HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Tuesday, June 23, 2015

Macam mana nak jadi dropship agent ?

Assalamualaikum w.b.t

Aku baru dengar pekerjaan as dropshipper ni dalam 2-3 bulan yang lepas. See ? Betapa ketinggalannya aku apabila memerapkan diri di dunia Tapah. Haha. Sekarang ni aku tengah free , sambil lepak kat rumah (belum start cari kerja lagi) , aku buat kerja fulltime as dropship agent. Tapi sekarang ni dah jadi part time , sebab dah ade kerja tetap. Hehe. Sayang pulak nak tinggalkan.

Dropship agent.
Secara ringkasnya , dropship agent ni kerja korang adalah sebagai tukang ambil order. Interaction korang as dropshipper dengan customer sahaja. Segala kerenah/karenah customer , you ols yang tanggung.

Ciri-ciri yang korang harus apply dalam diri untuk menjadi seorang dropship agent ;
a) Rajin , alert , bersungguh-sungguh
b) Pandai handle customer
c) Penyabar
d) Wajib ada online banking ( eg : maybank2u ) @ asalkan ada bank akaun pun okay!
e) PALING PENTING , JUJUR & AMANAH.

Credit : babyandkidstore.com.my

Mudah je nak jadi dropship agent ni. Yang penting korang kena betul-betul rajin promote barang yang korang jual tu dengan bersungguh-sungguh.
Steps :
1. Pilih mana-mana supplier yang memerlukan perkhidmatan dropship agent.
2. Pastikan supplier @ seller tersebut adalah antara yang boleh dipercayai. Emel atau direct message through whatsapp or whatever untuk bertanyakan segala perihal yang korang nak tahu pasal produk tersebut.
3. Deal dengan seller harga dropship yang ditetapkan.
4. Mulakan khidmat sebagai dropship agent sebaik sahaja ada persetujuan antara you dengan seller ( start promote barang melalui online @ face to face marketing ) .
Kalau tak paham lagi , you ols tanya aje dari A-Z macam mana nak jadi dropship agent ni.


Cerita aku.

1. Survey.
Macam aku , aku buat survey dulu. Menggunakan '#dropshipdiperlukan' @ sebagainya di instagram , aku scroll mana-mana produk yang aku rasa , aku boleh bawak atau aku boleh jual barang ni. Self confidence tu kena ada lah ye. Rambang mata tu memang lahh , macam-macam item kot korang boleh jual, tapi aku prefer dropship agent yang tidak memerlukan modal. HAHAHA. Kena pandai cari yer.

Aku kecikkan skop aku dari berlambak-lambak sellers yang memerlukan dropship agent tu , aku pilih 4-5 sahaja. Yang jual-jual baju, kasut, beg tangan dan sebagainya. Kalau item tu kena dengan jiwa kita, confirm kita boleh jual produk tu. Hehee. Inshaa Allah , rezeki tu ada.

2. Bertanya.
Aku whatsapp kelima-lima sellers tersebut , dan tanya beberapa soalan macam...

i. Saya berminat nak jadi dropship agent , ada apa-apa requirement yang perlu saya patuhi? ( formal gilaaa kan??? hahaha )

ii. Kalau tak faham lagi konsep dropship agent ni macam mana, mintak sellers jelaskan sekali lagi.

iii. Tanya pulak soalan berkaitan dengan payment. Berapa fixed price yang sellers amik, untuk mark up price kita boleh tentukan sendiri.

iv. Ambil tahu serba sedikit pasal item yang kita nak jual ni.
Tips : Tak kesemua sellers beri requirement yang kena dengan kehendak kita. Kalau pun semua requirement tak memberi masalah buat korang, tapi saranan aku.. jangan TAMAK. Kenapa? Pilih satu item yang korang rasa okay dulu. Bila dah pandai manage satu item ni , barulah boleh tambah item lain. Kan??
3. Buka akaun ( instagram @ facebook @ etc ).
Cara aku. Aku bukak akaun instagram baru. Khas untuk nak jual barang sahaja. Lepas dah create akaun baru , masukkan dua tiga sepuluh gambar pasal barang yang korang nak jual. Pastu dengan serta merta nya korang kena generate followers seramai yang mungkin.

