ni dekat uitm jengka.sy memang minat sgt turun site ladang sawit ke ape ni.tapi sebab kerjaya utk perempuan tu terhad,sy tolak.haih.T_T.

Zizie Zack said...

lebih kurang petani moden la ye.. macam adik angkat saya.. xingat nama penuh course dia. tapi selalu la turun ke ladang buat eksperimen. she's at UPM. berbaktilah kepada tanah..

Ena said...

suami akak ex dip perladangan di UPM serdang;)

Riniey Niniey said...

saya bakal belajar kos ni...dekat uitm jengka,pahang...takut jugak sbb kos ni ramai lelaki..tp demi utk sambung bljr terpaksa jugak terima...

Izzati Amira said...

@Riniey Niniey

inshaa Allah.. tak payah takut okay. kuatkan mental & fizikal (:

Anonymous said...

2.6.15 nih da start daftar... x sabar nk teroka kos nih.. ><

aLiA AtHiRaH said...

saya baru dapat tawaran.. teruja jugak dengan kos ni.. :D

Saya Inas said...

susah tak perladangan and banyak tak subjek bidang tu?

anas MAR said...

bes kos ni! saya kos ni.. sem 3 dh kt arau perlis

anas MAR said...

saya kos ni. sem 3 dh!! bes sngt!

double zee said...

Akak tahu tak nanti nak further degree kalau tknk ambik degree pengurusan ladang boleh ambik degree bidang apa

Izzati Amira said...

@double zee tak pastilah, adik akak pun tak habes lagi. sorry

saidatul fasihah said...

mmg terhad ke kak peluang pekerjaannya ?

Shuhada Nurul said...

Sy dpt kos ni kat jengka tapi xtaw nk gi ke x..pompuan sesuai ke tuk pngurusn ldg ni?

Fi medg. said...

Saya dpt kos ni, tp saya tak minat sgt. Tp saya pun tak minat sgt f6, tp ikut akak, mana yg okay. Patut saya teruskan dip ldg ni ke

nana syahmi said...

Kak, nank tanya sikit. Saya dpt dip pngurusan ladang d uitm kk keluaran spm mrsm twau. Banyak ka prmpuan yg ambek kos ni? Trima kasih kak :)

Anonymous said...

Sya dpt kos ne. Klu ambil kos ne nanti kerja jadi apa? Rasanya form 6 dgn dip ne mna yg lagi baik? Yg ambil kos ne minta pencerahan sikit

Izzati Amira said...

@Anonymous tahniah! salah satunya boleh jadi manager pengurus ladang.. inshaaALLAH ade rezeki..boleh kerja dengan Sime Darby, FELDA...IOI..Mardi and banyakk lagi.

Malaysia adalah salah satu top company untuk industri agriculture.. boleh buat research nama2 company pasal industri ni (: ,

ramai ckp kos ni seronok. inshaAllah kalau awak minat kos ni, semua urusan akan dipermudahkan (:

Izzati Amira said...

@nana syahmi saya tak pasti la untuk UITM di KK macam mana...heheh. tapi kalo kat Jasin @ Pilah.. mungkin dalam 5@6 orang perempuan untuk satu kelas...


satu kelas tu mungkin ade 20 org pelajar

Izzati Amira said...

@Fi medg. akak cuma boleh bg pendapat je ye.. kalau boleh sambung kos yang awak minat.

kalau tak suka f6 , cubalah uitm perladangan ni. mintak full support dari keluarga , kalau dorang support keputusan awak, teruskan aje!

Izzati Amira said...

@Shuhada Nurul ade je yg girls amek kos ni..cuma tak ramai compare to lelaki. tapi ramai cakap kos ni best (:

Izzati Amira said...

@saidatul fasihah

salah satu yang boleh mention kat sini..in future boleh jadi manager pengurus ladang.. inshaaALLAH ade rezeki..boleh kerja dengan Sime Darby, FELDA...IOI..Mardi and banyakk lagi.

Malaysia adalah salah satu top company untuk industri agriculture/plantation.. boleh buat research nama2 company pasal industri ni (: ,

ramai ckp kos ni seronok. inshaAllah kalau awak minat kos ni, semua urusan akan dipermudahkan (:

Irham Latif said...

Dapat course pengurusan ladang ni untuk intake 2016 ke ?

Aiqaa Johari said...

Ramai tak kos ni? Ada tak orang mohon kos ni tapi takdapat?

Aiqaa Johari said...

Ramai tak kos ni? Ada tak orang yang mohon kos ni tapi takdapat?

Izzati Amira said...

@Aiqaa Johari tak pasti la statistik dia mcmmana untuk every sem ..sorry

Nurul Hazni said...

hai and assalamualaikum. boleh tak published about kerjaya dalam bidang perladangan? adik saya dpat diploma pengurusan perladangan di uitm jengka. so lari dr bidang dia. spm amik lukisan kejuruteraan. hope dapat membantu sbb due date utk accept tawaran ni esok (15/6)

Izzati Amira said...

