HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Tuesday, February 24, 2015

Mad Clown - Starship X Profile

Mad Clown Profile

http://my.shareddis.com/p/9Awbw

Real Name : Jo Dongrim
Stage name : Mad Clown
Date of birth : March 28th , 1985
Twitter : @real_mad_clown
Instagram : anythinggoes85
Agency : Starship Entertainment

http://my.shareddis.com/p/9Awbw 

Go watch all the MV's of Mad Clown HERE
 Bonus : Mad Clown , Junggigo & Jooyoung on Weekly Idol (Mad Clown is so funny!)

Credit : 1

See also... SISTAR Profile
See also... Monsta X Profile
See also... Junggigo Profile
See also... Jooyoung Profile


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Sunday, February 22, 2015

Bila hidup dikelilingi dengan orang pandai dan kuat berusaha

http://my.shareddis.com/p/9Awbw

Assalamualaikum w.b.t

Wow! Panjang tajuknya.. kan??
Aku ni dari dulu sedar diri yang diri ini takdelah pandai mana. Nak pandai , belajar dan usaha sendiri. Cari peluang macam mana nak pandaikan diri.

Salah satu tips untuk orang macam kita yang suam-suam kuku ni ( dalam pelajaran ) , bergaul lah dengan orang-orang yang pandai. Sedangkan nak jadi orang baik-baik pun kita kena bergaul dengan orang yang baik-baik kan? Apetah lagi nak jadi pandai..

Your environment makes you , who you want to be.

Aku bukanlah lahir ke dunia ini terus genius bagai , so.. nak majukan diri supaya berjaya dalam pelajaran.. Salah satunya , bergaul dengan orang atau kawan-kawan yang pandai. Aku memang suka kawan dengan orang pandai ni , 'harapnya dorang suka lah kawan dengan aku yang tak berapa nak bengap nih' hehe. Pergaulan itu penting , bagi aku laaa..

So, pandai-pandai lah korang semua cari kawan eh. Tapi, aku tak menolak jugak yang jenis suka belajar sendiri ni. Ikut orang tu lah nak macam mana kan , ikut keselesaan diri sendiri.

http://my.shareddis.com/p/9Awbw

Alhamdulillah , aku serumah dengan kawan-kawan yang memang top dari segi pencapaian akademik dan usaha dorang tu memang tip top. Walaupun ada yang tak seberapa , tapi bila aku tengok effort dorang yang bersungguh-sungguh tu , aku rasa tercabar. Terima kasih korang , atas psikologi yang korang mainkan kat rumah kita , aku pun terikut sama. Heheh.

Entry ini nak melahirkan rasa terima kasih je. Kawan-kawan aku tu baca ke? Harapnya tidakk laaa...
Okay bye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Friday, February 20, 2015

4 Sebab Kenapa Sambut Valentine adalah HARAM

Assalamualaikum w.b.t

http://www.tarbiahsentap.com/2015/02/4-sebab-kenapa-sambut-valentine-day.html 

Sila klik gambar untuk ke laman tersebut.Ye, aku harap korang dapat meluangkan masa untuk membaca entry tersebut. 

Lagi , sekali sekala luangkan masa dekat laman Tarbiah Sentap ni okay jugak. Banyak isu atau tajuk menarik yang dikupas oleh penulis menarik perhatian untuk dibaca.

Elok blogwalking tadi , terjumpa site nih. Suka dengan gaya isu yang dikupas. Sharing is caring. 

Okay bye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Thursday, February 19, 2015

Proses pengambilan lesen kereta (P)




Assalamualaikum w.b.t

Hari ni aku nak share cerita bagaimana berlakunya proses pengambilan lesen kereta bagi lepasan SPM dan ke atas ini ATAU kat sesapa yang baru nak amek lesen lahhh. Aku nak terangkan benda yang simple-simple je.. harap tak pening lah ye.

Cara nak daftar lesen kereta
Pertama sekali , korang kena buat survey dulu harga untuk ambil lesen kereta berapakah harga dia. Kalau ada tiga buah sekolah memandu yang berkaitan , pandai-pandailah korang cari mana harga yang korang mampu bayar ye. Jika ada satu pilihan je , tak payah banyak soal... terus daftar je. Senang! Lain negeri , lain harganya... lain sekolah.. tak pastilah pulak harganya berapa. Please dont ask me that kind of question.

Lepas daftar tu , tanyalah kerani yang bertugas disitu mengenai proses pembayaran pendahuluan bagai or whatsoever lah benda yang korang nak tahu.

Kelas 6 jam
Kurang or lebih dari seminggu korang akan dimaklumkan mengenai kelas 6 jam ni. Ceramah yang harus korang dengar la. Orang-orang cakap , selalunya kelas cenggini bosan sebab nak kena tadah telinga selama 6 jam. Tapi bagi aku , aku dengar aje dari awal sampai habis. Orang yang bagi ceramah ni bukan saja-saja nak membebel kat depan tu. Ada jugak ilmu penting yang dorang nak sampaikan.

Sebelum or selepas ceramah 6 jam ni ( lupa ah ) , anda akan ambil ujian untuk test sama ada korang semua ni rabun warna or tak. Total soalan 23 , salah SATU je, terus anda tak layak untuk ambil ujian berkomputer. Kalau dah rabun warna tu, mengakulah awal-awal ye. Jangan susahkan orang. Eh!

Ujian berkomputer
Macam yang aku cakap.. lain sekolah memandu.. lain cara pengurusannya. Untuk ujian berkomputer kat sekolah aku dulu, ianya diadakan hari Rabu, Khamis dan Jumaat ( rasanyalahhh... ). Aku ambil ujian hari Rabu. Total soalan semuanya 50 soalan , markah lulus ialah 42.

Masa aku nak ambil ujian haritu , kena bayar RM10 sebab nanti dorang akan tangkap gambar korang nak simpan dalam sistem (agaknyaa lahh.. )

Bagi aku , kalau tak baca buku langsung ( just jawab soalan ikut general knowledge or logic thinking je ) , possibility untuk “pass” tu mustahil lahh. Sebab, ada banyak soalan yang korang boleh konpius and tak tahu nak jawab. So, saranan aku , baca lah buku and target lulus untuk dapat 50. Inshaa Allah , memang korang akan pass lahh. Hehe.

Lesen L
Lebih kurang dalam masa seminggu korang akan dapat Lesen L... yeayyyy... Lesen L ni kiranya korang dah boleh belajar bawak kereta dengan pengawasan jurulatih berdaftar.

10 jam masa belajar memandu
Masa yang diberi untuk korang belajar memandu sebelum diuji oleh pihak JPJ ialah 10 jam. Takdelah 10 jam tu harus dihabiskan dalam masa satu hari. Sikit demi sikit laa.. Bergantung pada availability jadual jurulatih/cikgu korang. Nak tahu lebih lanjut , masa ni boleh tanya kerani ataupun jurulatih korang.

Pra-test
Bagi aku , cukup je 8 jam masa belajar memandu korang , seeloknya ambil lah ujian pra-test. Ujian pra-test ni korang akan diuji oleh salah seorang jurulatih lain kat sekolah memandu tu. Dia akan uji korang sama ada, korang ni layak atau tak untuk diuji oleh pihak JPJ. Do your best okayy.

Sebelum masuk ujian JPJ , Lesen L anda mestilah melepasi tempoh matang SEBULAN.

Lepas lulus ujian pra-test , baki lagi dua jam tu seeloknya buat sehari sebelum tarikh korang nak jalani ujian dari pihak JPJ , nak elak.. lupa ingat lupa ingat or nervous waktu ujian nanti. Hehehe.

Ujian JPJ.
Hari yang dinanti-nanti telah pun tiba , ekeke. Waktu macam ni , korang digalakkan baca ayat kursi banyak-banyak mintak supaya hati penguji yang uji korang nanti dilembutkan dan korang pun tak nervous bila penguji duduk sebelah korang nanti.

Yang penting, korang jangan nervous 100%... 5% okay lah kot. Tapi jangan biar sikap nervous tu cuba menguasai diri korang. Ikut peraturan , baca balik peraturan-peraturan yang boleh membuatkan markah anda ditolak. Dan elakkan perkara-perkara yang boleh membuatkan markah anda ditolak.

Semoga berjaya.
Okay bye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Wednesday, February 18, 2015

CPUV #8 Maggi Kari - Curry Festival

Assalamualaikum w.b.t

 

Yeayyy. CPUV yang ke lapan untuk tahun ni. Alhamdulillah.. Melekat lah lama sikit lagi yer.
Jangan lupa klik-klik bila nampak iklan Physiogel , Nike Running Tights dengan Maggi Kari yer.

Terima kasih , okay bye.




Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Tuesday, February 17, 2015

Long way to go



Assalamualaikum w.b.t

Sabtu baru-baru ni , aku dah plan dengan sorang kawan aku ni , "Kita balik sama-sama lah."

Sebab dua tiga hari selepasnya , masing-masing ade test speaking Muet di tempat masing-masing. Okay kita lupakan hal tu. Kita masuk cerita macam mana dua orang budak ni boleh kenal dan apa diaorang buat sepanjang hari tu.

Masing-masing kenal dekat Lendu , kami classmates. Aku Tun Hamzah , dia duduk Tun Ali. Aku kawan je dengan semua orang , tapi masa awal perkenalan tu aku rapat dengan yang sorang ni. Selalu pergi and balik dari kelas sama-sama lah citer dia. Classmates yang rapat lah masa tu. Sampai orang cakap , kami kembar walaupun saiznya ternyata berbeza. Cuma suratan dan kebetulan , kami selalu pakai baju , warna dan coraknya sama.


Rasanya memang macam tu la , bila kita dah kenal lama dengan orang tu , rapat dengan orang tu , tanpa kita rancang , kita mesti akan pakai baju atau warna baju yang sama. Sweet kan?

So, bila dah naik part 2 kami rapat biasa-biasa je , sebab aku dah ada classmates lain yang jadi roommates aku. Jadinya aku memang lebih rapat dengan roommates a.k.a classmates lah kan. Dipendekkan cerita , Sabtu lepas kami balik sama-sama... naik tren (KTM) , ETS... bas.. all the time tu kami boraakkkkk je. Hahahah.


Memang tak diam lah sepanjang perjalanan tu , nampak sangat dah lama tak borak panjang and tak lepak sama. Kahkahhh. Dalam KTM borak ajee ( no gadget whatsoever ) , tak ade awkward moment bagai. Boleh je hidup tanpa mengadap gadget.

Dalam train... senyap.. kami je yang keep on borak..
Dalam ETS... ade je yang borak-borak.. tapi kami terus borak dan borak..
Dalam bas... sunyi... we keep on share our storiesssss...!!! Hahaha

Aku share story , dia share story. Deep relationship. Ni baru namanya lepak. Bukannya bila kita ajak dorang lepak , ajak makan.. masing-masing hadap gadget. Media sosial bagai. Tak salah sekali sekala kita luangkan masa dengan kawan, borak lah ape nak borak sekalipun. Terima kasih kawan. Appreciate that.

Okay bye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Thursday, February 12, 2015

Cantiknya bangunan Kellie's Castle

Assalamualaikum w.b.t

 

Were there last saturdayyy. Menunaikan hasrat salah seorang roommate aku yang kepingin sangat nak pergi Kellie's Castle nih. Aku yang Perakian pun watlek watpis.. hehehe

Parking : RM2
Adult (citizen) : RM5
Tutup : 6 petang

Untuk warga umur yang lain aku tak sempat nak tengok lahh sebab masa kiteowang datang , hujan dah merintik untuk membasahi bumi. Gambar yang kat atas tu pun sebenarnya hujan dah nak lebat , tapi nak gambar cantik punya fasal , CAMPAK PAYUNG JAUH-JAUH. Hahahahahha!!!!

 

 

Cantik kan scenery dia? Ambik lah gambar dari mana-mana angle pun.. tetapppp cantekk!

#wincaption

Actually , banyak gambar lagi sebenarnya... Tak kuase lah i ols nak masukkan semua , macam lah korang nak tengok sangat kan. Hahaha. Paling penat bila nak melayan member yang memang jenis kaki gambar ni. Nak tunggu dia punya selfie , nak tolong tangkapkan gambar untuk dia lagi... itu tak kena.. ini tak kena.. memang penatttt. Hahahahah.

Aku senang je , kalau dah 2-3 kali snap , gambar nampak tak lawa.. dah ler , kita stop. Tahu dah diri ni tak fotogenit nak posing sana sini bagai.. kuang kuang kuang.

Okay bye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Sunday, February 8, 2015

My January Playlist #2015

Assalamualaikum w.b.t

Lambat pulak nak post pasal ni. Sorry yer u olss.



Mad Clown ft Jinsil - Fire.

 

Faktor aku nak dengar lagu ni sebab Mad Clown ah citer dia. Pulak masa tu EXID’s Hani tengah naik nama dia.. so aku pun layan la MV dia. Memang best lagu dia. Suara Jinsil memang unik habis , tak caya korang boleh try dengar lagu Fire dia nih. Music video pun syok gilaa , maksud aku Hani memang lawa dalam video tersebut..ahhahah. Mad Clown pun buat style rambut yang pelbagai. Handsome jugaklaahh.

Suara Jinsil ( seorang penyanyi wanita ) , memang unik habis. Rasa addict nak dengar suara Jinsil tu lagi dan lagi.. The best part bila Jinsil nyanyi.. "Lalalala..lalalala..." , bayangkan lah even la la la pun sedap. Hahah.

Berdasarkan lirik lagu dia , aku rasa si lelaki ni cuba melepaskan diri dari si perempuan , tapi si perempuan tak boleh nak lepaskan si lelaki , bukan sebab cinta dan bukan juga sebab benci. In between lah gituu.


Link : Music Video feat Hani (EXID) ǀ Live performance with Jinsil ǀ  Lyrics


Mojo & Caliph Busker - Romancinta.

 
Minat lagu ni lepas tengok AJL29 haritu. Hahah. Actually , niat aku memang tak nak tengok pun AJL29 ni.. tapi end up tengok jugak.. heheh. Tak tahu nak buat ape dah malam tu.. So, kami serumah tengok jugak lah AJL29 nih.

Masing-masing menjadi juri tak bertauliah.. Hakhak. Tiba je persembahan dari Mojo , kiteowang pun relax-relax je lah layan tv. Mula-mula nampak bayang-bayang abang sado (vokalis). Lepas bayang hitam berlalu, lampu mula memancarkan cahaya nya ke arah vokalis/penyanyi.. perghhhh.... Perasaan tersentuh tu datang tak pergi pergi.. hehehe. Semua pot pet pot pet , apa yang Edry cuba buat nih. Hoho. Habis je persembahan dorang , aku terus cakap , “Konfem menang persembahan terbaik nih!”.

Yela kan.. semua yang ambil tahu pasal Mojo ni konfem tahu yang Aweera dah tarik diri dari group Mojo kan.. Pengganti yang kiteowang tengok kat Melodi rasanya macam orang lain. Tiba-tiba , malam AJL tu muncul pulak orang lain. Sedap tau Caliph Busker nih nyanyi. Awwww..

Besoknya.. pergi kelas.. semua nyanyi lagu Romancinta & Apa Khabar tu. Hahaha. Basuh pinggan pun nyanyi lagu Romancinta. Hahaah.

Okay bye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

CPUV #6 & #7

Assalamualaikum w.b.t

Heyyo gegurls and boboys. Nah! CPUV baru lagiiii.. Yeayyyy. Alhamdulillah

 

Thank you mr.nuffnang sebab sudi lekatkan CPUV Physiogel & Nike kat blog kitaaaa.
Im a happy kid!!
Nantikan entry-entry baru kita yer u olsss.

Okay bye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.