Randomly following others account. 
Mana nak cari?? Kalau yang tanya ni baru pestime guna instagram aku boleh maafkan lagi , kalau yang dah bertahun guna tapi tak tahu jugak , memang mintak kaki. Haha. Okay macam ni, pergi lah mana-mana akaun yang banyak followers tu, korang follow je semua. Setiap hari follow je mana-mana akaun yang korang belum follow.

Kenapa? Sebab kita tak tahu dalam banyak-banyak orang tu, siapa yang berminat nak beli barang kita kan? So, follow aje semua. Fyi , instagram hanya membenarkan korang follow others acc 20-30 acc at once. Tunggu dalam 5 minit , pastu follow lagi 30 akaun dan follow lah lagi yang lain. Ikut pengalaman aku , macam tu la kekdahnya.

Cara cepat nak gain follower ni senang je , tapi kena keluarkan duit sikit la. Akan ade sellers yang boleh tolong up-kan kita punya followers dari hari ke hari. Memang laju lah followers korang naik. Aku tak ikut pun cara ni sebab aku tak nak keluarkan sedikit modal pun. Hahah.

4. Jaga hubungan baik dengan sellers dan customers
Berbudi bahasa lah hendaknya ya. Customers ni macam-macam perangai , so kita sebagai sellers (jugak), kena lah layan customer kita elok-elok. Kalau kau konghajo atau nak tak nak layan customer , memang customer tu cari lain la weyyyy...

Hmmmm, buat masa ni. Tu ajelah dari aku.

Kata-kata 20 sen , harap berguna lah ye :
Saja nak bagitau ni , untuk sellers @ dropship agents yang baru nak jinak-jinak macam aku ni , jangan lah jual barang dimana harga asalnya RM15 you ols kutip RM30. Cekik darah ke apa ni? Adat berniaga ni tak boleh nak cepat untung sangat , you ols kena pandai bikin strategi untuk bertahan lama and kaut untung tau.
Agak lah wehhh, tolong lah jadi melayu jangan tamak sangat. Hahaha. ( selalu aku perasan penjual melayu wat gini. hmmm, macam mana nak maju? )

Nak tambah atau share apa-apa kat entri ni? Meh share sini.
Terima kasih sebab sudi baca.
Okay bye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

40 comments:

Aisyah Az said...

hahaha ecah baru tahu ni.nice info for me.. teehee!

Cikna said...

Cikna dh lama join dropship bkn utk tmbh pendapatan je malahan kita boleh beli dgn harga borong utk kegunaan sndri. Memandangkan ni perniagaan on9, Cikna akan beli utk diri sndri dulu klu brng smpi ok baru buat iklan sebab kita ni kira org tgh takut pape jadi kita yg kena....;-/

Sabrina SA said...

wah nice sharing kak mira.. adik ina pun dulu jadi macam akak.. banyak jugak untung dia ina nampak. tp terpaksa stop sbb tak de masa nk belajar :p

Farrah MF said...

Senang kan jadi dropship agent,...yang paling penting tak perlu risau nak simpan stok barang kat mana. Kita deal je :)

Nurus Syifa' said...

sy pun ada jadi dropship agent, baru sebulan lebih jugak... kalau kita mark up harga RM10, kiranya satu item ambik komisen RM10 kira okay tak ?

najiha jefry said...

Nk tanye,prtanyaan ni mngkin plik.tpu sbb xfhm,nk tnye jgk.hihi bru nk join jdi dropship.
Misal harga brg dri pmbekal rm15.lpstu sy up rm20.tambah pos rm7 jdi rm27.
Jdi cstmer akn bank in 30.
Sy plak akn order.Dan bankin hrga drop rm15+7 so jdi lh rm23 kn.sy kna bank in rm30 jgk pd pmbekal.Jdi mcm mne nk bgi balance utk cstmer tu blik rm3 tu.n RM 7 tu pd sy.bleh sis explain kn.mcm pmbekal arrange mngenai tuπŸ˜†

Izzati Amira said...

