HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Sunday, June 21, 2015

Tak busy tapi penat dia ya ampunn.


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah , sejak semalam dah tiga hari aku bekerja sebagai kerani sementara. Kedai tu baru je bukak , so keperluan office dan kerja yang berkaitan tak ade lagi. Bosan tu memang ye. Sebab tak ade benda nak dibuat.. duduk aje dalam office. Hari kedua aku bawak member join kerja sekali , lagipun dorang memang tengah cari pekerja.

Ini kali kedua pengalaman aku bekerja. Tapi haritu barang keperluan kedai semua dah ada dan aku just jaga kedai sahaja. Kali ini , boleh dikatakan 80% barang keperluan memang tak ade langsung. Tapi , office kena gerak jugak la.. Slow slow gitu. Sebagai kerani sementara , aku lah yang kena pergi beli barang tu semua. Daripada stationeries , cabinet , barang cuci tandas , nak pasang internet bagai... semuanya aku. HAHA. Nasib la aku bawak Timah kerja dengan aku sekali , boleh tolong aku beli barang tu semua. Penat woi.


Tambah-tambah bulan puasa ni kan... Takkan la aku nak jadikan alasan , puasa tak boleh buat kerja. No no... tak boleh. Just tak boleh minum air je. Relax ahhh. Nama pun nak cari pengalaman kerja kan, so kena la buat betul-betul.

Balik kerja tu memang penat la sebab tempat kerja jauh. Drive guna auto pun penat woi , nak hadap jammed orang pergi bazaar and balik kerja lagi. Sampai rumah terus mandi and solat bagai. Then bukak puasa, Maghrib , tunggu waktu Isya' & terawih bagai.. balik tu terus knock off. Kalau penat sangat , sahur memang aku tak bangun. Ni baru TIGA hari weyyy. Allahu , kuatkan lah jiwa raga ku untuk mencari rezeki yang halal. Aaaminnn.


By the way , since habis semester 6 sampai lah tiga empat hari yang lepas.. aku jadi dropship agent , bosan kot duduk rumah tapi tak de duit. Nasib baiklah terfikir nak jadi dropship agent ni.. Ade la dalam dua hari aku fikir dulu macam mana nak buat itu ini. Nanti aku share macam mana nak jadi dropship agent ni tau. Inshaa Allah. Kalau betul-betul fokus , boleh dapat beribu sebulan. Untuk beginner macam aku ni , baru ratus je.. Alhamdulillah. Terima kasih kepada customer yang percaya pada perkhidmatan aku. Hehe.

Lepas ni agak sukar nak update entry dan blogwalking bagai. Seminggu sekali mungkin. All the best okay. Selamat berpuasa semua.


All pics credit to google & tumblr

Okay bye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

6 comments:

namy yul said...

wah menarik pasal dropship agent, ceritalah sikit Izzati, dropship agent tu apebenda.

Nur Haziqah Mohd Rosli said...

gigih bekerja yea. hazy pun ingatkan nak cari kerja, tapi bila fikir pasal nak puasa, nak cuti raya, nak itu, nak ini, semua cancel. hehee. jadi penganggur jelah mampu sampai bulan 9 ni

Izzati Amira said...

@namy yul

inshaa Allah , soon.

mardiana abu darin said...

Selamat berpuasa!

Pandai cari duit! Cepat2 ajar akk mcm mn nak jdk agent dropship tu...

Farrah MF said...

Selamat berpuasa, Izzati :)

Eka Tikah said...

wah dah kerje ye. hehe. gdluck kerje tu. takpe kerje sementara cari pengalaman kan ^^

Selamat berpuasa