HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Sunday, May 31, 2015

Reader's request : Macam mana aku buat kawan di Universiti


Assalamualaikum w.b.t

Hampir tersenyum kecil ( hampir okay.. belum senyum kecil lagi ) , bila dapat request dari blogger Mazni yang bertanyakan...


HA.HA.HA.

Secara fizikal dan mental nya aku bukanlah jenis yang suka approach orang dahulu. Kenapa? Since aku dari sekolah rendah lagi , aku selalu bertukar-tukar sekolah , pulak aku ni bukan jenis ringan mulut nak memulakan perbualan. Aku malu. Hahaha. Geleng kepala.

Kenal dengan roommate.
So, masa aku kat Lendu dulu , orang pertama yang aku kenal adalah roommate aku , Erra. Dia yang tanya nama aku dulu... see?? Bukan aku yang approach dia? Hahaha. So, untuk seminggu tu memang aku dengan dia je lah. Alhamdulillah , aku dapat roommate yang selalu ada kat bilik , baik , hormat privasi , sometimes kami boleh kongsi cerita sama-sama , bertukar cerita dari pengalaman yang sama.. dan macam-macam lagi. Tapi sometimes , aku rasa dia ni annoying... annoying dalam diam , tanpa dia sedar. Hahaha. Eh girl , i miss you lah.

Kenal dengan jiran.
Lepas habis MDS , minggu seterusnya dah boleh start kuliah. Walaupun kami ( roommate ) dari kos yang sama , tapi kelas tak sama. Masa tu , pengurusan kolej tempatkan 5 bilik yang berjiran adalah dari kos yang sama. So, masa tu aku just perlu cari antara jiran-jiran tu , sapa yang satu kelas dengan aku. Ye , aku segan nak approach orang , tapi nak tak nak.. aku kena cari kawan jugak sebab aku tak tahu langsung kelas untuk first course aku kat mana. Satu satu aku ketuk bilik , tapi takde orang. Rupanya owner 3 bilik tersebut tengah berkumpul kat satu bilik ni buat makan-makan , sembang-sembang.. Aku dengan roommate je tak join dorang.. hahaha. Tak tahu kenapa.

Ye la, sepanjang MDS aku tak pernah langsung nampak muka jiran kiri kanan dengan dua bilik depan. Seriously , minggu MDS waktu tu memang busy. Subuh dah keluar , tengah malam baru balik , takde masa nak lepak sebab penat sangat.

Dahulunya kami ni strangers

Kenal dengan classmates.
Okay , lepas aku approach bilik sebelah , dengan muka senyum kambing aku pun bertanya , "Korang dah tahu kelas? Sape kat sini kelas B?"

Ada sorang awek comel angkat tangan.

"Besok pergi kelas sesama eh. Kita tak tahu kelas kat mana. Nama awak sape?"
"Mira." , balas awek comel tu.

Untuk seminggu , pergi mana-mana je aku dengan macek ni lahh. Macek Mira , heheh. Terima kasih tak terhingga sebab awak sweet sangat.

Dalam kelas
Most of the time , dalam kelas aku ni jenis tak banyak cakap sangat lah.. mula-mula je.. Tapi bila dah lama kenal , aku banyak cakap jugak ( dengan kawan pompuan especially ) . Aku memang berat mulut nak bercakap dengan classmate lelaki.. yang rajin bercakap dengan aku pun sebab dorang approach dulu , means mulakan topik perbualan dulu. Aku memang tak campur sangat dengan dorang , haha.

Selalunya , lepas kelas tamat , aku terus melulu menuju ke bilik. Masa part 1 dulu memang aku adalah antara orang yang pertama keluar dari kelas , sebabnya? Aku nak tidur. Hahaha. Puncanya roommate aku la , selalu lepas dia balik kelas.. mesti dia tidur. So, aku pun terikut sama. Hehe. Aku memang tak sosial @ jenis keluar sangat dari bilik. Aku memang jenis suka duduk bilik je.


Tips ??
Kalau lalu lalang kat level , berselisih dengan muka yang agak familiar dengan kita , rajinkan bagi senyuman. Senyum itu sedekah... Nak berkawan dengan orang baru ni jangan sombong sangat tau , bila orang tanya kita satu soalan , kita tanya la balik dua soalan. Barulah nampak diri tu peramah sikit kan. 

Tak faham sesuatu , rajinkan bertanya. Jangan diam je.

Aku rasa , style orang sekarang ni bukannya macam , "Hai , nama saya Munah, nama awak?" , no no no. Guna cara lain , 
"Baru balik kelas ke?" , 
"Kos apa?" , 
"Duduk kolej mana?" , 
"Muka macam familiar lah" - ayat tackle, hoho. Well , lebih kurang macam tu lah. Hahah.

Okay , inilah cerita aku masa kat Lendu dulu. Agak nerd jugak lah.. hahah.

Okay bye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Saturday, May 30, 2015

Hello Kitty foods

Assalamualaikum w.b.t

Credit to buzzfeed.com




Comel sangat. Sayang pulak nak makan. Hahaha



Comel kan?? Hehe.

Okay bye



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Thursday, May 28, 2015

Today's Knowledge : Event Boundary


Klik sini jom : doraemon , nobita , shizuka

Assalamualaikum w.b.t

Orait , kita nak share info dari instagram @atokdean . Bukan share sesaje , aku share sebab aku pernah mengalami situasi yang dipanggil 'Event Boundary' . Tak tau lah korang pernah hadapi situasi macam ni atau tak..

Event Boundary ini adalah satu situasi dimana bermula dari titik A , kita nak menuju ke titik B untuk buat sesuatu perkara , tapi sampai kat titik B je , terus lupa apa perkara yang kita nak buat tu. Situasi macam ni selalu berlaku dekat aku masa kat rumah.


Tak faham lagi ?

Aku guna gaya penceritaan pulak.

Contohnya , masa kau duduk dalam bilik , kau nak ambil surat khabar dekat depan rumah. Jadi , kau pun keluar dari bilik kau lalu berjalan menuju ke depan rumah , tapi sampai depan rumah tiba-tiba kau tak ingat apa benda yang kau nak ambil tu , tak pun kau pelik , "Kenapa aku keluar dari bilik?"

Okay , itu la namanya Event Boundary.

Gabriel Radvansky adalah seorang saintis yang telah menghabiskan hampir 20 tahun untuk mengkaji masalah ini. Dengan mengambil contoh, bergerak dari dapur ke bilik, otak akan mengesan dan mencipta memori tentang maklumat yang ada di dapur dan kemudiannya memberi tumpuan kepada bilik yang bakal dituju. Menurut kajiannya pintu boleh menyebabkan minda manusia memisahkan episod aktiviti seseorang. Dalam kata mudah , pintu itu menjadi pemisah dimensi yang membuatkan seseorang terlupa. Itulah Event Boundary.


Menarik tak pengetahuan ni?

Kalau situasi di atas terjadi kat aku , selalunya aku akan berpatah balik dari titik asal. Contoh kalau aku dari bilik nak ambil surat khabar , sampai kat depan aku terlupa nak buat apa. Then, aku akan patah balik ke bilik aku. Konfem aku akan ingat semula. Hehe.

Korang punya kisah pulak macam mana?

Okay bye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Wednesday, May 27, 2015

Mewarna itu hobi yang sudah lama ku tinggalkan

Assalamualaikum w.b.t

Dulu , aku memang suka sangat mewarna. Lagi suka mewarna daripada melukis , aku tak pandai sangat bab melukis ni , sebab imaginasi aku tak berapa nak tinggi sangat. Mewarna? Skill aku biasa-biasa je , level budak sekolah rendah. Serius!! Kalau buat pertandingan dengan budak sekolah rendah , konfem aku boleh menang!! Hahaha.

Seriously , aku jarang join pertandingan mewarna ni sebab mak bapak tak bape nak support sangat , so bakat tu sia-sia begitu sahaja , cesss poyo! Alaaa..masa tadika dulu aku join yang menari-nari , lagu Hati Kama ( Siti Nurhaliza & Noraniza Idris ). Parents aku support yang tu. Haha

Baru-baru ni aku spend time dengan buku mewarna adik aku. See? Level budak sekolah ke level tadika? hoho

Kisah masa aku darjah 3.
Aku memang suka mewarna , sebab dunia atas lukisan tu penuh dengan warna yang cantik. Masa aku darjah 3 , aku ada sorang kawan yang pandai mewarna gak , since then aku mesti nak lawan dia. Heheh. Kami bestfriend , so tak salah kan nak bersaing sesama kawan dengan cara yang sihat? Masa ujian pendidikan seni , aku dapat A , then cikgu seni bawak aku dengan kengkawan lain join pertandingan mewarna kat Mega Mall Kuantan. Tak menang pun. Not to be racist , tapi aku acknowledge bakat rakan sebaya berbangsa cina , dorang memang terbaik dalam bab mewarna.

Dalam hati , nampak je dorang... dah tahu dah siapa yang akan menang. Hoho.

Memang aku jealous dengan orang yang pandai melukis ni. Kreatif sangat. Hehe

Kisah masa aku darjah 6.
Masa darjah 6 pulak , ada mall berdekatan kawasan rumah anjur pertandingan mewarna jugak. Aku ni pandai guna stabilo je. Tengok kiri kanan , takde chinese ( setahu aku kawasan navy Lumut memang takde chinese , setahu pemikiran budak-budak la... ) . "Yes , boleh menang ni!!" , kata aku dalam hati.

Tak lama tu datang tiga empat orang budak cina dengan parents dorang. Okay... probability untuk menang itu tipis. Most of them , akan guna pensil warna Jumbo tau , aku tak suka sebab besar sangat pensil warna nya. Dan.... aku hanya menang saguhati Top 10 je. Top 3 semua dapat kat budak cina. Huhu. Takpe , takde rezeki walaupun kecewa sikit.

Aku ada file tempat simpan koleksi lukisan dan lukisan yang aku pernah warna. Mana ntah aku letak file tu. Hehe

Kisah masa aku Form 1.
Kali ni bukan pertandingan , ni cerita masa ujian pendidikan seni. Dalam sekolah tu , sekolah menengah campur , ada indian, chinese & malays. Ada classmate aku sorang tu , perempuan chinese , dia buat lukisan air terjun. Guna water color pulak tu. Perghhhhh , memang cantik gilaaaaaa. Rasa nak bagi 500 markah!!! Cantik sangat.

Nenek aku chinese , pandai lukis gak. Aku rasa aku mewarisi bakat mengira dan seni sikit dari Atuk aku.. acewahhhhhh. Aku panggil nenek aku , Atuk , masa kecik-kecik Atuk layan jugak aku melukis mewarna bagai ni. Hehe. Ingat lagi masa zaman crayon Buncho hitam tu tengah femes. Aku pujuk mak aku , mintak duit nak belikan crayon. Tapi mak tak bagi , then Tok Wan yang nampak cucu dia tak dapat apa yang di request , Tok Wan hulurkan 3 keping duit syiling emas RM1. Terus aku pergi beli crayon. Hahaha.

Adik aku yang bongsu tu banyak join pertandingan mewarna , tak malu untuk aku cakap kat sini , aku adalah antara faktor yang membantu dia menang pertandingan mewarna. Haha. Aku tak tolong adik aku mewarna kat kertas dia , aku just bantu dari jauh je , "Adik, guna kaler hijau tu. Adik guna warna merah pekat.". Hamper besar harus dikongsikan bersama. Ekekeeke.

Itu semua kenangan. Sandarkan pada kenangan.

Okay bye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Tuesday, May 26, 2015

CPUV #34 Maxis One

Assalamualaikum w.b.t


Yeayyyy. CPUV baru dari Maxis OnePlus. Hoho. Sape dapat jugak??? Alhamdulillah. Bertapak lah lama sikit hendaknya. Heheh

Okay bye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Monday, May 25, 2015

Pemandangan Cantik Tasik Cermin , Simpang Pulai Ipoh

Assalamualaikum w.b.t

Banyak lagi tempat-tempat menarik kat Malaysia ni belum aku kunjungi. Tak sangka aku, zaman sekarang ni masih ada lagi tempat rekreasi , sungai , air terjun , pantai yang masih suci. Hopefully , bila korang datang kat tempat-tempat alam semula jadi macam ni. Tolong lah jangan buang sampah merata-rata , yang penting , jangan buat sampah la cerita dia. Jaga kebersihan muka bumi , dunia pinjaman untuk kita ni.

Cekidaut pemandangan Tasik Cermin yang ohsemm ni.





Sumber : twitter , hasil retweet dari twitter @peghokpekat

Okay bye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Falling In Love with The Triplets

Credit

Assalamualaikum w.b.t

Tak tahu nak ungkapkan perasaan nih macam mana. Tapi aku memang dah terpikat dengan kecomelan Daehan , Minguk & Manse. Act, aku tak layan pun The Return of Superman ni. Yelah kan, buat apa nak tengok muka budak-budak , bukannya best pun. Baik aku layan kshows yang ada idol feveret aku , dapat tengok muka hensem. Hoho.

Before nih , Paen selalu tunjuk video atau cerita kat aku tentang kecomelan Daehan , Minguk & Manse. Aku? "Ha... mmmm... ha... comel la tu." , tu la reaction aku. Bhahahaha.

Tapi , masa aku bukak allkpop baru-baru ni , aku nampak artikel The Triplets , sorang tu dress up macam Mermaid. Serius comel gilaaa. Disebabkan artikel tu , aku terus bukak youtube and try cari video dorang dress up macam Mermaid. Tapi , video lain yang aku layan. Dan , dari satu video tu terus aku bukak video lain dan yang lain. Kecomelan yang tak dapat dibendung. The triplets, too cute to handle. Comel sangat sangat.


I'm in love.

Daehan , Minguk & Manse ni kembar tiga. Daehan sulung manakala Manse yang bongsu. Dorang bertiga ni mempunyai character yang berbeza-beza. Daehan ni lebih responsible. Minguk ni jenis yang cepat belajar akan sesuatu dan Manse ni jenis yang free spirit , cheeky. Aarghhhh , sangat comel lah dorang nih. Gerammm je.

Tengok lah video dorang tu eh , taip je 'the triplets' atau 'the triplets return of superman'. Antara mereka bertiga , yang hensem aku rasa Daehan. Wahahahaa. Yang bagus Minguk , yang gila-gila Manse. Hehehe

Okay bye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Sunday, May 24, 2015

Buah macang dan sambal tumis


Klik klik jom Strawberry , Blueberry & Raspberry

Assalamualaikum w.b.t

Beberapa hari yang lepas abah ada bawak balik buah macang. Buah dia macam pelam/mangga tapi bau and rasa dia lain sikit. You ols boleh google nak tengok buah macang tu macam mana ye. I ols takde gambar.

Then , mak I jadikan buah macang tu gaul sekali dengan sambal belacan. On the next day, mak I ols campur sekali dengan sambal tumis. Oh myyy. Memang lidah and anak tekak tak boleh terima. Rasa dia lain sangat-sangat.

Dah la i ols dah cedok dua sudu besar kat atas nasi yang sikit. Bila sekali suap dalam mulut terus rasa spoil gilaaaa. Suruh adik pergi ambil sambal tumis lain ( yang belum bercampur dengan buah macang ).

Mak tanya , "Kenapa kak?"
Aku geleng kepala je tak nak cakap pape. Ye lah, mak dah penat-penat masak, tak kan aku nak komplen kan? Sometimes tu boleh la , cuma waktu tu aku takde mood nak cakap cakap cakap cakap. Bhahahaa.

Makan macam biasa , tapi sambal buah macang tu tetap ku telankan jua. Lepas makan tengah hari tu , aku cakap dengan adik aku dalam bilik , "Kakcik , akak tak boleh terima lah sambal tadi. Terus spoil tak nak makan."Adik aku angguk perlahan serba salah , hoho.

Malamnya , sambal macang tu ada lagi. Bawak jugak sambal lain ke tempat makan , then abah tanya , "Kak apa beza sambal ni dengan sambal ni?". Soal bapak aku menunjukkan sambal dalam pinggan kaca dan sambal dalam bekas plastik.

Aku tak jawab pun. Mak aku jawabkan.

Sambil tunjukkan ke arah sambal dalam pinggan kaca"Yang ni sambal ada buah macang , dorang tak nak makan. Kan?" , mak pandang aku. Kantoi.

"Haha." , aku gelak sambil angguk kepala. "Tak boleh terima lah mak , rasa spoil gila tengah hari tadi. Terus rasa tak nak makan siang tadi." , akhirnya aku berterus terang.

"Dah agak dahh. Mak tau la." , balas mak.

Yelah , mostly anak dia yang bertiga ni serbu sambal tumis biasa je. Kekeke. Kesian sambal buah macang tu. Korang pernah makan tak? Suka??? Even buah macang tu pun i ols tak makan , ni kan pulak campur dengan sambal. Hmmmm

Haha , okay bye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Friday, May 22, 2015

Scene ini bukan drama semata-mata

Assalamualaikum w.b.t

Kalau sesiapa yang masuk Universiti mengharapkan dapat jodoh dengan terlanggar bahu then kertas semua bersepah , lupakan ajelah sebab semua assignment dalam pendrive.

Pernah baca statement copypaste ini? Hehe. At first , aku pun rasa benda ni hanya wujud dalam drama semata-mata. Sesape yang pernah layan drama melayu hok zaman universiti kolej tu mesti akan terjumpa scene yang macam ni. Citer hindustan pun lebih kurang je. Hoho

Gelak sendiri.


Okay , aku nak cerita pengalaman yang betul punya. Korang ghase scene macam ni memang wujud kat dunia drama aje kan? Nah , cheq habaq mai. Aku dan rakan sekelas adalah saksi scene tersebut adalah real!! Hahaha.

Habis je kelas , kami diberitahu untuk berjumpa dengan koordinator. So, semua orang menuju ke tempat yang sama. Masa ni , masing-masing penuh buku di tangan. Buku memang tebal baq hang , dengan kertas itu ini lagi.

Suddenly , one of my friend tengah asyik berjalan and nak naik tangga kecil , habis semua buku dia terjatuh and bersepah. Jatuh , angkat then jatuh lagi. Masa tu aku dengan beberapa orang classmates yang lain ada kat belakang dia , konon lah nama dia Dewi Yusra. Pastu dengan tiba-tiba Raden Amzar datang dari belakang terus ambilkan buku yang jatuh tu and hulurkan buku tersebut kepada Dewi Yusra. Masa terhenti dua saat.

Can you imagine the scene?


Lebih kurang macam ni lah reaction aku bila nampak scene ni depan mata. HAHA

Aku : Eh , scene nih macam dalam drama lahh! Tak sangka aku , wujud jugak!!!
Other classmates : Aaah laa. Wow jodoh!!
Aku : Dah nak habis semester , dapat jugak aku tengok scene yang macam tak mungkin ni. HAHA

Walaupun tak sebijik , tapi lebih kurang lah story line dia kan? Hehe. Sampai sekarang aku dan classmates lain tak boleh nak move on dengan scene ni. Yang menjadi saksi sahaja yang sentiasa teringat-ingat. Miaaahahahahah. Kelakar okay.


Memang betul sekarang ni banyak assignment dalam pendrive je , tapi ada sesetengah assignment tu you kena submit by hard copy , not by a soft copy.

I wish I could snap the moment. Tapi.. tak pegang phone waktu tu. Hehe
Okay itu aje ceritanya.
Bye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Thursday, May 21, 2015

Gambar Putera dan Puteri Raja Nazrin

Assalamualaikum w.b.t

Jom cuci mata lihat gambar putera dan puteri Raja Nazrin dan Tuanku Zara Salim yang tampan dan comel ni. Okay , aku sangat-sangat suka tengok muka YM Raja Azlan Muzaffar dan YM Raja Nazirah Safyah yang comel tu.










Comel kan YM Raja Nazirah Safyah nih? Suka tengok.

Sumber : google.com/image , cardova , ada gambar yang ada watermark (tapi aku tak jelas dengan apa yang dia tulis ), twitter hasil retweet , ada jugak amik dari fesbuk , lupa nak save link , yang pastinya semua ini bukan gambar milik aku , aku nak share je gambar putera dan puteri negeri Perak ni. Aku kan warga Perak , hehhe.

Aku : Kakcik tengok ni , comel kan?
Kakcik : Aaah
Aku : Macam princess
Kakcik : Memang princess pun!
Hahaha

Okay bye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Monumen Alaf Baru , Skyrides Festivals Park Presint 2 Putrajaya

Assalamualaikum w.b.t

Tarikan baru untuk menjejakkan kaki ke Putrajaya.

Tadi masa scrolling TL fesbuk. Tengok page Siakap Keli kongsi gambar-gambar ni. Wowwww. Lepas ni tempat ni akan menjadi tempat tumpuan rakyat Malaysia lahh cerita dia. Terutamanya lelaki , mungkin ada yang nak cabar tahap mental dan fizikal diri sendiri. Well , aktiviti macam ni lebih kepada fizikal kan. Syoknya kalau kita dapat try sama!! Tapi , tempat nya open , segan pulak..hehe

"Calling all adrenaline junkies and fitness enthusiasts, get ready for an all new exciting and unique obstacle challenge that pushes the limits and capabilities of its participants. The Skywarrior Rainforest Challenge in Putrajaya’s Skyrides Festivals Park is bound to give you a thrilling experience with its various rainforest-themed obstacles."

Total ada 8 jenis halangan. Takde hadiah pun kalau menang or kalah, just for fun!


Kinabalu Ferrata - Mimicking a cliff ledge that you must shimmy across, this obstacle comprises three metal bars that participants must hang onto and move across from one bar to the next.




Danum Valley - Imitating a skateboard stunt ramp, participants have to gain momentum and speed at one end until they are confident enough to run up to the taller side of the curved ramp to leap and catch onto a short rope which they must then use to pull themselves up 15 ft up to the peak.



Kinabatangan Swing - Participants are to swing from one rope to the next like monkeys in a jungle to make it to the other end.


Marudi Crossing - This is a long and scary single rotating boulder that begins at one end and finishes at the other. Participants are to balance their way to the other side without rotating the boulder too much and plunging to their failure.

Macam Ninja Warrior shows Jepun tu kan? Heheh


Langkawi Walk - A long and flat platform that sways from left to right with the slightest weight.


Chelik Falls - Participants are to jump from one platform to the next in a continuous set of dashes. Participants who fail or slip will plunge into the abyss.


Cameron Web - This section requires participants to swing on a single rope and grab onto a net.

Setakat ni , seorang wanita telah berjaya tamatkan challenge ni dalam masa 1 minit 24 saat sahaja. WOW!! Congrats Cik Radhiah!!

Ulu Sepat Leap - Three spinning boulders of fear await the participant crossing the Ulu Sepat Leap.

Tadaaaaa.... endingg dia.

Address : Skyrides Festivals Park Putrajaya , Jalan P2m , Presint 2 , Putrajaya
Waktu operasi : 10 pagi - 10 malam
Entry : RM10 / with unlimited tries till you reach the top...or till you give up and go home

Credit SINI jugak

Best kannn? Teringin nak pergi , teringin nak tengok. Moh ler kita ke Putrajaya.

Okay bye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Wednesday, May 20, 2015

Monsta X - Trespass Lyrics English Translation

Monsta X
Trespass


Chorus :
Can you call this a crime
Knock knock I'm coming
You must be surprised
Entering wildly
Enter madly , Trespass

Can you dislike this
Knock knock I'm coming
This must be a breath-taking moment for you
Entering wildly
Enter madly , Trespass
Can you call this a crime

Shownu :
Because you were wandering so much , here I come ( e o e o )
Hey , please take out those petty guys ( e o e o )

Minhyuk :
Mess up here and there
I am wild from the beginning

Get up get up get up get up

Jooheon :
Can you ask me to stop this

Hyungwon :
Look carefully

Wonho:
How come I mess up all your mind

Kihyun :
From where to where
Should I touch up
I see everything surrounding you is messed up

I.M :
Take a good look from now on

*Chorus
Can you call this a crime
Knock knock I'm coming
You must be surprised
Entering wildly
Enter madly , Trespass

Can you dislike this 
Knock knock I'm coming
This must be a breath-taking moment for you
Entering wildly
Enter madly , Trespass
Can you call this a crime

Jooheon :
I'm different to those pretty boys
Excuse me , Excuse my charisma
I will rudely enter your heart 
My love doesn't have manners
Excuse my charisma

Young and bad
Get used to it Jooheon
Monsta X boys on the way man
I will crush into your heart
Guard yourself
Get out the way
So just be touched

Hyungwon :
Look carefully
Let the rumors spread far away
Let them insult me freely

Kihyun :
The tag of my name
Put your name on it
This is how I begin

I.M :
Take a good look from now on

*chorus*

Shownu :
Beginning for you who are lost
Just watch me , just trust me

Kihyun :
This is a meaningless mess
So would you let me finish?

