HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Saturday, June 13, 2015

Activity : Kayaking with fellow friends

Assalamualaikum w.b.t

Semalam (Khamis), seharian keluar rumah. Pagi teman mak pergi pasar sampai lah ke tengah hari teman mak belanja barang dapur. Penat. Lepas balik tu , rehat setengah jam , ada date dengan member pulak...sampailah ke malam. Ayoyo , dengan sesat malam toksah dok ceghita la. Macam mana boleh sesat pun gua takpaham. Haha. Senang ceghita , terlepas pandang aje la. Hmmmm

Okay , berbalik pada cerita asal , Khamis lepas Shera ajak aku keluar. Dia dah lama teringin nak pergi wall climbing kat Tasik Ayer Keroh. Act , dah lama plan , katanya nak pergi makan krim putar area Melaka sekali. Sudahnya dia pun tak tahu tempat tu kat mana , dia kata dia tengok instagram kawan dia. Lulz , lain kali tanya lah tempat tu kat mana. Haha.

Kita cerita aktiviti kami kat sana dulu ye.

Game yang disediakan , wall climbing, kayak, cycling, flying fox dan beberapa game lain disediakan di situ. Harga murah murah je wehhh , majoriti permainan harga RM 3. Tapi haritu Shera bayar RM 3.20 ( 20 sen GST ).


Shera je yang panjat. Tangan aku tak cukup kuat untuk tampung berat badan sendiri. Miahahaha. Tu je yang paling tinggi dia boleh panjat sampai tangan cramped. Yela, panjat tak warm up..kan da kejang tangan tu. Tunggu lah aku dah ringan sikit , aku panjat la. Hahahahahahaahahaha... haha *semput* Hahahahhaa.

Well , aku memang dah lama nak main kayak kat sini. Mujurlah ada geng yang tengah free. Hehe



Tak lama lepas tu Fiqa yang baru habis kerja dari MITC terus datang ke tempat kiteowang. Hehe. Aku memang suka berkayak. Tapi kali ni kiteowang banyak rehat. Kayak sampai ke tengah tasik , then stop. Menikmati keindahan alam. Hoho. Cantik wehhh

Kebetulan pulak masa kiteowang datang tu orang ramai tengah praktis main water boat. Pertandingan diadakan selama tiga hari start dari Jumaat (semalam). Syok jugak tengok boat laju + bising tu pusing-pusing. Kalau terlanggar objek je terus mati. Hoho.. kesian...


Besok last day!! Sape yang nak beriadah bersama keluarga boleh lah ke sana ye.

Okay bye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

11 comments:

Sheila Adziz said...

nice xtvt sis... akak tak pernah berkayak...

Izzati Amira said...

@Sheila Adziz boleh cuba nanti.. best tau!!

Tyka Syazawani said...

rndu nak berkayak. serius sy pun suka kayak :)

tashira said...

k kite jeles sebab dari dulu lagi teringin nak join aktiviti lasak macam tu tapi yelah parents tak benarkan lagi keluar bebas dgn kawan2 sbb msh bawah umur hahaha lol

syasandeul said...

menarik sgt nih!! kalau akak suka sukan yg lasak, pasni boleh try escape kat Penang pulak. best dia tkyah cakap kakkk sumpah best hahaha :"D

Izzati Amira said...

@tashira alalaaaaa.. nanti dah cukup umur boleh pergi try ye. hehe

Kakak Tiri Cinderella said...

Saya tak pernah berkayak mahupun ber-wall climbing. Huhuhu

Izzati Amira said...

@syasandeul serius laaaa? alaaa... kena kumpul maklumat nak pergi sana nanti. hheehe

Izzati Amira said...

@Kakak Tiri Cinderella you should try!! hehe

Farrah MF said...

Huhuhu kalau akak ni, tak jadi rock climbing...rock touching je..itu pun yg kat bawah2 :)

Aniey Yusoff said...

bestnya aktiviti outdoor! Rindu zaman remaja haha (mcm dh tua sgt) :)