HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Wednesday, January 28, 2015

Wordless Wednesday #3

Assalamualaikum w.b.t

 

How about you?
Hehe.
 


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Tuesday, January 27, 2015

This is my life


Assalamualaikum w.b.t

Sekian lama sudah aku tidak meng-update perkembangan diri disini. Well, im quite busy lahhh *pui*. Takde masa lah aku nak buat entry bagai... sekarang ni aku banyak menghabiskan masa menonton tv jer. Huihui. Dan.... ade jugak lah aktiviti berfaedah yang lain aku buat *ayat sedapkan hati*

Actually , ade la kawan aku sorang ni asyik cecakap , “Zati.. bila you nak update entry baru ni?”.. Krik krik...

Ape je story menarik fasal aku ni woi? Okay lah okay... i just turned 21 last 8 days ago...?? Lebih kurang macam tu laa.. Apa yang aku rasa? Entah la. No idea. Ku jalani kehidupan seperti biasa.. tanpa keluarga disisi. Cuma , aku bersyukur je dengan apa-apa yang aku ada sekarang ni. Terima kasih kepada yang masih setia.

Satu classmates (tak tahu la kalau ada 2-3 tak nyanyi sekali , ugh..hehe ) nyanyikan lagu Happy Birthday and wished to me. Appreciated that , thank you. Sumpah aku maluuu gilaaa and maluuu gilaa ahh.


Terima kasih kepada yang sudiiiii gilaaa buat wish panjang-panjang.. Oh , ade satu voice note dihantar kepada aku.. Sampai sekarang aku tak dengar lagi.. Aku dapat tahu voice note tersebut dihantar kat nombor lama.. so adik aku yang forwardkan voice note tu ( she’s using my old phone number )... Adik aku cakap kawan aku tu sweet gilaaa. Hehe Terima kasih awak.

Lagi.... hmmm. Tak tahu lagi nak cerita apa. University life untuk semester kali ni bosan macam biasa. Hahah. Hidup aku, cukup waktu je datang kelas.. tu pun selalu sangat masuk lambat ( housemates aku memang pesen siap lambat ) . Bila dalam kelas pulak tak sabar nak balik..kuikui. Dan.. perkara paling membahagiakan bila masing-masing menghitung hari untuk cuti...haihhh. Pesen homesick yang memang jarang balik ahh. Apakah yang aku cuba sampaikan ini?

Hari-hari yang mengembirakan aku bila dapat layan Got To Believe , Istikharah Cinta dan Asam Pedas Untuk Dia.. perghhhhhhh.... meroyan satu rumah. Hahhaha. Nanti kita cerita dengan lebih lanjut.

Kbye.




Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Wednesday, January 21, 2015

Recipe : Tortilla wraps ala Nachos with salad

Assalamualaikum w.b.t

Ambek kau jah. Nak jugak nama resipi kau ala-ala mat saleh. Lantak lah kau nak , hahha. Taram je lah. Sebenarnya untuk kali ni , aku nak buat ala-ala toasted twister cam kat kfc tu tapi version diet punya lah kan. Masa dok panaskan tortilla wraps tu dalam oven , terus keras cam biskut dah wraps aku tuh. Haha. Adeh.

 
Ni rupa tortilla wraps tu.

So, disebabkan yang keras tu tak boleh digulungkan.. aku decide jadikan dia macam nachos. Olah sikit lah resipi kau tu. How??

 

Bahan-bahan ;
Tortilla wraps -  boleh dapatkannya kat mana-mana supermarket. Panaskan dalam oven selama 10 minit. Pastikan dia macam keras sedikit. Jangan tunggu sampai keras itam legam ye sayang.

Isi ( untuk isi ni terpulang kepada perut tuan badan , letak lah pape pun yang rasa tekak tu boleh telan );
Salad - dihiris halus *terpulang nak potong besar-besar pun boleh
Bawang merah
Isi ketam
Hirisan keju
Minyak zaitun - 1 sudu
Oregano
Mayonis
Sos cili - 1 @ 2 sudu besar

p/s : Nak tambah timun, tomato or pape jenis sayuran pun okay. Ayam, udang , terpulang yer. Perahan lemon...