I.M :
It's the time for you to stop wandering
All the guys around you are nothing
I don't need a key to open your heart
I will just break the door
Push or pull , chemistry , why dragging like that huh?
Enter your heart and mess it up with me
Let's see what I've been done here
Can anyone meet your satisfaction but me
So tell me now 
Who's hot and who's not

Thank you.
Credit : 1thek sub


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Tuesday, May 19, 2015

Cara mereka


Assalamualaikum w.b.t

Nak cakap aku peminat korean drama , boleh tahan jugak lah. Tapi tengok cerita jugak lah. Moral value? Ada. Jalan cerita pun berbagai selain mengenengahkan cerita cinta , ada juga benda lain yang dorang nak highlight dalam sesuatu cerita mereka. Contohnya? Cara pembedahan , kajian sains yang memang betul-betul dorang buat research tau.

Sesuatu drama sesebuah negara tu kadang-kadang melambangkan rakyat dia kan? Contoh mudah , drama sinetron dari seberang. Kadangkala tu kita nih menyampah tengok watak yang dimainkan dorang kan?

"Ade ke watak macam ni?"
"Asal kalau dah heroin tu.. semuanya baik sangat?"
"Asal kalau heroin je sampai nambelas lelaki suka kat dia erk? pelik."
"Kalau yang jahat tu jahat sangat!"

Cerita kita pun macam tu jugak , tak payah nak tengok jauh sana. Hoho. Tapi, entry aku kali ini nak share pendapat aku tentang rakyat korea. Terutamanya remaja dari negara tersebut. Untuk pengetahuan, aku tak pernah menjejakkan kaki ke sana , tak pernah berkawan dengan mana-mana remaja korea disana, pendapat aku di sini hanyalah berdasarkan artikel yang aku baca dan drama @ filem yang aku tengok.

Entry kali ini berdasarkan drama korea yang aku selalu tengok contohnya , School 2013, The Inheritors , Who Are You : School 2015 , Death Bell & etc.


Budaya hormat menghormati antara yang muda dengan yang tua.

Sedia maklum , di sana budaya menghormati orang yang lebih tua dan berpengalaman dari kamu adalah sangat penting ataupun dititikberatkan. Bila kau bercakap dalam nada atau bahasa yang kurang sopan , terus dianggap kurang ajar. Well , ini memang ada baiknya.

Dari sudut yang sebaliknya , apa yang aku baca dan perhatikan serta tengok dalam mana-mana drama, budaya senior junior di zaman sekolah semakin tidak terkawal. Mostly, senior dorang akan menyalahgunakan title 'senior' mereka itu untuk membuli pelajar yang lebih muda dari mereka. Mereka akan membuli, bersikap kurang ajar kepada mana-mana pelajar yang dorang tak suka.

Ada tengok berita pasal senior pukul junior dia sebab tak hormat senior dia kat tv baru-baru ni?

Keluarga berpengaruh

Jadi pelajar yang cantik, handsome, pandai, berbakat besar, hodoh tapi kalau kau punya parents takde 'kuasa' atau kau bukan dari kalangan keluarga bangsawan , kau akan dipandang rendah. Terutamanya dari pelajar yang parents dia kaya raya serta berpengaruh.

Takde pengaruh , orang takkan pandang tinggi pada kau. It's very hard to living in Korea. 'How I wish i could go there so bad , travel.'

Aku ada baca comments dari satu artikel tu ( artikel yang sudah di-translate ) , bila korang nak interview kerja , interviewer akan tanya , mak bapak korang kerja apa. Sebab apa? Kalau korang berasal dari keluarga yang berpengaruh , kau ada peluang yang tinggi untuk di ambil bekerja, sebab dorang nak create business network. Tahu tak apa tu cabel? Cabel ni menggunakan perkhidmatan orang dalam , baca SINI. Contoh nak kerja kat Syarikat A , asalkan kau kenal orang dalam syarikat tu, peluang kau tinggi untuk diserap dalam organisasi syarikat tersebut. Rakyat kita pun sama je.