@najiha jefry

kalau customer bank in lebih kat kita.. baki rm3 tu kena lah pulangkan kan..

so caranya you kena bank in lebih kpd supplier , rm15(hrga brg), rm7(postage), rm3(baki customer) = rm25.

then, you infom supplier rm3 tu baki utk customer, sila masukkan dalam parcel masa pos nanti.

tapi kalau supplier tu tak boleh buat , you transfer balik rm3 tu ke dalam acc customer. (:

Anonymous said...

Terima kasih

Anonymous said...

Tq guys

Ann Nysa said...

Sis transfer duit smua tu online je ke? Sis jd dropship ni just guna fhone or ad gak gna laptop smua tu. Hehe. Sorry bnyk tnye. Bru nak belajar.

Izzati Amira said...

@Ann Nysa

transfer via online much moreee easier...transfer guna phone or laptop pun boleh (:

syaban othman said...

akak customer bank in duit tu kepada kita or kepada seller ...saya tak faham najiha tanya tu ?

Izzati Amira said...

@syaban othman setiap pembelian @ order yg dia buat dengan kita, customer bayar kepada kita (:

Anonymous said...

sis boleh saya tau sis jadi agen dropship kedai online apa n boleh tak sis senaraikan kedai2 online yg trusted dan sesuai untuk org yg baru macam saya ?

Izzati Amira said...

@Anonymous

saya pernah jadi agen jual tudung & gelang pandora , produk kecantikan
boleh check out ig
mimpimika
rxt.skincare
elsajida

takpun cari je kat instagram guna #agendropshipdiperlukan

saya xboleh la nak listkan semua trusted seller sebab ramai sgt.. so far yg kat atas tu saya pernah jadi agen dorang.

better cari yang ig byk followers & feedback cust dia ramai :)

hanum hassim said...

bagus nya.info kat atas ni. saya pun bru nk menjadi dropship.. trm ksh share pengalaman.. kalau saya xfaham lagi.. boleh tanya kan..

Nazira Azlin said...

Sy mintak izin cik untuk sy gunakan ni untuk bahan rujukan student sy ye

Izzati Amira said...

@Nazira Azlin yes u may. tapi saya rasa tak valid je sebab sumber dari blog kan.. heheh. btw, if valid, gune aje (:

Anonymous said...

Bgusnya info...just nk tnya..biasanya brp income yg sis dpt after jd dropshipper..b4 dpt kerja tetap...?☺

Anonymous said...

sis kalau harga barang tu RM 35+ 8 sekali dengan duit postage = rm43 then bila customer dah buat payment kita pun order dekat pembekal lepastu duit yang kita dapat tu nak bahagikan kepada pembekal mengikut kehendak kita or macam mana sis? πŸ˜…

fatin said...

Hai... mcm mna klau ada orang beli barang dkat kita then duit customer tu bank in dkat kita atau dkat owner terus??

Izzati Amira said...

@fatin transfer kt kita dulu. then kita amik komisen. baki baru bagi pada owner.

Izzati Amira said...

@Anonymous rm35 tu harga kos agent atau harga jual? selalunya owner akan infom agent2 dorang berapa komisen yang akan dorang bagi. nak lanjut boleh tanya supplier/owner. rm8 utk postage adalah ditanggung oleh supplier, so tu mmg kene bagi owner

Jiyan Dgi said...

Sis, contoh diskaun harga agent 4 ringgit. Satu brg dia jual 30 ringgit so owner akan ambil 26 ringgit. Then, kita jual barang tu 35 ringgit. bila customer bayar 35 ringgit+7 ringgit(postage) jadinya 42 ringgit. Maksudnya nnt owner akan ambil berapa ? 26 ringgit sekali dgn duit postage ke ?

Jiyan Dgi said...

Saya masih tak faham step dropship ni :D

Izzati Amira said...