@Nurul Hazni tak pasti sangat pasal bidang kerjaya utk kos ni , pengurus ladang@manager.. boleh kerja dgn company ladang@agriculture macam sime darby @ felda.

mungkin adik awak dpt kos ni sebab dia ada mohon kos ni. sbb tu dia dpt.. inshaaAllah kalau dia minat kos ni, boleh teruskan. ramai jugak ckp kos ni best.

nur akmal said...

saya ex dip pengurusan ladang. kos nie overall okay but for girls yang jenis x lasak and x tahan panas, memang susah lah. dia setiap ari jumaat ada rollcall (ada kene buat praktikal). sem 1 kena tanam sayur sayuran, sem 2 kena buat landskap and sem 3 masuk ladang getah or kelapa sawit.sem 4 and 5 x payah dah turun rollcall. awal2 sem tuh memang agak susah jugak lah sbb x biasa lagi nak pegang cangkul semua bende bagai and mmg sangat penat. tp lama2 akan rase terbiasa dan seronok bila tgk hasil sayur yg kita tanam tuh. and sayur tuh kitorang jual kat orang kg kat luar uitm tuh atau dengan mak cik kedai mkn. sem 2 senang ckit sbb buat landskap je. biasa nye group akan di bagi and tempat yg kena buat landskap tuh pown di beri (dlm kaw uitm je pown). sem 3 baru kene keluar pegi masuk ldang. and biasa nye just tolong tabur baja or kutip hasil sawit. kalau pasal subjek pulak mmg x susah sgt, yg saya igt lhh sem 1 ada chemistry, business math kira yg plg susah. sem 2 ada belaja landskap (teory) subjek fav nie :) sem 3 ada entomology (pasal insect) subjek nie mmg best tp bg yg jenis takut serangga haha x bole nak buat ape lhh kann. kita kena tangkap 15 jenis insect and awet kan dia. sem 4 and 5 ada a few subjek yg mencabar ckit but overall kos nie best lhh :D jgn takut2 nak masuk kos nie.

Arnold Eyon said...

Kak sya nak masuk kos ni...sebab sya minta sangat dgn pertnian...tapi rsanya sy tdk tahu mcm mna nak pohon masuk kos ni...lagi stu klo lepasan STPM tu layak kah masuk kos ni??

Anonymous said...

Siapa ada pengalaman degree in plantation and technology? Blh x kongsi and kriteria apa yg diperlukan utk masuk ijazah perladangan. Saya blajar dekat upm tpi berminat nk masuk uitm

Izzati Amira said...

@nur akmal thanks sebab share ur experience kat sini. moga adik2 yang minat boleh baca n tahu serba sedikit pasal ni. (:

Mukmin Basir said...

macam mana nak apply kalau tak guna upu boleh ke?
.
ada tak 2nd intake ke apa untuk student post-spm 2013?

Izzati Amira said...

@Mukmin Basir yang pastinya dah habis spm baru boleh mohon upu. upu ni merangkumi semua universiti ipta/s + politeknik. ada certain universiti yang takde dalam list upu, yang tu kena personally isi form sendiri kat U tersebut.


UPU akan dibuka dua kali setahun. kalau tak dapat masa 1st intake (jun intake) , boleh apply untuk 2nd intake ( november intake)

talitha said...

Hi smua.. sya pla baru kira nk daftar uk kos ni. Kos Oil Palm Plantation management. tpi kursus Skm lvel 3 je. Ok ke krsus ni,bgi ssapa yg prnh,komen la sikit.Sbabnya sy lpasan Spm je,n bingung nk krja dlm bdang apa. hmm

Strawberry_Chocolatte said...

Saya ex dip pengurusan ladang uitm arau perlis.. :) Sebenrnya kat kampus km.. Perempuan lebih ramai drpd lelaki.. ada satu batch yg latest ni.. perempuan 100 org .. lelaki hny 13 org.. batch saya lelaki dan perempuan .. sama bnyak ja.. course nii best bg saya .. subjek agak berat.. meliputi biology, chemistry, physics, math, account, economy etc.. Dip pngurusan ladng di bawah faculty perladangn.. faculty nii ada bukak degree baru pada mac 2017 .. horticulture, agronomy, plant biotech n agro business.. So sapa2 yg dr dip pngurusan ladang yg tak nak sambung dgree pngurusan ladang..tp still minat pertanian.. boleh apply ni.. Actually diploma pngurusan ladang nii.. smua bnda kita blajar.. dan masa degree kita boleh apply ja apa yg kita nak.. insyaAllah.. Good luck junior.. ! Just shre .. hihi

Izzati Amira said...

@Strawberry_Chocolatte

Alhamdulillah. Thanks for sharing. Moga bermanfaat untuk bakal junior lain (:

Anonymous said...

bagus perkongsian saudari..saya minat dgn pengurusan ladang ni..
kawan saya ada seorang yg dah masuk uitm arau.

katanya kena ok english ...