Bukan aku yang takut , tapi bayangkan lah. Ramai yang commit suicide sebab tekanan dunia luar yang selalu dorang terima. Caci maki bagai. Dorang pun manusia biasa.

Harsh comments @ Bad impression.

Ye , aku kengkadang suka jugak scroll mana-mana website yang selalu update kisah selebriti kegemaran aku. Ada satu web tu , selalunya akan randomly post about knetizen comments kemudian translate kan dalam english dan dia akan share kat post dia tu.

Contoh. Gambar si polan naik berat badan.
"Eee gemuk, hodoh pulak tu."
"Sebelum ni dia banggakan sangat badan dia yang cantik tu , tapi tengok lah sekarang ni."

Gambar si polan yang cantik di-upload.
"Hidung dia ni dah mancung. Mesti buat surgeri , she's very ugly back then."

Dan bermacam-macam lagi komen yang tak masuk dek akal , aku tak ingat sangat. Bagi aku, semua ini cyberbully + keyboard warrior. Hanya berani melemparkan komen diatas papan keyboard sahaja. Korang tolonglah jangan cuba contohi sikap cyberbully + keyboard warrior nih. Nak tegur tu boleh , tapi cuba amalkan langkah-langkah atau adab yang baik untuk menegur seseorang. Okay? Aku waktu tak matang dulu selalu lempiaskan ketidakpuasan hati aku pada blog. Haha. Itu dulu.

Membuli rakan sekelas.

Dunia sekarang ni sangatlah menakutkan. Bila tengok berita kat tv pasal pelajar sekolah kena buli , memang sedih dan simpati. Teringat kat adik-adik, sedara mara yang masih bersekolah. Alhamdulillah diri ini tak pernah terlibat dalam aktiviti buli membuli dibuli di sekolah. Macam mana pulak dengan generasi yang akan datang? Anak cucu kita?

Berbalik kepada cerita drama Korea yang aku selalu tengok ni. Dalam kelas sekolah menengah tinggi tu akan ada budak yang nerd, bodoh sombong kaya, baik , pandai, rajin study, selalu make up jaga muka dan most of them SELFISH.Ya, mereka sangat-sangat pentingkan diri sendiri , majoritinya laa.

Bila salah seorang kawan dalam kelas kena buli , buli bukan setakat kena sapu sampah, tapi 10 kali ganda lebih teruk dari tu okay. Dan, takde sape-sape pun akan tolong kawan yang sorang tu. Semuanya sibuk dengan hal masing-masing , tak nak masuk campur urusan orang tu kononnya. Sebab kalau kau masuk campur , kau pulak akan jadi mangsa yang seterusnya. Hmmm.

Tak dinafikan , ramai pelajar dorang akan commit suicide sebab hidup mereka penuh dengan tekanan. Tekanan dari orang luar yang selalu judge dorang , pentingkan diri sendiri, dan rasa diri mereka tu terlampau bagus. Dan, mostly pihak sekolah akan tutup kes sebab tak nak nama baik sekolah tercemar.

Pendapat aku , hidup di sana memang pedih. Kau nak hidup bahagia, muka kena cantik , duit kena ada, pengaruh keluarga itu penting. Hidup yang perlu memenuhi ex-pehpeh-tation orang lain. Haha. Ingat , kita manusia semua tidak sempurna.


Tapi , semua ni apa yang aku nampak sikap dalam kalangan pelajar sekolah aje lah. Mungkin beberapa peratus sahaja. Tak semua okay , cuma yang sedikit tu lah telah mencalarkan nama baik pihak lain yang tak bersalah. Well , ada banyak lagi cerita pasal budak sekolah yang lebih kurang macam ni. Boleh google sendiri okay.

Apa pulak pendapat korang yang suka tengok kdrama nih?
"Walaubagaimanapun , ia tak menghilang impian aku untuk melihat kecantikan negara Korea itu satu hari nanti. Hehe."

Tak semua setuju dengan pendapat kita.
Sorry. Okay bye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.