@Jiyan Dgi

dia ade dua jenis tu harga jualan ni. satu harga jualan yang sudah ditetapkan owner, satu lagi harga jualan yang kita tetapkan sendiri.

walau mcm mana pun, awak kena tanya owner berapa komisen yang awak boleh dapat untuk jualan satu barang

contoh : owner tetapkan harga jual Buku, rm35, dan dia cakap komisen yang awak dapat, rm5. Harga tak termasuk postage, standard postage rm8.

bila customer nak beli buku, customer kene bayar rm35+8 = rm43. rm43 adalah jumlah yang customer kena bayar dekat awak

kemudian, rm43 tolak rm5 (komisen awak), rm38 adalah jumlah yang awak kena transfer pada owner/supplier. Dah transfer semua tu barulah owner boleh pos barang kepada customer awak. Paham tak? :)

Anonymous said...

Owner jual barang standard harge RM30, owner jual dekat agen RM26(diskaun RM4), agen jual balik RM35(RM9 mark up)+RM7(postage)..last price RM42..so, RM9 masuk dlm poket agen balance RM33 bayar pd owner..haha..

Alya Najibah said...

Akak kalo saya nk tau ape ig yg akak buat utk promote brg dropship tu bole ? Nk tngok2 n blaja sikit. Saya baru abis sekolah. Lepas spm x tau nk buat ape. Mak x kasi keje sbb keadaan kesihatan saya. Tp tulh nk try dropship ni. Akak kate ade buat acc utk promote brg jualan akak. Nk usya2 bole πŸ˜† nk ambik ilham πŸ˜„

Izzati Amira said...

@Alya Najibah

sekarang dah tak jadi dropship agent. dah upgrade jadi agent plak. hehe

boleh tengok ig
@mina.mimpimika
@nadhrinaskincare

Anonymous said...

Nak tanya sikit ni akak...customer bank in duit kepada kita...pastu kita ambik komisen...yang lebih tu kene bank in balik dekat supplier lh...lepas tu supplier akan post barang tu kepada customer bila kita dh bank in eh

mohammadbaharudin said...

Tip yg bergune...

Izzati Amira said...

@Anonymous ye betul (:

Anonymous said...

Hi, saya nak tumpang tanya...katakan saya nak jadi agen dropship untuk promote tiga jenis barang yang berbeza dari seller yang berbeza...adakah sebaiknya saya create satu account saja untuk promote kesemua barang2 tersebut sekaligus?...atau saya perlu create account yang berbeza untuk promote barang dari setiap seller yg berbeza?

Contohnya:
Jadi agen dropship untuk tudung, gelang pandora dan mask muka...perlu create account berbeza untuk setiap jenis barang ke?

UchiHa ziq said...

sya nk tnya ni....setiap agent dropship mesti ade online banking or acc bank ke??sbb cust akan bank in duit diorg dlm acc kita??mcm tu ke?

Unknown said...

Hai nak tanya. If kita create acc and then kita jadi dropshiper more than one seller boleh ke?
Seller ada hak ke untuk tak bagi kita jual produk orang lain?

Izzati Amira said...

@Unknown boleh. seller/supplier takde hak nak halang kita melainkan sebelum awk setuju dgn dia, rules dorg cakap tak boleh. so awak kena akur. tapi kalau nak jugak, kena buat separate acc. (:

Izzati Amira said...

@UchiHa ziq acc bank wajib. online banking ni optional tapi harus. sebaiknya nak jual barang online kena ada on9 banking sebab dia lagi mudah. awak pun boleh trace sama ada customer da buat payment or belum. lagi mudah sbb skang kan byk kes tipu resit bank in. (:

Izzati Amira said...

@Anonymous boleh je satu account , takde masalah (:

Unknown said...

Kadang2 dropship tanya kenapa harga dropship dengan agent lain? Dropship jual mahal, agent jual murah. Maknanya takde sape la nak beli dekat dropship semuanya beli dengan agent. So macam mana tu ??

Izzati Amira said...

@Unknown sepatutnya harga kena standardise. dropship dan agent jual pada harga yg sama. mungkin dropship jual lebih mahal sebab nk bagi untung lebih kepada dropshipper. ini pandangan saya la.

Perbezaan harga tersebut harus dikemukakan kepada HQ. Hanya mereka saja yg boleh bagi jawapan tersebut. (: