HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Saturday, March 26, 2016

My Self : Rahsia Bulan Kelahiran Januari

Assalamualaikum w.b.t


Masa blogwalking beberapa hari yang lepas , terjumpa lah satu entry dari blogger Ani Shafika. Blogger tersebut share entry Rahsia bulan kelahiran kajian daripada Dato Fadhilah Kamsah. Kepada yang bukan Januari-ian @ Januarian @ lahir bulan Januari lahh , boleh rujuk entry blogger Ani Shafika tu ye.

Now , aku nak cerita pasal diri aku je. Yelah , bukan selalu aku share story pasal diri sendiri dekat blog kan? Lifeless lah sebab aku nih jenis duduk rumah je , memang jarang keluar rumah. Even duduk kolej pun aku lebih suka 24 jam dalam bilik..introvert gilaaa kan? Bosannya hidup. Dulu zaman sekolah boleh la selalu share story sebab classmates semua gilaaaa. Memang lah aku suka cerita sikap gilaa orang lain kat blog aku. Tapi , sekarang nih dah matang. 

Even classmate yang rapat pun suka baca blog aku. 
"Zati , zati...bila you nak update blog lagi? Update lah hari-hari..."
Ye. Kalau aku update blog hari-hari , ke laut lah waktu belajar aku. 

Salah satu faktor kenapa aku kurang suka berjalan mungkin sebab duit. Tapi  main main main factor nyaaa... aku malas nak bersiap. Aku malas nak gosok baju , aku malas nak gosok kain , aku malas nak gosok tudung , malas pakai bedak , malas nak spend time masa untuk bersiap lah pokoknya!! Aku selesa jadi simple ( eh padahal aku ni memang pemalas tahap gaban sebenarnya... ).


1. Bercita-cita tinggi dan orangnya serius
Well , siapa je yang tak pernah bercita-cita tinggi kan? Semua orang ada cita-cita , buat masa sekarang aku tak punya specific goals lagi. Aku ikut je flow yang ada dan try buat yang terbaik. Semoga semuanya dipermudahkan. Aaaaminnnn. Orang yang serius? Sometimes.

2. Suka mendidik dan dididik.
Buat masa ni aku memang kurang suka untuk mendidik @ mengajar sesiapa , mungkin sebab aku nih bukan jenis penyabar dan lagi satu...rasa tak cukup ilmu or tak layak lagi nak jadi contoh kepada orang lain.

3. Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
Not so me lahhh. Tapi kadang-kadang tu mungkin..paling obvious bila aku tengah tengok drama melayu..perghhh yang kayu tu aku hentam aje!! Hahaha.

4. Suka smart , kemas dan teratur. Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
Aku ada sikit sifat sensitif terhadap kebersihan. Tapi , kalau femly aku tahu nih , mesti rasa macam tak percaya je. Memang dorang takkan percaya lahh.

5. Perlu belajar kemahiran sosial , Pendiam kecuali dirangsang & agak pemalu.
Well. That's me. Dah biasa first impression orang level sombong and nampak pendiam. Tapi , bila dah kenal aku...hmmmm

6. Setia pada segala-galanya
I guess so. Memang aku dapat nampak yang ni memang jenis setia. Contohnya.. dah 4 tahun aku tak tukar fon. HAHAHAHAHHA.

7. Suka duduk rumah.
Home sweet home you know. Rumahku , syurgaku.

8. Cukup sayang pada kanak-kanak.
Memang cukup-cukup je lah. Aku bukan jenis yang pantang nampak budak. Kalau yang baik & jenis jual mahal tu aku suka lah. Especially sepupu-sepupu aku yang kecik-kecik tu. Kalau yang takde related dengan aku & annoying sukaa nangesssss...tak kot.

9. Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
Yang ni aku memang pelik , walhal aku ni sihat walafiat , Alhamdulillah. Tapi mostly setiap pagi , aku akan selsema. Selsema manja-manja je lahh.

10. Daya tumpuan yang sangat tinggi serta mudah mendisiplinkan diri sendiri.
Bukan. Kenapa aku tak macam ni?? Hmmmm.

Okay...yang kat bawah ni macam bukan aku...so marilah kita berhuhuhhhhuuhuuu....

11. Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya.
KAH!

12. Pandai mengambil hati orang lain.
Dari segi apa ya??

13. Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
WAHAHAHAHAH..

14. Sikap cemburu yang sangat tinggi.
Error 404

p/s: gambar ehsan google
Thank you. Okay bye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Tuesday, March 22, 2016

Food Review : Kapten Pisang X Tea Mania , Bukit Beruang

Assalamualaikum w.b.t

Cafe/Kedai : RGBTea Mania
Instagram : @teamania.mlk / @teamania.klebang
Alamat : Bukit Beruang , Melaka Gambar Peta / Gambar 2 )

UPDATE : 2 OKTOBER 2016
Saya dimaklumkan bahawa since Ramadhan 2016 yang lepas ( end of July ) , pisang goreng cheese sudah tidak beroperasi lagi di Tea Mania. Tetapi, dekat Melaka Central (MC) ade lagi.



Sabtu lepas my mom tengok TV1 tengah advertise cafe Tea Mania nih sebab pisang cheese @ kapten  pisang dia sangat menarik perhatian my mom. Plus , kedai ni area Melaka pulak , mak pun.. "Kak , jom pergi sini nak?"

Aku pun , "Okay, besok kita pergi."


Small and petite je kedai dia. Sampai sini around 12-1pm sebab gerak dari rumah dalam 11 lebeh. Panas bak hanggg. Cepat-cepat masuk dalam untuk order.

Untuk makan-makan , main beverages dia "Kapten Pisang" which is pisang cheese lahhh. Harga memang berpatutan okayyy.

Price for Kapten Pisang yang super deliciousss~~ :
6 pcs RM 5 *if i am not mistaken ( 1 flavour )
12 pcs RM 10 ( 3 flavour )

So , aku pun order Cheese , Caramel Cheese & Cinnamon Sugar

Perisa-perisa lain Strawberry , Chocholate cheese , Oreo cheese , Chocolate..and others? Alaaa..lupa laaa..heheh sorry. Tapi dalam 15 perisa yang berbeza kot. So, banyak pilihan lah kan?

Untuk air , aku order satu cawan , sebab cawan dia besar boleh share 5 orang.


Coffee + Vanilla = Coffelahhh. Hehe
Ada mineral water jugak atas meja.

So , sambil-sambil tunggu pisang cheese tu siap , adik-adik aku pun tanya lah Cinnamon sugar tu apa. Aku pun konpius dengan buah persimmon , bunyik dia kan lebih kurang sama. Kannn? Hahaha. So , aku pun ingat lah dia perisa buah tu. Adik laki aku dia main pilih je tanpa memikirkan apa itu 'cinnamon sugar'.

Dah lama pikir tu , adik aku yang bongsu tu pun cakap , "Ha! Kawan aku pernah cakap pasal letak cinnamon dekat muka. Kulit kayu manis!!!"

AHHHHHHH?? Tentu lah kiteowang pikir rasa dia tak sedap kan sebab nanti rasa rempah bagai. So, kami yang girls nih , "HAHAHAHAHA habes laa perisa kulit kayu manis."

Pastu adik laki aku muka dah macam......dia pun , "Alaaa..mesti sedap punya tu."

Tak lama tuh , Kapten Pisang pun sampaiii~

Tadaaaa...
Caramel cheese
Cheese
Cinnamon sugar~~ *sedapppp jugak cinnamon ni*

Sebelum bukak kotak lagi dah bau kulit kayu manis tu kuat gilaaa. Lepas tangkap gambar then kiteowang pun blahh , aku takeaway je sebab nak kejar masa pergi MPO and masa ni baru lepas pergi makan aiskrim Big Bowl Ice , Bukit Berendam. So , kiteowang pun makan dalam kereta je lah.

Food Review Rate : Kapten Pisang 10/10 !!! Seriously memang crunchy @ krispy pisang goreng dia!! Pastu , cheese or flavour atas pisang tu sangat banyak and tak kedekut tau.
Very recommended!!

Honestly , ni adalah pisang goreng cheese paling sedap yang aku pernah try.


Alamat : Bukit Beruang , Melaka Gambar Peta / Gambar 2 )

Sorry sebab alamat nya tak specific or details. Aku pun guna google map je. Tapi dia berdekatan dengan berhadapan dengan SK Bukit Beruang antara tempat-tempat lain yang berdekatan ialah Aeon Jusco (lama) / Putra Heights / Sekolah Menengah Agama Sultan Muhammad. Selepas urusan kat kafe Tea Mania ni , tembus MiTC around 10-15 minutes macam tu laaa.

Selamat menjamu selera.
Okay bye , Thank you.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Monday, March 21, 2016

Website Review : Hidup.my

Assalamualaikum w.b.t

Website : Hidup.my
# Mencari rumah atau bilik sewa dan rakan serumah
# Find a room and your ideal housemates


Berikut adalah details mengenai website Hidup.my @ laman web untuk pengguna mencari rumah sewa

1) Tujuan laman web ini ditubuhkan adalah untuk membantu lebih ramai pengguna diluar sana untuk mencari bilik untuk disewa khususnya di Lembah Klang dan sekitarnya. Trend sedia ada untuk mencari bilik sewa adalah kebanyakkannya di laman sosial seperti Facebook atau pun di Mudah.my. Namun begitu kedua-duanya bukanlah laman web khusus untuk pencarian bilik sewa. 

2) Benar, memang ada laman web untuk pencarian bilik sewa dan yang paling mendapat sambutan selama ini. Kami merasakan bahawa banyak improvasi yang boleh dilakukan. 
  • Map Function 
  • Price range
  • Find a housemate - Contact users

Ciri yang paling istimewa website kami adalah ; Find a housemate. Boleh rujuk di pautan ini: http://hidup.my/search-people/

Di sini pengguna boleh mencari housemate atau pun bilik sewa/rumah sewa boleh mencari potential tenant dan juga sebaliknya. Di sini ada dua option 

  • People looking for a room
  • People looking for a tenant

Jadi ini boleh membantu mereka diluar sana yang mungkin selalu mencari housemate untuk penuhkan bilik/rumah sewa mereka dan bukan itu sahaja, ianya berguna untuk kedua-dua, penyewa dan tuan rumah.

3) Mengapa Hidup.my - Mengapa tidak? Jika ianya adalah suatu improvasi dari sebuah laman web yang sering digunakan ramai dan ianya percuma. Untuk tambahan lagi, kami tahu bahawa majoriti pengguna di Malaysia adalah pengguna mobile. Kami telah pastikan bahawa ianya mobile-friendly tanapa pengguna perlu muat turun sebarang aplikasi. Kami tidak menolak kebarangkalian untuk membuat aplikasi tetapi ianya lebih mudah jika pengguna tidak perlu download sebarang aplikasi sekirannya ia pada awal sudah pun mobile-friendly

4) Secara jujurnya, kami tidak ada golongan/kumpulan fokus kerana melibatkan semua - penyewa dan Tuan rumah. Ini bermaksud jurang umur yang berbeza-beza. Namun begitu, boleh kami katakan bahawa kami memang hendak bantu mereka yang di golongan pertengahan dan kebawah atau pun "middle income" dan "low income" group khususnya Pelajar dan Eksekutif muda yang baru memulakan pekerjaan di kota raya. 

*gambar hiasan*

Oleh kerana itu Price Range maksimum RM2,000 dan itu pun sudah sangat mahal bagi sebuah bilik. Dengan harapan, lebih mudah orang mencari bilik sewa kerana kami tahu bahawa 2016 dan seterusnya akan menjadi lebih sukar bagi golongan ini jika tidak dapat menguruskan kewangan dengan baik - dan menyewa bilik adalah salah satu cara untuk mengurus kewangan dengan baik. Tapi betul juga kalau nak kata lain orang lain rasa, ada juga pengguna yang sewa mahal-mahal. Terpulang pada poket masing-masing lah kan?

p/s : Baru sahaja dilancarkan pada Oktober tahun lepas. Tiada iklan di Televisyen, kata orang, we try to spread the good thing by word of mouth. 

So , tunggu apa lagi? Tak payah pening-pening , dah boleh hidup tenang dengan Hidup.my .. Jom terjah!! Register sekarang!!

Thank you. Okay bye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Saturday, March 19, 2016

New York Postcard from Blogger Doodles of Life

Assalamualaikum w.b.t


Yeay. Poskad ni sudah diterima sejak dua minggu lepas...lamaaa kan baru nak update? Nampak je Kak Farah update nak bagi poskad , terus sent emel. Hehehe. Thanks Kak Farah for the NY Postcard. 

Aku terima poskad ni masa aku dah nak gerak balik kolej ( 2 weeks ago ) , so sekarang ni balik rumah baru lah dapat update story. Sorryyyyyy.


"Assalamualaikum Izzati !
Greetings from New York City. Hope this postcard will find its way to you. Good luck for your degree. It will be hard but insya Allah , it will be worth it. Do your best and make your parents and yourself proud."

Thank you Kak Farah for your wish & good luck jugak ye.

Okay bye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Monday, March 14, 2016

Cara nak dapatkan Baucer RM100 dari Zalora



Assalamualaikum w.b.t

As promise , entry lepas aku ada cakap nak share entry macam mana nak dapatkan baucar RM100 dari pihak Zalora. Senang je , korang hantar emel kat staff Zalora and inform dorang yang..

"Saya berminat untuk berkolaborasi dengan pihak Zalora. Blog saya http://nineteencapri.blogspot.com. "

ke --->  nurul.aini@my.zalora.com

Simple je kan? Then , tunggu lah respons dari staff Zalora. Macam aku , staff Zalora yang approach aku , dia post komen kat entry aku.


Aku nih memang tidak mudah percaya dengan emel-emel yang boleh membuatkan duit aku lesap bila klik link tak tentu fasal. After doing some research and staff Zalora pun dah cakap 'ini bukan spam' , aku pun hantar la emel kat dia. Pantas tau dia reply emel kita. Tapi , kalau dia lambat reply tu maknanya mestilah dorang busy kan?

Cara nak collaborate nih , pihak mereka akan suruh kita post satu entry contohnya tips fesyen muslimah while travelling , tips penggayaan trendy shawl atau macam aku , diminta untuk post entry berkaitan menjaga kebersihan kulit. Best kan jadi blogger?



Pihak mereka ada provide guide article untuk kita create entry. So, memang tak payah pening-pening la nak fikir or cari idea nak buat macam mana kan. Macam aku , 100% entry yang dorang bagi in english. Disebabkan most readers aku ni Malays , so aku request lah boleh tak buat dalam bahasa Melayu ( sebab dia cakap boleh buat entry ikut style sendiri ) , then staff tu reply suruh buat mix malays and english. 

But!! As bloggers yang penuh dengan idea , apply lah skills anda tu dengan create entry yang sesuai dengan penggayaan penulisan blog anda , baru lah rasa puas tu timbul. Kita kan nak share info or something yang berguna buat readers kita kan? So..happy sharing and blogging.

Boleh je nak post entry 100% english , tapi.. "Tetiba pulak post entry in english..buat tebiat?"...well..mentality melayu..HAHAHA.

Happy shopping with Zalora.
Okay that's all. Thank you.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Wednesday, March 9, 2016

Review | First Time Online Shopping di Zalora


Assalamualaikum w.b.t

Akhirnya , dapat jugak online shopping dekat website Zalora. Yeayyyy , peluang yang jarang muncul harus lah kita rembat kan? Alhamdulillah , one of the staff pihak Zalora approach aku ajak buat collaboration ( ramai bloggers yang pernah dapat peluang macam ni kan? ) bersama pihak Zalora. Kepada yang nak tahu macam mana nak dapatkan baucar ni , aku akan share story dekat upcoming entry okay?

