HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Sunday, January 31, 2016

Kredit celcom asyik hilang

Assalamualaikum w.b.t


Okay , siapa yang tak pernah kena tolak kredit secara tiba-tiba? So lucky...or..you will be the next. Huahahahah. Okay , kesakitan pada hati kembali bila aku dapat mesej..

"[RM0:00] Your request could not be processed. Sorry for any incovenience caused. (32)"- from 36881.

Kononnya aku ada request porn pics bagai la, tak pun nombor ekor. Hmmmm

Okayyyy , sejak bila pulak aku ni cerdik akal nak request dekat nombor 5 angka nih? Come on , aku boleh dapat benda yang kau nak bagi tak nak bagi via internet pun boleh la!! Haritu , sebelum start final , aku dapat lagi mesej yang sama dari 5 angka nombor yang lain , dia tolak dalam rm4 jugak lah. Hangin ke tak hangin? Dah la aku penat-penat baru balik dari kelas , pastu sesenang hati dorang ni nak hack pastu tolak kredit aku. Yang paling sakit hatinya , kredit aku tengah expired pun still boleh tolak kredit aku? Hmmmm.

Petangnya aku pun call la celcom center 1111 tu , pastu suara dia f annoying macam nak tak nak layan aku , lagi la aku rasa sakit hati. Hahaha. Dia cakap , refer pada sistem dorang , aku ada buat request kat nombor sekian-sekian , sebab tu la berlakunya penolakan kredit. Aku cakap la yang aku tak de hantar pape message request pun kan , pastu operator tu cakap ,

"Dalam sistem kami , ada bukti yang pihak cik ada buat message request tersebut."

I hate you , i swear i did not okay

Perghh lagi lah aku rasa terbakar , sebabnya , if aku ada buat request , akan berlakunya penolakan kredit , takkan lah aku ni lembap sangat nak pergi call dorang and tanya kenapa kredit aku kena tolak kan? Faham tak situasi tu? Hmmmm. Dah tentu la aku tahu bila aku buat request , konfem lah kredit aku kena tolak , maksudnya tu memang aku yang buat.

The best part is , selalunya lepas call celcom center akan ada message dari pihak celcom soal pasal servis dorang kan? You know what.. aku memang komen habis-habis sampai aku puas..hahaha. Aku cakap la pehal tak improve sistem bagai. Aku ni guna celcom sebab nak support company melayu. Mmm pastu aku cakap la guna magic sim kan akan ada basic internet kan , tapi rupanya dorang limit dalam 100MB @ 500MB sahaja untuk sebulan? Kecewa gilaaaa. In english la tapi..kuikui

Pastu aku tanya la , pihak dorang ni tak boleh detect ke siapa punya kerja ni kan? Pastu dia jawab..

"Maaf cik , memang pihak kami tak boleh nak detect siapa atau company apa yang  hack sistem kami ni."

Oh yaaaaa? Okay aku konon memahami lah sebab , bukan senang nak trace benda-benda macam ni kan.. tapi... rujuk entry blogger Ouhstory ni , dia cerita pasal masalah ni pada tahun 2011. Sekarang ni dah 2016 , apa yang pihak dorang buat untuk improve-kan sistem dorang dalam masa 5 tahun nih? Did NOTHING?..... AT ALL?

"Okay la, so boleh tak pihak celcom ni block semua mesej-mesej macam ni dari nombor telefon saya?"

"Pihak kami tak boleh nak trace bla bla bla.. bila ada report sahaja kami akan block nombor tersebut."


See? Bayangkanlah kalau dalam masa setahun ada 10 jenis mesej macam ni tolak kredit aku dari nombor yang berlainan, sepuluh kali aku kena report dekat celcom center , dan masa tu dah berapa RM aku dah rugi? Kau tahu tak ekonomi sekarang ni macam mana? Well , aku pasti masalah ni bukannya berlaku since tahun 2011 , dah berzaman kan?

Banyak bebel pun tak guna , nah aku salin semula cara-cara nak block message dari nombor sekian-sekian kat bawah ni..  Kredit blogger 8vertising ;

33193     39339
32263     39611
39886     32626
33220     39611
37773     36881

Actually , mesti lah nombor-nombor yang lebih kurang macam kat atas ni. Haa , aku ingat lagi , operator tu cakap , mesej yang nombor dia bermula dengan angka 3 ni memang jenis dari kompeni yang curi-curi duit pengguna telco macam kita nih. So, berhati-hati lah u ols. Tak tahu lah kalau berkomplot dengan kompeni ni ke apa kan.. oppssss. Well , mungkin ada cara untuk refund balik duit kita kat KPDNKK , but it's okay lepas aku dah jumpa cara-cara nak block kat bawah ni.

So, cara-cara nak block mesej celcom @ company yang suka tolak kredit kita tanpa kita sedar atau tak nih.

Contoh aku dapat mesej dari 36881 , boleh send message STOP ALL hantar ke 36881.

Ataupun.. stop semua habes cerita!

STOP ALL dan hantar ke 11911

Ni dari commentators blogger tersebut , tak pasti lahh betul atau tak tapi try je lahh..

STOP MMS dan hantar ke 11911

Aku tak dapat pastikan adakah cara ni berkesan atau tak sebab aku pun baru try hari ni. Tengok aje lah nanti if dapat lagi mesej-mesej macam ni atau tak kan. Fyi , cara ni untuk celcom je kot. Untuk telco lain aku tak pasti.

Question : Ada suggestion pelan telco terbaik yang pernah anda/korang guna tak? Please share. Yang pentingnya , tak menganiaya pengguna...hihihi.

Maaf lah jika ada yang tak selesa dengan cara aku luahkan apa yang aku rasa untuk entry kali ni. Huahahaha. Okay sekian.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Thursday, January 28, 2016

Review : Magnum Pink vs White

Assalamualaikum w.b.t

Oh yeahh. Feveret Magnum ice cream muncul kembali. Gilaaa apa setiap kali perisa baru keluar , harus lah beli. So, aku dah rasa Magnum Pink dan Magnum White Almond.

Magnum white.

Disebabkan aku ni pencinta eksrem berperisa vanila dan susu ( selain hazelnut ) , so , ini adalah antara pilihan utama aku kalau bab nak beli eskrem. Disebabkan aku suka perisa ni , jadinya aku suka lah dengan Magnum White nih. Rasa dia lagi sedap dari Magnum Gold. Aku beli magnum white ni dalam dua minggu lepas , so tak bape nak details sangat aku boleh cerita kat sini. Huahaha (at first tak rasa nak buat review pun). By the way, memang aku suka lahh.

EDIT 8 FEB 16 : Yang plain ni tak pernah try lagi. I ols try yang white almond punya. Heheheh.

Magnum pink (pomegranate).

Selalunya eksrem perisa strawberry ni still lagi pilihan Top10 aku , kawan aku cakap , Magnum Pink lagi sedap dari Magnum White.. So, harini aku pun beli la yang pink punya. Design plastik eksrem magnum ni lawa-lawa kan? Hahah. Luar eksrem dia tu ada dua lapis tau , bahagian luar coklat pink , bahagian dalam coklat coklat ahh. So , dia ada dua lapis gituu. Mmmmm bagi aku so-so. Aku dua kali gigit je , pastu aku bagi adik aku suruh dia makan sampai habis. Kuikui.

EDIT : Ada commentators highlight-kan pasal rasa pomegranate tu (buah delima) , aku pun tak berapa nak hayati rasa dia sangat.. hehehe. Sorry


Lepas ni nak try white almond plak. "Eh sama je la rasa dengan white punya."
Eh , mana sama..... bila dah ada almond kan rasa dia laaagii sedap? Kau ape tahu. White dengan white almond lain hokayyyy.

Espresso aku tak minat ahh sebab aku tak suka kopi.
Sape suka eksrem magnum jugekk?? Komen sikit taste korang macam mana.

p/s : Aku bosan ahh tak tahu nak update ape.
Gambar credit google

pssstttt : Aku sorang aje ke rasa yang follower blog makin berkurang?? Lepas di-google punca nya , sesapa blogger yang guna emel lain selain gmail , dah tak boleh follow dahh , so dia automatik UNFOLLOW...Lolllll kok gitu sihhh???

Okay bye.

Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Monday, January 25, 2016

Wordless : Lawak #AJL30 [Twitter]

Assalamualaikum w.b.t

Sedang scroll timeline twitter semalam..

Noh Hujan a.k.a Noh Salleh

Hazama vs Kazama ( kawan Shin Chan )

Hazama vs Hazami ( winter sonata )

HAHAHAHHAHAHA
Macam macam kan. Hihihihi


Okay bye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Thursday, January 21, 2016

CPUV #Januari16

Assalamualaikum w.b.t


Dah lamaaa sangat tak update pasal CPUV. Alhamdulillah , last two week dah cash out. Boleh tampung duit yuran pengajian nanti , inshaaAllah. JPA dah mansuh woi , aku dengan kengkawan aku dah pasang niat nak mohon JPA tahun nih. Melepassss.... So, macam mana? #2kerja pun aku dah buat. But still.... (balik kepada topik asal)

Alhamdulillah , ini adalah CPUV yang melekat untuk bulan Januari nih. Tolong melekat lama sikit yee. Senang je nak bagi iklan ni melekat lama , maintain pageviews. Update lah selalu kann. Aku pun tak tahu nak update apa dah , asyik bawah tempurung je. Kalau sebelah rumah ni taman botanikal , hari-hari la aku pi joging. Update story pasal keindahan alam kannn. Hehehehe.

Jangan lupa klik-klik. Infom kat cbox , tapi i ols klik balik.
Give n take gitewww.
Okay bye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Sunday, January 17, 2016

Food Review : Restoran Selera Warisan D'Maria

Assalamualaikum w.b.t

Sebelum bermulanya final exam haritu , around 20 december lah kot , aku dengan family pergi MITC Melaka nak melantak shell out yang ramai sangat orang share kat twitter and facebook. Restoran Selera Warisan D'Maria namanya.

Alamat : 
Restoran Selera Warisan D'Maria
No 25 , Jalan KF4 , Kota Fesyen MITC , Ayer Keroh Melaka.

Satu baris dengan bangunan Bank Islam. Kota fesyen MITC takdelah besar mana , nanti pusing-pusing jumpa lah. Hahaha. Kecik aje kedainya , view dari tepi jalan. Tapi bila pergi depan kedai , banyak jugak lah meja yang disediakan kat depan kedai tu.

Suasana kedai memang simple aje , kawan aku suggest pergi petang sebab kalau pergi malam mungkin akan ramai orang , so nanti makanan lambat sampai. Bila pergi petang tu, rasa panas jugak sebab tempat makan tu berada kat tengah-tengah antara dua bangunan , no fresh air. Disediakan dua kipas besar berdiri untuk customer , but still... bolehlahh. Takde lah panas gilaaaaa.

Memandangkan ini adalah pengalaman pertama kami makan kat tempat-tempat macam ni , rasa lost jugak sebab tak tahu nak order macam mana. Ada jugak aku tanya kengkawan aku yang dah makan kat sini , katanya harga ikut kepala kot sebab haritu dorang pergi 4 orang , so satu kepala rm30. Dalam hati aku , "Ni lagi mahal dari Seoul Garden yang boleh makan macam macam". Aku fikir , mungkin rm30 ni, semua jenis seafood ade kot. Mula-mula pikir macam tu lah kan. Kita nak support , so kita pergi makan and try sendiri.


Tadaaaaa.....

Makan ala shell out ni , you ols makan tanpa pinggan , pastu lauknya terdiri daripada pelbagai seafood ( yang kedai makan tu provide ajelahh ). Bapak aku dah heran , adik-adik aku lagi lahh heran ( macam mana nak makan and order). No pening-pening ,so aku pun pergi tanya macek yang sedang sibuk balut meja dengan plastik plus selotep meja tu bagai , how to order lahh.

So, macam ni... satu set RM 30... bukan satu kepala ye. Satu set tu ade ketam, udang, sotong dan siput kupang ( some brocolli , bunga kobis , salad , limau nipis + sup ) dan kuah. Servis okay je, less than 5 minutes dorang dah start hidang makanan kat atas meja. Siap ada pencuci mulut , buah oren lagi tauuu.

Satu family 6 orang , kami order 4 set. Ni pun dah rasa macam banyak. Bagi aku , untuk dua orang , satu set pun cukup!! Serius!! Lain lahh kalau jenis yang kuat melantak cam we olsss. Hahahha


Ketam + Udang + Siput kupang
Yang tiga jenis seafood ni bagi aku okay je. Tetap rasa ketam, udang dan siput.

Sotong
Untuk sotong ade spoil sikit , masa aku makan sotong ade liat , and saiz nya besar-besar tau. So, kepada gigi yang tak kuat susah la nak kunyah sikit demi sikit. Disebabkan susah kunyah masa makan tu , aku terpaksa telan terus. Nak telan pun susah sebab saiz dia agak besauuu. Hahaha.

Sos
Bagi aku rasa sos yang di curahkan ke atas seafood kat atas ni biasa-biasa aje. Tapi, bagi kawan aku yang dah pernah makan kat sini , "Sedapppp gilaaaaaaaa." Tu dia punya komen lah , kita kan taste lain-lain. 

Sup
Disediakan jugak sup dalam mangkuk kecik , bagi aku sup dia sedapp. Tapi masa tu sup nya dah sejuk, kalau makan time sup panas konfem lagi power.

Air asam boi
Seriously aku tak suka rasa dia. Memang aku tak boleh telan ahh. So, aku minum mineral water je. Tak pasti la kalau ada air lain , tapi masa tu ade air asam boi jee.


Habesss jugekkkkkk......Alhamdulillah.
Overall :

Lokasi okay. Tak berapa nak strategik sebab agak tersorok , sebab tu perlunya online promotion. Kalau tak heboh kat fb or twitter , mesti ramai lagi yang tak tahu nihh. And , dah masuk Jalan Jalan Cari Makan ( da lama tak tengok JJCM nih ).

Menu untuk shell out ade 4 jenis je. Kalau ada kengkawan tak minat makan seafood , ade jugak nasi goreng yang pelbagai. Okay kot harga makanan dengan kuantiti makanan yang dihidangkan. Nak try boleh sangat. Presentation , cun. Servis , cun. Pekerja yang menjawab pertanyaan aku pun jawab soalan aku dengan baik , even dia macek okayyy. Lagi tua dari aku , tak kerekkk punnn.

Fyi , harga set tak termasuk harga nasi dan air tau. Harga dia lain-lain.
Rate : 3.5/5. Bagi aku and family yang bukan penggemar seafood. 
Yang tak syok-nya.. makan kena cover , as perempuan kenalah makan jaga tudung tak comot bagai kan , nak lipat pergelangan baju pun tak bolehh .. lecehh gilaaa. Nampak macam over plak kalau perempuan macam i olss ni makan macam jantan kann?? Hahaha. Aku bukan jenis kaki slamber dekat public. So, hmmmmm... cam tu ahh. Hahaha
...............................................................................................
Keyword : Makan ala shell out di Restoran Selera Warisan D'Maria
...............................................................................................

Sekian terima kasih.
Okay bye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Friday, January 15, 2016

DIY : Make Borax Crystal Flower

Assalamualaikum w.b.t


Sedang aku scrolling buzzfeed.com , jumpa satu DIY nihh. Waaaaa, nak try sangat-sangat. Fully credit from pinkstripeysocks , simple habis cara pembuatannya.

Bahan-bahan.

Air
Bunga kertas/plastik a.k.a fake flowers
Pensil
Tali
Tape
Sudu
Bekas
Borax *bahan penting untuk buat crystal flowers nih.

Cara-cara.

1. Buang segala dedaun yang ada pada batang bunga.

2. Ikat batang bunga pada batang pensil menggunakan tali. Pastikan bila anda gantungkan bunga untuk diletakkan dalam bekas , bunga mestilah tidak bersentuhan dengan mana-mana objek (bunga lain @ bekas ) , supaya ianya tidak melekat , nanti hasilnya tak cantik. Macam bawah ni.


Pastikan ada jarak okay. Adjust panjang tali mengikut kesesuaian.

3. Panaskan air , kemudian letakkan beberapa sudu besar Borax ke dalam air panas tersebut. Larutkan Borax dalam air panas tu sepertimana korang larutkan gula nak buat air teh o tu. Hehehe.

4. Kemudian letakkan bunga yang korang dah ikat dengan batang pensil tadi dekat atas bekas berisi air panas + borax tadi untuk beberapa jam. Macam bawah ni.


Note :
-Tujuan tape kertas dilekatkan bersama dengan batang pensil tu sebab tak nak pensil tu bergerak-gerak.
-Kalau Borax tu tak larut sepenuhnya pun tak ape.

5. Selepas beberapa jam , kalau dah nampak bunga korang tu dah jadi crystal yang macam korang mahukan , korang boleh angkat , diri kan dia untuk proses pengeringan pulak.

Note :
Kalau ada bunga yang melekat pada bekas , gunakan air panas untuk remove-kan dia.


Nah!! Enjoy your crystal flowers!!! Cantikkan??
Thanks pinkstripeysocks & buzzfeed.com

Note : Mudah attract habuk
p/s: Mana nak cari Borax eh?


Okay bye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Thursday, January 14, 2016

So Muslimah style !!

[Artikel Pengiklanan]

Assalamualaikum w.b.t

Kali ni , kita nak share testimoni dari semua pemakai tudung labuh EL SAJIDA yang kita pernah iklankan sebelum ni. Alhamdulillah, ramai yang berpuas hati dengan friendly-user Instant Shawl Ayra & Khayla ni. Haritu yang datang dekat booth KLYESFEST pun, owner dan pekerja ELSAJIDA tak menang tangan.Alhamdulillah, semua tudung keluaran ELSAJIDA diterima baik oleh penggemar tudung labuh, wide shawl labuh dan instant shawl labuh diluar sana. Sekali lagi, terima kasih kepada semua yang memberi sokongan.


INSTAGRAM : @minapandora
Do follow , kat situ ada banyak lagi testimoni pemakai tudung labuh ELSAJIDA tau , pemilik akaun @minapandora adalah agent sah ( trusted dropship agent ) bagi penjualan tudung jenama tersebut. So, u olss tak payah risau okayhhh. Harga semua sama dengan pembekal asal.


Apa yang best fasal INSTANT SHAWL AYRA:
Di datangkan dengan pelbagai warna-warna basic yang sangat menarik seperti Inspired Black , Mystic Green (POPULAR) , Passion Rose , Cloudy Pink (POPULAR) dan banyakkk lagi. Whatsapp terus admin @minapandora senang ceghita.

Apa yang best fasal INSTANT SHAWL KHAYLA: 
Di datangkan dengan dua warna luar dan dalam tudung. Harini pakai Daily Green , besok boleh pakai warna Deep Tiffany. Harga super affordable, dah lah satu harga je, tapi seolah-olah beli dua tudung. Material kain pun selesa habis!!! Premium moss crepe tau!!

Saiz pun pelbagai !! Ada saiz M, L & XL!!! Nak tahu semuanya lebih lanjut terus je whatsapp admin @minapandora 013 472 0115 .....!!!!

Pilihan blogger nineteencapri ,
WIDE SHAWL MARYAM !!

Kenapa? Sebab mostly wide shawl maryam ni didatangkan dengan warna ala-ala pastel dan corak bunga kecil, ribbon, polka dot sangat lah comel. Untuk pengetahuan semua, ELSAJIDA aje yang ada design macam ni , sebab wide shawl maryam ni adalah dorang punya own signature tau!

Dah tu, apa lagi? Cepat follow instagram @minapandora or whatsapp terus u ols nak warna apa sekian dan sekian. Jangan terlambat tau sebab PROMOTION ELSAJIDA dah tak lama je lagi.

Setiap pembelian 3-4 helai tudung ada diskaun 10%
5 helai dan ke atas 20% !!
Banyak kan? Setiap tudung ade less 20% gituwwww. Moh cepat!!!

p/s: Pesanan penaja : Kalau bukan harini , bila lagi? Sebarkan biar satu family sukaa dengan ELSAJIDA!!

KBye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.