Cara-cara.
1. Gaulkan kesemua bahan untuk isi tu dalam satu bekas.
2. Patah-patahkan tortilla wraps kepada serpihan sederhana kecil.
3. Gaulkan bahan isi dengan tortilla yang sudah patah tu ke dalam satu pinggan.
4. Siap untuk dihidang.

Rasa dia memang terbaik lah wa cakap sama lu. Memang sedap gilaaaa.


Notes : Nachos ni sejenis makanan kesukaan warga Mexico , mostly dorang letak keju sebagai main ingredient. Terpulanglah kepada lidah melayu macam kita ni nak letak ape kan. Aku letak cili kot. Konon nak rasa pedas , pastu... berasap telinga!!! Tanggung lah sendiri. Hahaha

Pics credit to google.com
Selamat mencuba.
Okay bye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Saturday, January 17, 2015

CPUV #4 & #5

Assalamualaikum w.b.t


Tu diaaa... CPUV baru datang lagi. Alhamdulillah. Terima kasih sebab sudi menempek di sini. Ye saya , saya menghilang begitu sahaja sebab.... cuti midsem 3 minggu sudah pun berakhir..kuang kuang kuang.

Sorry ler u olss. Kalau dah masuk kampus nih memang susah ler eden nak update entry bagai. Sabor je lah yob. Lapchiuuuuu haktui. Ekkekeke.

Okay bye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Wednesday, January 14, 2015

Wordless Wednesday #2

Hahah. Well done.

*jangan tiru perbuatan ini disekolah ye adik-adik , nak kena hempuk? haha*


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Tuesday, January 13, 2015

Mochi Ice Cream

Assalamualaikum w.b.t

Pernah dengar tak nama Mochi Ice Cream nih? Ataupun nama lain dia Japanese rice cake. Dulu , mungkin last year lah kot.. aku ada baca satu entry , yang kat Malaysia ada jual eksrem nih. So, korang tahu tak kat mana jual? Haha. Teringin nak makan. Lupa la dia state kat mana.. ke aku salah baca? Hmmm.

 
Dalamnya inti eskrem lah gitu. Menarik perhatian kan? Aku google jugak cara-cara makanan ni buat macam mana... macam complicated je. Bahan-bahan nak buat benda ni pun macam susah nak jumpa kat supermarket je.

 

Ni rupa luaran dia lahh. Awwwww...
Siapa-siapa yang tahu , mohon share. Hehehe.

Okay bye.
 


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Friday, January 9, 2015

CPUV #2 & #3

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah , CPUV Baru lagi dari Mr.Nuffnang. Kamsahamnida...

 
CPUV #2 Hotlink Ohhsome Fest
CPUV #3 Kitkat Launch


Ada 3 iklan baru dari churpchurp jugak , Astro , Digi ,, Nescafe & Ford.

Okay , cuma nak cerita sikit pasal iklan dari Nescafe nih , baik korang tengok video kat link bawah ni.. 


http://my.shareddis.com/p/9tzUg 

Let's give them a lot of love.
Tengok tau video nya , nanti korang paham lah apa yang cuba disampaikan oleh pihak Nescafe sambil nak promote produk dia tu. Weeeee

Okay bye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Thursday, January 8, 2015

Resipi : Sos Perap Ayam untuk BBQ


Assalamualaikum w.b.t

Plan nak buat BBQ kat rumah nih dah lama bermain kat minda. Tunggu Big Boss punya rancangan nak selesaikan misi aje. Siapa big boss? Aku lahh!!! Haahah. As the eldest sister in da house , memang aku lah tok ketua nak buat program ini semua. Masak-masak lah... Jalan-jalan lah.. Tok ketua dalam adik beradik tu aku la..

Benda yang dirancang ni dah lama wujud.
"Akak rasa nak buat bbq lah"
"Bilanya??" , soalan yang sering ditanya adik-adik aku. Selagi tak buat , selagi tu lah dorang akan tanya.

"Kak, haritu kata nak buat bbq.."
"Aaah la.. lupa. Nanti kita cari bahan."
Nak buat resipi yang memerlukan bahan yang jarang ada dalam peti ais rumah ni memang susah sikit. Nak keluar rumah semata-mata nak beli bahan dengan naik motor memang tak laa aku nak pergi. Hhaha. Tapi sekarang dah ada lesen kereta kot , inshaa Allah.. mungkin akan bertambah rajin. Hhehehe.

Honestly , ni first time aku nak buat bbq nih. Kalau nak seribu daya, tak hendak seribu dalih kan.. Kalau dah malas masak tu , cakap aje lah. Tak payah dalih dalih tak pandai itu ini lah. Paham? Aku mengaku aku ni malas memasak , tapi kadang-kadang lah aku malas. Hoho. Banyak pulak aku bebel. Mukadimah aku biasanya tak panjang cenggini , over pulak kali nih. Hoho.


Semua bahan-bahan aku ni tak guna sukatan sangat. Agak-agak lah nak guna banyak mana.

Bahan-bahan ;
Ayam - siap dipotong dan dibasuh sebersih-bersihnya.
Sosej

Bahan perapan ;
*Bawang merah - 2 @ 3 ulas
*Bawang putih - 6 @ 7 ulas
*Halia - sebesar ibu jari x 2
*Serai - 2 @ 3 batang
Garam & gula
Madu - 3 sudu
Sos lada hitam Life - specific sos yang aku guna ( penggunaan secukupnya , 8 @ 9 sudu )

*bahan yang harus dikisar bersama

Cara-cara ;

1. Masukkan bahan yang dikisar tadi ke dalam bekas yang berisi ayam dan sosej. Ramas-ramas sikit ayam tu kasi rata.
2. Kemudian , tabur sedikit garam dan gula. Tambah pula, madu dan sos lada hitam Life. Nak masukkan serbuk perencah rasa sedikit pun okay.
3. Perap semalaman. Means , buat harini , besok malam dah boleh buat bbq.

#tips nak panggang ayam. Ini tips dari adik lelaki aku la , dia cakap masa nak bakar/panggang tu minyak dicampurkan dengan gula , biar ada rasa-rasa manis sikit la. Dia kan selalu pergi kem , ceh. Hahaa

#tips dan.. bagi yang tak tahu.. panggang ayam ni dengan bara api ye.. bukan dengan api semata-mata. Nanti luar ayam je yang masak , dalamnya tak masak. Mana nak tahu ayam tu masak or tak? Cucuk ah dengan garfu.

Siap untuk dihidang.
Okay sekian.
Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Stars Archery , Mahkota Parade

Assalamualaikum w.b.t

Last week , aku outing dengan ex-schoolmate aku. Dah lama tak jumpa , so lepak ah sama-sama. Dalam satu kelas tu , yang dapat join hanyalah 6 orang termasuk aku. Yang lain..... busy macam biasa. Hahaha. Aku pun kadang-kadang tak join jugak.. wehehee. Okay takpe.

So, bila dah plan nak jenjalan Melaka nih , nak pergi mana lagi kan kalau bukan lepak kat Bandar Hilir. So, untuk mengelakkan 'kesumbatan' kat sana , aku pun google ahh ape je yang ada dekat MP & DP nih. So.. aku pun terjumpa benda alah ni.. Stars Archery. Tak tahu menahu pulak sebelum ni benda ni ada kat sana , selalu lepak MC je dengan femly.

Game pun murah. Aku pun ajak la dorang main sama. Ada yang pernah main , macam aku memang tak pernah main lagi. Kiteowang pun try ah sukan sunnah ni. Hehehe.

http://nineteencapri.blogspot.com 

Mahkota Parade , level paling atas sekali. Berdekatan dengan panggung wayang. Naik je escalator tu , terus belok kanan ye.

Harga untuk student macam aku nih , patutnya 15 batang anak panah , harga RM15. Tapi , sebab aku ada kawan sorang lagi , so kiteowang amek pakej yang dua orang punya , 30 batang , RM27.

Lepas dah bayar tu, pergi kaunter sebelah dia pulak , aku ingat terus main aje. Rupanya nanti dia beri benda yang macam sarung tangan untuk lindung 3 jari korang & satu lagi untuk disarungkan dekat lengan korang. Sorry lah der , i ols tak tangkap gambar benda alah tu. Segan lah... asyik diperhatikan je. I ols tahu malu jugak. Huihui.

http://nineteencapri.blogspot.com 

Yang beginner macam aku ni jangan risau tak reti main or tak reti guna ke ape ke. Nanti pekerja kat sana beri tunjuk ajar macam mana  nak main. Overall , memang banyak yang tak kena sasaran lah. Nak tarik tu memang kena kuat ah supaya sasaran yang kau sasar tu tepat.

Tak silap aku , sekali je anak panah aku tembak bulatan tengah , yang kaler kuning kot tak silap aku. Kawan aku lagi best , pergi panahnya dinding kaler putih tu. Whoaaaa tajam sangat sasaran dia.. hahahahahaha.

Yang sorang lagi , yang pro tu. Zup! Zup! je anak panah dia.. dah biasa main lah katekan. Ceit. Hahaha. So far , harga pun affordable & relevant lah kan. Boleh main lagi... heheheh.

Okay bye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Wednesday, January 7, 2015

Cerita Ujian JPJ - Part 2

Assalamualaikum w.b.t

Sambungan dari Part 1...



Masa tengah berkumpul nak tunggu giliran ujian kat jalan raya pulak ,  si penguji JPJ A dah cakap awal-awal dia takkan tolong sikit pun kat jalan raya ni sebab kalau dah buat salah , mana boleh kasi lulus. Ini melibatkan keselamatan. Pasrah lahh. Masa tunggu punya tunggu tu, ramai je yang patah balik ( mostly below 5-10 minutes , semua dah patah balik ) si penguji JPJ A sebagai pemandu dan yang ambil ujian tu duduk kat bahagian penumpang. Mak aihh.. sah-sah lah dorang tu failed. Semua susah hati. Termasuk aku. Hehhe. Baca komik balik.. haha. Nervous? Baca ayat kursi lagi.


Tak lama tu muncul si penguji JPJ B ( yang kat litar tu ) , belum giliran aku. Nampak cam okay sikit dari si penguji A. Kita tengoklah macam mana. Tak lama lepas tu, mereka pun pulang *kemain aku guna ayat BM.. pulang...*... kedudukan tempat duduk tak berubah , so kiteowang assume budak tu lulus ahh. Rupanya tak. Style penguji B nih lain sikit. Even tak tukar pemandu pun , tak semestinya kau lulus.

Ada jugak tanya-tanya budak-budak yang failed dengan penguji A , ramai failed kat simpang. Sepatutnya, tunggu kereta betul-betul takde kat atas jalan raya barulah kita ni boleh gerak. Jalan raya memang kena kosong lah. So, aku pun take note. Cikgu yang menjadi petugas kat situ pun bagi peringatan kat kiteowang jugak. Dalam hati aku, “Bagus jadi orang tengah dan ke belakang ni, kita boleh belajar dari kesilapan orang lain.”

Setahu aku.. kat simpang ni penguji akan tengok kat bahagian

  • Handbreak ( setiap kali nak berhenti , wajib tarik brek tangan
  • Signal
  • Pastikan tidak ade sebarang kenderaan di atas jalan raya , kiri atau kanan anda
  • Cara anda olah gerak kenderaan tersebut

Yang aku risaukan masa tu  , aku risau kalau aku dapat penguji A. Dah la strict gilaaa , harapan macam hampir terkubur mengenangkan ,

  • Penguji B - peserta no.10
  • Penguji A - peserta no.11
  • Patutnya no.12 dapat penguji B dan aku penguji A lah kan.. tapi tetiba je Penguji C muncul.. so dia ambil peserta no.12.

Penguji A ni , dalam masa dua minit je dia boleh patah balik kalau peserta buat salah. Keberangkalian untuk aku dapat dia sebagai penguji memang sangat tinggi. Tak lama tu , muncul kereta dari penguji B.. Alhamdulillah... suka hati aku... dapat yang tak strict... Akan ku cuba yang terbaik lah kan.


Bila dah tiba giliran aku tu , aku pun masuk dalam kereta buat RSM bagai. Dan teruskan perjalanan ikut jalan B. Jalan B or C aku risau lah untuk tanggal 31 tu sebab dua-dua jalan ada sekolah rendah dan menengah. Memang akan ada banyak kereta sebab budak darjah 1 dan tingkatan 1 ada orientasi. Kereta mesti banyak.. dan untuk memastikan takkan ada satu kereta pun kat atas jalan raya ( masa aku nak membelok lah ) , sangatlah lama.. Mesti orang belakang menyirap je.. ahahah. Saya budak baru belajar lah.

Lori potong aku.. kereta bertalu-talu potong aku. Biarkan dia... Kena lah paham kan. Alhamdulillah aku lulus sipi-sipi , 84%. Takut seh.. aku tak nak repeat. RM150 melayang kot. Ada satu simpang berhenti tu , masa nak tunggu kereta lalu lalang bagai tiba-tiba je enjin mati. Adeh. Tapi jangan cuak ye. Dengan cool nya aku start balik enjin tu seperti sediakala. Dengar khabar , JPJ akan bagi kita peluang 3 kali untuk start enjin kalau mati kan? Kan?


Lulus bahagian litar , lulus ujian jalan raya. Terima kasih encik sebab luluskan saya. Hua hua hua.
Alhamdulillah , doa mak abah jugak penting ye.
Doa kengkawan aku.. thank you thank you.

Sekarang ni tunggu lesen pulak.
Okay bye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Wordless Wednesday

Assalamualaikum w.b.t

 

Selamat beramal. (:


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Tuesday, January 6, 2015

Taman Seribu Bunga , Ayer Keroh



Assalamualaikum w.b.t

Khamis lepas aku dan keluarga pusing-pusing Melaka jap. Ye aku tahu Melaka nih takde lah besar mana , tapi banyak je tempat aku dan femly tak pernah pergi lagi. Kuang kuang kuang *tetibe*.. termasuklah Taman Seribu Bunga , Ayer Keroh Melaka ni.

Ianya jalan nak menuju ke Seri Negeri atau Pejabat T.Y.T.

http://my.shareddis.com/p/9pIae 
Tadaaa... ni lah depan dia. Cantik kan.

http://my.shareddis.com/p/9pIae 

http://my.shareddis.com/p/9kQ0m 
Unik gilaa kan cara penanaman dia? Hehhe.

http://my.shareddis.com/p/9kQ0m 
 Taman mini. Actually , aku suka rumput dia sebenarnya.

http://my.shareddis.com/p/9kQ0m 
 Rumah mini. Dalam taman seribu bunga ni , aku rasa kat situ ada satu rumah ni je. Abah suruh naik atas kengkonon nak tangkap gambar. Eh , tak nak aku! Seram!! Hhaaha.

http://my.shareddis.com/p/9kQ0m 
 Cantik kan pemandangan dia , cam kat tepi pantai kan? kan?

http://my.shareddis.com/p/9kQ0m 
 Bentuk LOVE!! Tapi dua kali pandang macam bontot Shinchan. Oooopss!!

