HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Friday, June 12, 2015

Pekerja butik berjenama sombong? Tak friendly?

Assalamualaikum w.b.t

Haaaa sudahhhhh...
Credit : facebook TL

Well , dengan Zizan Razak pun pekerja tu pandang berlagak? What the fishh. Lain lah kalau aku yang serba simple lagikan biasa tidak berduit ni datang ke sana semata-mata untuk cuci mata *tengok-tengok sahaja* dorang buat macam tu kan? Hahaa.

Mungkin lahh , ada sesetengah customer yang DATANG SAHAJA tanpa membeli apa-apa barang di butik mereka , mereka pandang customer tu atas bawah? Lulz. Perlu ke judge? Kerana nila setitik rosak susu belanga , kerana sikap berlagak minoriti pekerja yang bersikap berlagak ini , ianya boleh effect imej pekerja butik berjenama yang lain.

Itulah kelemahan SIKAP pekerja di Malaysia , terutamanya pekerja yang terlibat dalam bahagian servis ni. Yang berkhidmat dengan pelanggan , yang berhadapan face to face dengan pelanggan. Kami , as customer tak mintak pun awak (pekerja) senyum , tersengih atau terpaksa menghadiahkan senyuman buat customer dua puluh empat jam. Tidak. Cukuplah customer tu rasa layanan servis yang korang provide tu ikhlas yakni... TAK FAKE. Well, ade jugak yang cakap , kalau tak suka pun , pura-pura senyum ajelahhh. Bukan kenal pun. Lantak kau lah jahh.


THIS

NOT THIS !

Credit : google/image

Kita tak tahu , mungkin untuk kali pertama , customer tu datang tengok-tengok sahaja. Mungkin akan ada yang buat survey kali pertama nak tengok macam mana servis layanan pekerja terhadap pelanggan. Kalau sangat memuaskan , inshaa Allah customer tu pasti akan datang di lain hari , cerita kat kengkawan dia betapa bagusnya servis dari sesuatu kedai tersebut. Next , dia akan bawak segerombolan geng serbu kedai korang. Who knows?

Wahai pekerja sekalian , letakkan diri anda sebagai customer yang sensitif dan cerewet , mesti akan ada yang terfikir betapa banyaknya kekurangan yang harus diperbaiki. Mereka tidak mengharapkan servis yang 100% perfect , mereka pun paham.. kita ni semua manusia biasa. Kengkadang ada mood bagus , ada yang tak.

Pakai selipar kotor masuk butik? Pakai baju bundle , baju pasar malam masuk butik? Derrr , tak payah lah expectation tu tinggi sangat , takkan nak masuk butik kena pakai baju ratus riban? Agaklahhh... Asalkan dia bukak pintu masuk kedai , itulah customer kau. Layan lah mereka sebaiknya.

Tapi , as customer pun tak payah lah nak kerek sangat kalaupun kau banyak duit.
Learn , Improvise & Be nice to your customer.

*macam mana lah aku ni nanti kalau kerja bahagian perkhidmatan @ servis..hmmm*
Okay bye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

17 comments:

Murniwati Awang said...

teringat pgalamn akak dekat kdai emas..bila akak minta nak tengok cincin yg kecik2 comey..tetiba terepandang yg design besar..bila minta nak tengok dia kata yg tu mahal..terus hangin..husband perasan muka akak dah berubah dan dia pon tercabar..terus x jd beli cincin..terus dia beli gelang 30g utk akak..ingat kita tak mampu..TP sape yg untung akak laa..hihihi

Haffizul Iskandar said...

Sebenarnya ramai jugak yang macam ni. Tapi saya ada pengalaman berbeza. Waktu saya nak cari rumah, saya saja je tengok-tengok rumah dekat area elit. Dalam kawasan padang golf. Rumahnya harga, paling murah 1juta. Saya datang naik kereta saga BLM je. Tapi layanan yang saya terima, teramat la hebat. Penjual tu layan kami sekeluarga, sama macam kami betul-betul nak beli rumah tu. Walhal datang tengok je. :)

Myra Azraff said...

Penahhh jupe promoter kerek camtu. Hisk, sepak kang muka tau la :3

sue sue said...

saya seram lagi rasa tak layak kalau nk masuk butik mewah ni...mmg kebiasaanya, diorg tgk atas bawah kita ni...agaknya mesti cakap dlm ati,"ko kalau tak mampu tak payah nak melangkah masuk...buat penat aku je nk abeskan air liur layan ko tapi tak beli apa2..."hihihi..

singgah blogwalking....salam kenal :)

Izzati Amira said...

@Murniwati Awang Alhamdulillah , akak yang untung ek.. hihi

Izzati Amira said...

@Haffizul Iskandar wow, sebesar-besar tahniah untuk pekerja yg macam tu. bagus

Izzati Amira said...

@sue sue hihi , salam kenal (:

Sabrina SA said...

Betul tu kak.. Ina pun pernah juga kena kadang2.. tu baru pergi kedai biasa2 je.. tap pekerja nya layan, ya Allah, memang tak appreciate lgsg kita ni sebagai pelanggan..

Tyka Syazawani said...

Bukan pekerja butik mahal jak macam nie, kadang-kadang pekerja butik biasa pun ada yang macam ni, tapi ntahlaa, mungkin mood dia tak baik time tu, haha! Saja senangkan hati

Niena Reen said...

Haih, memang ramai jugak yang perangainya cenggitu.. Mak saya pernah kena. Masuk kedai nak beli produk kecantikan la and she wanted to tengok2 dulu la mana yang rasa bagus and tanya2. Tapi pekerja kedai tu macam nak tak nak ja layan and layan mak saya macam nak curi barang dia pulak. At the end lepas dah pilih and beli produk mak saya tegur dia and dia pon mengaku yang memang dia ingat mak saya tak mampu and takut curi barang dalam kedai dia sebabnya dah ada orang yang curi barang dalam kedai tu walaupun muka baik. Eh, geram pulak saya bila dengar. Agak2 la kalau iya pon nak berhati2. Tak perlu kot nak buat muka dekat customer. Adoiii...

Izzati Amira said...

@Tyka Syazawani kan? husnuzon aje lah

Izzati Amira said...

@Niena Reen adoi. mungkin dia trauma... tapi x patutlah buat cust lain mcm tu kan.. sama kan cust A dekat cust B pulak

Amy J said...

setuju. kenapalah mesti perangai macam entah pape... lagi orang x semangat nak pergi membeli. ish.. perangai x semenggah.

pandai Zati plih gmbar gif tu. hahahahhahaahaha

Farah said...

Dah banyak kali juga dengar kes macam ni. Sedih je bila baca.

syufaa said...

Emmm akak setuju sgt dik! Masuk butik bonia, coach, tgk akak pakai baju tshirt je masuk kedai dorang. Pndg sinis sgt. Rasa nak baling beg2 tu dekat muka dorang. Kikikikikiii! :P

Nurulee said...

agreed. pernah jumpa jugak org macam tu. hadeyyyy.

Kakak Tiri Cinderella said...

Alaa, kedai biasa2 pun banyak manusia camnie. Biasa sangat jumpa. Hahaha

p/s : Nuffclick #GlicoPocky 3x ♥