Lepas dapat je baucar dari pihak Zalora , aku pun order barang hari Khamis , petang Jumaat parcel dah sampai!!! Serius servis Zalora memang tip top!!! Dia hantar sendiri sampai depan rumah tau , pihak Zalora tidak menggunakan perkhidmatan penghantaran pos laju.


Belek punya belek.. Satu tab demi satu tab aku bukak. Akhirnya aku pilih trendy jacket JaXon nihh. Waaaaaaaaa... Yang atas ni kaler biru kan , aku pilih warna hitam which is masa tu tinggal 1 piece je. Aku memang suka beli benda yang selalu tinggal satu je dalam stok kan? Heheh. Nasib saiz jacket yang tinggal ni sesuai dengan saiz aku.

Actually , dah lama aku nak ada varsity jacket sendiri. Varsity jacket kan dulu mahal nak dekat RM100. Then, aku slow slow lah simpan impian aku untuk memiliki varsity jacket tu , since part 2 diploma rasanya. Aku pulak jenis yang takkan beli baju over RM80 nih semata-mata untuk penuhi kehendak sendiri. Tapi tak sangka kan , peluang untuk dapatkan jacket kesukaan aku secara percuma telah pun tiba. Tak sia-sia jadi blogger yang penuh dedikasi , hadiah untuk diri sendiri. Miahahaha.

Bab membeli baju nih aku memang cerewet , nak nak yang jenis mahal mahal nih. Aku akan fikirkan macam-macam faktor , harga , kualiti , kalau aku beli..berapa kerap aku akan pakai baju ni. Membazir lah beli baju memahal , tapi pakai sekali dua je ( hmmmmm, ada la 2-3 helai baju dalam almari aku tu baru pakai sekali dua ). Tu yang menyesal tak sudah tu. Hehehe


Aku beli jacket ni menggunakan Baucar RM100 pemberian pihak Zalora. Masa aku beli , harga jacket ni around RM70-80 ( harga asal RM90-100 , seingat aku la ). Lepas dapat parcel , aku nak screen cap balik jacket yang aku beli untuk update kat blog from website , harga da jadi RM48 !!!

Guna baucar kan.. tarak hal lahhh.

Honestly , banyak gila jacket yang stylo milo yang design superbbb gempak memang rambang mata. Dah la design cun habes , harga pun murahh and sangat affordable tau. Tak menyesal lahh. First time impression memang aku kasi 5 bintang lah dekat Zalora nih. Kenapa tak beli varsity? Masa survey , kat website harga varsity around RM50 , rasa rugi lah guna baucar RM100 , tapi beli baju harga RM50...kan?

Okay , so collaboration aku dengan pihak Zalora adalah , publish kan article ni Tips Skincare Untuk Kulit Berjerawat. Then , lepas selesai tu , dapat lah baucar RM100 dari pihak Zalora dan telah pun selamat bertukar menjadi jacket pilihan aku. Simple je design dia kan? Hehehe.

Satu lagi kelebihan yang korang akan dapat if korang register account dekat Zalora , especially untuk first timer , pihak Zalora akan bagi RM25 off untuk pembelian pertama anda bersama mereka. Best gilaa kan??? So , tunggu apa lagi? Jom serbu!!

Okay bye , thank you.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Saturday, March 5, 2016

My Self | 5 Things I Hate & Like The Most


Assalamualaikum w.b.t

Hai hai. Kita dah start semester baru minggu lepas. Rancang tadi nak update fasal dunia semester baru , tapi da satu perenggan..tiba tiba lost tak tahu nak cerita apa. Delete post pastu blogwalking. Jumpa entry Blogger ecah tag kita dekat entry dia , so...sebab nak update jugak cerita pasal diri sendiri ( kebetulan related pulak kann.... ) , maka terhasil lahh ini. Sesiapa yang berminat untuk mengenali tuan blogger dengan lebih dekat...secara online.. meh baca nih. Kot kita ada kimia ke , acewaahh. Heheh.

5 Things I Hate & Like  The Most


1.Cuaca yang panas..( bahang nyahh! ) | Hujan

Ye , aku tahu neraka lagi panas. Tapi , aku sedang bercakap pasal cuaca sekarang nih a.k.a weather kat Malaysia sekarang ni , aku pun tahu neraka tu panas. Nak saling mengingati pun agak lah...kan? Chill. Cuaca yang panas sampai aku tidur pun boleh berpeluh , tu antara perkara yang aku kurang berkenan.

Aku memang sukaa gilaa bila tempat aku stay hujan , tapi takde lah sampai tahap banjir pun aku bergembira sakan. Hujan tu kan rahmat. Sejuk pulak tu. Kalau hujan turun , ianya merupakan kebahagiaan buat diri aku. So , jangan lah fikir bila hujan turun , sedih di dalam hati bertambah pilu macam kebanyakan drama kat TV tu ye. Tapi, bila da start guruh berdentum tu , sedih sikit sebab kena off kan wifi rumah. HAHAHAH.

2.Selfish 100% | Tolerance

Oh yang jenis 100% selfish tak hengat orang lain nih memang tak boleh buat kawan @ bestprenn ahh! So far , aku tak pernah lagi jumpa or berkawan dengan orang yang sikap nnya 100% macam ni. Sebab bagi aku , setiap orang kena ada sikap selfish tu dalam diri. Dunia sekarang ni macam-macam manusia ada , kalau kita 24 jam berlembut , kita pun takkan sedar yang sebenarnya orang macam ni pernah pijak kepala kita.

Hidup kat dunia nih kena lah ada sikap toleransi dalam diri. Tak boleh pentingkan diri sendiri , kena jadi more considerable. Sebabnya , bukan kita sorang je hidup dekat muka bumi ni (lain lah kalau kau suka jadi forever alone). Ada masa kita perlukan orang luar untuk bantu kita , kita tak tahu in future nasib kita macam mana kan. So, kena jaga hubungan kita dengan orang lain. Mana tahu , one day kita perlu kan pertolongan orang tu ke. Who knows?


3.Suka ambil kesempatan 

Ada sesetengah orang tu jenis yang suka ambil kesempatan untuk kepentingan diri dia sendiri. Masa dia susah , orang tolong dia. Tapi bila si kawan tu perlukan pertolongan ( which in condition yang dia mampu untuk bantu ) , tapi dia tak buat. Bukan lah si kawan tu nak berkira , tapi....awak ni memang jenis tak kenang budi eh? <-------- bukan pengalaman diri sendiri.

Macam aku , aku suka duduk or tinggal serumah dengan budak-budak pandai dan baik. Supaya , aku pun boleh jadi pandai and baik macam dorang. Kita sendiri tahu diri kita ni macam mana , so bila bergaul dengan orang-orang macam ni kan bagus. Ambil kesempatan in a good ways la kan? Bagus lah kan? Heheh.

4.Any kind of animal especially insects

Aku bukan lah pencinta haiwan. Aku kurang gemar part yang boleh terbang and spesis merangkak berkaki empat. Itu je aku nak citer. Selebihnya terpulang kepada imagination korang nak fikir what kind of binatang yang aku kurang suka. Hehehe.

5.Badan berpeluh , lepastu baring atas katil @ terus tidur

Aku bukan lah jenis yang neat freak tau. Kau berpeluh baru balik dari kelas terus landing atas katil sendiri takpe , tapi janganlah kau pergi landing atas katil aku. Hahaha. Aku berpeluh pun tak landing atas katil kawan aku. Ade je kawan aku yang jenis metabolisma tinggi nih landing atas katil aku , tapi... how could i say no? So, aku biarkan je lah dorang baring atas katil aku. Lepas dorang blah , aku cabut cadar pergi basuh. Hahaha. Keterlaluan kah??? Aku bukannya cuci cadar depan mata dia , aku buat sorok-sorok. Miahahaha. Berpeluh > baring atas katil > bakteria > muncul lahh jerawat. So , kita avoid okayy?

That's all.

p/s : One day. I wish that I can go travelling to Seoul with my friends... before reaching 24 years old...Hoping.... Pleaseeee......Semoga termakbul. Aaaaminnn.

Seoul... Tunggu Aku Datang.

Okay bye. Thank you.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.