http://my.shareddis.com/p/9kQ0m 
 Antara bunga-bunga yang ada kat taman ni.

http://my.shareddis.com/p/9kQ0m 
 Disebabkan pemandangan jalan dan bunga kiri kanan yang cantik. So, aku decide untuk bergambar disini. Hua hua hua.

http://my.shareddis.com/p/9kQ0m
 Belakang tu pejabat TYT. Aku bergambar kat sini sebab pokoknya cantik banget!! Nanti dah ada rumah sendiri nak tanam pokok cenggini dua! Miahaahha

Masuk : Percuma
Waktu : Siang *rasanya bukak siang je , malam..... tak pasti. Sebab takde lampu pun kat dalam taman tu..*

Masa aku dengan femly datang sini , cuaca takde lah panas sangat. Angin pun ada tak ade jugak lah, tapi lepas habis buat lawatan kat dalam taman ni , berpeluh kot!! Padahal kiteowang berjalan je , bukannya berlari. Bagus betul taman ni , jalan-jalan je dah boleh bakar lemak. Hua hua hua.

Okay sekian. Bye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Monday, January 5, 2015

Abang @ Oppa

Assalamualaikum w.b.t

Story kali nih bukan fasal k-drama semata-mata okay. Ada relate dengan rakyat Malaysia sikit. Terutamanya lelaki.. wahaahaha. Oops oops jangan panas punggung lagi okay. Baca dan enjoy dulu sampai habis.

Rakyat lelaki warga Korea.


Yang nih dari dulu aku perhatikan je.. Lelaki kat sana suka kalau gadis-gadis comel atau cantik panggil dorang dengan gelaran "Oppa" a.k.a older boy / abang ( terutamanya panggilan dari perempuan yang lebih muda dari dorang ).


Berdasarkan korean drama yang aku pernah tengok sebelum ni , selagi heroin tak panggil hero dengan panggilan "Oppa" , hero akan merajuk atau mengamuk sehabis mungkin. Dorang akan sentiasa mempersoalkan panggilan "Oppa" tu. Kenapa lelaki lain boleh panggil Oppa , kenapa dengan dorang tak nak panggil Oppa? Haaa.. lebih kurang macam tu la.

Contoh K-drama yang ada scene macam tu ; Secret Garden , My Princess.

Rakyat lelaki warga Malaysia (Melayu).

 
Saje letak gambar Adi Putra. Handsome kan? Kan?

Yang ni pun aku selalu perasan jugak. Lelaki kat Malaysia nih , random lah yer ... suka nau kalau mana-mana perempuan panggil dorang "Abang". Pantang dengar panggilan abang , terus senyum tu sampai ke telinga. Tak sudah-sudah sengih dia.

"Abang... nak ayam sekor."
"Bang... bagi lah diskaun...". Hmmm terus diskaun 70% !! Dapat free pun ada.

Nak-nak kalau pacek-pacek yang dah berumur tu.. Kalau kiteowang (gegurls) yang baya 20-an ni beli barang kat dorang, dorang bahasakan diri kiteowang ni adik tau. Nampak tak? Hahah.
"Adik punya pasal.. diskaun sikit lah!" , padahal tak mintak pun. Hoho.

Nak tanya sikit lah kan. Terutamanya lelaki lah kan, apa perasaan kalau orang luar (perempuan) panggil korang dengan panggilan Abang? Happy sangat kah? Hhehe. Kaum hawa yang nak kasi komen pun boleh jugak. Heheh.
Kalau korang layan citer P.Ramlee , Keluarga 69. Watak A.R Tompel nak masuk minang anak dara. Bila anak dara tu panggil dia 'abang' , yabeda bedu dia bukan main lagi sampai terbalik kerusi pengsan! Hahaha.

"Dia panggil aku abang!" , terus pengsan sebab suka sangat.

Contoh drama melayu yang ada scene macam tu ; Keluarga 69 , Nora Elena

BONUS : SWEET!!!


*hati-hati dengan panggilan 'Bro' , means anda berada dalam kawasan FRIENDZONE semata-mata. Heheh*

Tak pasti lah bangsa lain macam mana. Kalau yang omputeh tu aku tak rasa dorang suka dipanggil 'brother' kan? Hahaha.

Credit : google.com
Okay bye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

CPUV RHB Travel #1

Assalamualaikum w.b.t

Hoyeahhh. Harini bukak nuffnang.com , tengok-tengok , CPUV baru dari RHB pun muncul. Alhamdulillah , CPUV yang pertama untuk tahun 2015 ni. Hehehe. Thanks.

 

Okay , jangan lupa yer u ols klik-klik untuk kita. Terima kasih. Ni mesti RHB nak kasi hadiah jelajah satu dunia dengan dorang. Haa ape lagi , pergi tengok cepat conditions dia apa. Hehe.

 Okay bye.

 


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Sunday, January 4, 2015

Cerita ujian JPJ - Part 1


http://my.shareddis.com/p/9kQ0m

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni aku nak cerita perjalanan / proses pengambilan ujian JPJ aku last 31 Dec 2014 haritu. Huwaaa.. hujung tahun baru aku dapat ambil ujian dengan JPJ erk.... page 365 of 365.. hek alaaa.. nak jugaakkk..

Seawal jam 7:30 pagi lagi aku dah bergerak dari rumah bersarapankan popia ketam cheese , satu. Dan aku bungkus lagi 7 masuk dalam plastik hahah , ujian mesti lama... dan aku mesti lapar.. makanan kat kantin pulak mahal. Memang tak la aku nak habiskan duit aku kat situ. Sanggup berlapar. Sedap takpe la jugak.... hoho.

http://my.shareddis.com/p/9kQ0m

Sampai je kat kelas ujian memandu tu aku terus mendaftarkan diri. As usual, aku lah orang pertama yang mendaftarkan diri. Tapi, angka giliran aku no.13.. semalamnya aku dah tengok nama aku dalam list. Asalnya aku sedih sikit sebab nombor aku belakang-belakang tauu... Rupanya ada hikmah seh. Apakah?? Baca bawah lagi.. heheh.

Hampir jam 9 pagi barulah orang JPJ tu @ penguji tu dah panggil untuk isi borang. Lepas dah isi borang tu , ready untuk buat RPK ( Rutin Pemeriksaan kenderaan ) di hadapan semua orang yang ambil test. Huh, aku tak kesah sangat lah... tapi si penguji tu siap marah-marah bagai. Erhh geram pulak aku tengok. Strict sangat. Lek ahh. Budak tu baca skrip je pun kat depan , kalau lakonan kayu pun bukan salah dia. Dah memang tak pandai berlakon... eh?

Masa nak tunggu JPJ tu datang bagai , aku baca ayat kursi banyak-banyak kali. Takpun aku baca komik Detective Conan. Yeahh.. bosan lah tunggu lelama... kita baca lah komik. Hoho.

http://my.shareddis.com/p/9kQ0m 
Aku memang peminat Conan , tapi tak lah fanatik gitu.

RPK

Turn aku. Bila nombor aku dipanggil oleh penguji JPJ A.. aku pun ke depan buat RPK. Nak laju punya fasal ( sebab budak sebelum ni buat terhegeh-hegeh sampai kena bebel ) , kononnya aku nak buat cepat lah sampai aku terlupa nak check perkakasan keselamatan dalam bumper belakang. Adoi. Masa kat ruang enjin *di ejek-ejeknya aku... cis.. dah memang dalam buku tu tulis pemeriksaan ruang enjin.. aku nak cakap ape lagi?? Aku ni kengkadang budak buku gak... hua hua, tak buat ayat sendiri.*

Katanya.. “ Awak bersajak ke dik?
Ceit. Dah cikgu aku ajar macam tu. Fyi, ayat dia lagi panjang 4 kali ganda tau. Cikgu aku ajar siap penerangan , perbezaan dan fungsi lagi. Padahal JPJ tu nak tahu nama je. Kuang hajoo si JPJ tu..

Dah selesai tu aku tengok borang , ade tick kat bahagian “Gagal memeriksa peralatan keselamatan”. Ya!!! Aku terlupa bukak bumper belakang!!! Hahahahah

http://my.shareddis.com/p/9kQ0m
RSM & Litar.

Lepas RPK ( garang si penguji RPK pun , semua orang dia kasi lulus. Saje nak gempak budak. Ceit ) aku pun naik ke litar. On the way nak ke litar tu, terserempak dengan budak pompuan yang ambil JPJ gak , dia kata dia failed. Bila aku tanya kat mana dia failed, dia tak nak gitau. Eh, ingat ni soalan kuiz test ke tak boleh nak share story? Tak apelah. Aku tak ambil hati pun. Lantak dia lah nak bagitahu ke tak.

Masa jalan nak hantar borang tu , aku baca ayat kursi lagi. Lembutkanlah hati penguji JPJ yang lagi satu ni dan tenangkanlah diri aku supaya tak gabra, gemuruh bagai. Yelah, orang cakap , belajar ngan cikgu lain feel dia, bila JPJ duduk sebelah , perasaan tu dah lain.

Kat litar ni ade 5 bahagian yang kena lulus. Gagal satu... gagal kesemuanyaaaa.

i)                    Ujian naik & turun bukit
ii)                   Ujian side parking
iii)                 Ujian tiga penjuru / three pointer
iv)                 Ujian selekoh S
v)                  Ujian selekoh Z

Masa nak tunggu turn aku tu , ramai cakap dorang failed kat tiga penjuru. Dan, aku pun perasan jugak,  lepas tiga penjuru ramai yang dah kena suruh balik. Adeh. Aku pelik ah , bahagian tiga penjuru tu la paling senang.. macam mana boleh failed. Percentage untuk lulus mestilah 80% dan ke atas.

Sekali penguji JPJ B jerit... “Kau dah masuk kotak mana boleh undur lagi dah dik oi. Terus keluar lah.”
Oh itu point dia.’- bisik aku dalam hati.

Kecut ah ramai failed kat situ. Tapi nervous kena kawal. Baca ayat kursi lagi.

http://my.shareddis.com/p/9kQ0m

Turn aku. Dimulakan dengan........... Bismillah... ye betul tu.. hahaha.
Lepas dah buat RSM ( Rutin Sebelum Memandu ) semua , aku pun mula bergerak untuk naik bukit. 

1.Done. Selepas bukit aku pun bergerak ke side parking. 
2.Alhamdulillah... cun jugak. Then aku bergerak ke tiga penjuru... dup dap dup dup... masuk.. undur... terus keluar... jangan berhenti.. 
3.Alhamdulillah , JPJ tu tak cakap pape. Bergerak ke selekoh S.. 
4.Okay jugak.. Last sekali.. selekoh Z... ni memang kena hati-hati ( semalam punya latihan memang sipi-sipi nak langgar benteng , lambat buat pusingan stereng ) , so kali ni aku cepat kan pusingan stereng.. dan... 5.Alhamdulillah..aku lulus bahagian litar. Terima kasih encik JPJ.

Dah hantar borang kat bawah tu , si penguji JPJ A tanya aku lulus ke tak. Aku assume aku lulus je sebab 5-5 ujian tu aku dapat buat. Hehe. JPJ A tu cakap , termasuk aku, baru dua orang lulus bahagian litar.. dari nombor1-13 laa.. aku rasa total untuk haritu 22 orang kot. Lulus 94%. Yeay!

Lepas tu tunggu untuk ujian jalan raya pulak.

bersambung... Part 2 SINI
Pics credit to google & tumblr.



Follow IG @dropshipmina untuk Pandora cantik-cantik lagi murahhhhh!!

Okay bye. 


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.