HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Friday, January 15, 2016

DIY : Make Borax Crystal Flower

Assalamualaikum w.b.t


Sedang aku scrolling buzzfeed.com , jumpa satu DIY nihh. Waaaaa, nak try sangat-sangat. Fully credit from pinkstripeysocks , simple habis cara pembuatannya.

Bahan-bahan.

Air
Bunga kertas/plastik a.k.a fake flowers
Pensil
Tali
Tape
Sudu
Bekas
Borax *bahan penting untuk buat crystal flowers nih.

Cara-cara.

1. Buang segala dedaun yang ada pada batang bunga.

2. Ikat batang bunga pada batang pensil menggunakan tali. Pastikan bila anda gantungkan bunga untuk diletakkan dalam bekas , bunga mestilah tidak bersentuhan dengan mana-mana objek (bunga lain @ bekas ) , supaya ianya tidak melekat , nanti hasilnya tak cantik. Macam bawah ni.


Pastikan ada jarak okay. Adjust panjang tali mengikut kesesuaian.

3. Panaskan air , kemudian letakkan beberapa sudu besar Borax ke dalam air panas tersebut. Larutkan Borax dalam air panas tu sepertimana korang larutkan gula nak buat air teh o tu. Hehehe.

4. Kemudian letakkan bunga yang korang dah ikat dengan batang pensil tadi dekat atas bekas berisi air panas + borax tadi untuk beberapa jam. Macam bawah ni.


Note :
-Tujuan tape kertas dilekatkan bersama dengan batang pensil tu sebab tak nak pensil tu bergerak-gerak.
-Kalau Borax tu tak larut sepenuhnya pun tak ape.

5. Selepas beberapa jam , kalau dah nampak bunga korang tu dah jadi crystal yang macam korang mahukan , korang boleh angkat , diri kan dia untuk proses pengeringan pulak.

Note :
Kalau ada bunga yang melekat pada bekas , gunakan air panas untuk remove-kan dia.


Nah!! Enjoy your crystal flowers!!! Cantikkan??
Thanks pinkstripeysocks & buzzfeed.com

Note : Mudah attract habuk
p/s: Mana nak cari Borax eh?


Okay bye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

13 comments:

Aqilah Azmi said...

Hahahah lawak2 je dia ni ish!
baru nak tanya mana nk cari Borax huhuhu.

Wah sumpah simple and lawa ish
lawaaaaa laa lps dia crystallized gitew haha

Sally Samsaiman said...

cantik...walaupun dia simple je tapi naik la seri sikit bunga plastik tuu

this ni3za said...

Wahhh..Menarik nih..huhu

Beeha Azman said...

Menarik gilerr. Tgok gambar first ingatkan boleh makan.. Hahahaha

BudakVanilla said...

senang je cara dia dan cantik je. boleh bagi hadiah kat orang nie. borax tu pebende ek? hahahhaa

Akim said...

Lawa siot.. bole wat modal part time nie

Mawar Assufi said...

Auchh! Lwa nyee crystal diaa.. camne nak bagi warna warni lak?

Azwar Syuhada said...

Simple but nice. Kita ni dah malas nak buat DIY. huarghh...

Nur Najah said...

amazing ! cantik betul. ^^

Liya Erf said...

ala cantik sgt. hehe

anamizu said...

hehe cantiknye ! tp tu la kena ada kesungguhan & minat barula jd kan hehe

najwa zahid said...

lawalah. boleh hias hantaran

Anonymous said...

Lawa gila 😍 tapi en serious la mana nk cari borax ahaha