HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Friday, April 8, 2016

Item reviews : Dream Catcher & Mini Air Humidifier

Assalamualaikum w.b.t

*pencuci mata* Hehehehe.

Okay , so dalam dua minggu ni macam-macam pulak aku beli barang secara online. Haru betul. Semua benda nak dibeli nya. Hmmmm.

Tapi sebelum tuu...


Pelekat peti ais pemberian Sis JM. Yeayyyyyyy. Alhamdulillah. Terima kasih sis sebab sudi bagi gift comel ni kat kita , siap ada gambar sis JM lagi tau. And.. pelekat peti ais pun ada nama i olsss. Suka dengan blog sis JM sebab banyak sangat info-info travelling yang boleh diguna pakai untuk kita yang ada perancangan atau ade plan nak travelling ke luar negara. Yang pastinya , semua entry sis JM ke Korea I dah habeskan.. Hehehehe. Thanks again.



Sebenarnya adik yang bongsu ni tergedik - gedik - gedik - gedik sangat nak botol MY BOTTLE tu. Hampir dua tiga bulan jugak lah buat tak endah je kat request dia tu. Mana tak nya.. nak botol tu sebab botol tu ada tulisan MY BOTTLE sahaja???? Aku syak dia ni ikut trend sangat. Ye lahh , even buku #88 Love Life pun nak dibelinya (ni last year dah belikan). Nampak sangat dia ikut trend.

Beli lah pape air botol pun , kalau letak air masak...tetap rasa air masak jugak. Takde nya berubah jadi air Cool Blog Yam Milkshake!!! Eh? Hahaha.

Dok tengah cari-cari instagram yang jual MY BOTTLE tu dengan harga yang berpatutan , terjumpa lah instagram yang satu ni. Ade IG lain yang harga lagi murah , tapi sebab IG ni dia ada jual dream catcher , item yang dah dua tahun aku teringin nak beli. So, combine ajelah. Jimat kos postage kan? Masa beli ni pun each ade diskaun 20% ( ada some defect yang tak dimaklumkan...dah dapat baru aku nampak defect dia ) , mungkin sebab tu la ada diskaun kot. Hehehe

Instagram : @rainbows.square


Air Humidifier. Actually, item macam ni memang aku dah cari lamaaaaaaaaa gilaaaaa. Mulanya aku jumpa jugak dekat lelong , tapi sebab tak berapa percaya sangat aku hold la dulu. Ada setahun lebih aku cari item ni kat IG? Hahaha.

Yelahh , Malaysia kan panaihhh. So, aku fikir dengan ada nya benda alah ni , mungkin hidup aku akan berasa lebih tenang dan keruan. Rupanya tidak jugekkk. Sebab air yang keluar tu sikit lahhhh. Memang tak rasa pape pun. Adoi. Nama pun mini kan..so...memang mini lah air yang keluaq tu. Hmmmmmmmmmmmmmm. Frust. Rumah tak pakai aircond.

Dulu roommate ada pakai yang besar punya tau , memang sejuk satu bilik. Air kan.. So, aku expect benda kechik nih kepuasan dia macam tu jugak lah kan. But no........

sumber google

Semangat kan air dia keluar? Walhal sebab background dia hitam. In reality... tak banyak macam ni pun...and hampir tak nampak pun gaisss. Aku try buat lubang..macam tak berhasil je. Kang kalau salah cucuk , terus rosak tak boleh pakai. Actually , yang mini-mini ni lebih sesuai kalau untuk aromatherapy lah ek.

Well , aku beli dari instagram : @ig_unik_murah

Seriously IG ni banyak jual item yang sangat sangat menguji kehendak aku. Ada mini sewing , cotton candy maker yang comel , pan grill & steamboat , pan takoyaki and macam macam lagii.


Dia ade jual mini aircond , tapi aku insist jugak nak beli air humidifier tu. Nak tahu feedback sila pergi ke stated IG okay.

Okat that's all. Thanks ah sudi baca apa yang aku bebel.
Kekekeke.
Okay bye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.

Friday, April 1, 2016

Food Review : Big Bowl Ice , Batu Berendam


Big Bowl Ice , Batu Berendam , Melaka
NO.1 , Jalan MP 3 , Taman Merdeka Permai , Batu Berendam ,
75350 Batu Berendam Melaka.

Website : Big Bowl Ice


Time panas panas cenggini memang best kalau dapat makan aiskrim kan? Terus segar je anak tekak tuh. Ni kawan aku yang suggest kan dia cakap sedaappp gilaaa. Untuk aiskrim lover memang lahhh. Aku pun penggemar aiskrim jugak , tapi kalau boleh bagi rate.... 3 over 5 laaa. Mungkin sebab aku order snow ice. Tekstur dia lembut sikit. Kalau shaved ice, ianya sedikit kasar. Visual memang tip top!!!!

So , kat Big Bowl ni dia ada dua jenis ice , Snow Iced & Shaved Ice.

Milk Snow Ice + Peanut + Choc syrup?? My mom's choice.

Aku tak rasa sangat perisa yang ni sebab choc-choc ni bukan taste aku. Heheh

Milk Snow Ice + Mango + Mango Ice Cream
My favorite definitely!!!

Okay. Ni baru lah sama sejibik gambar dalam menu and in real life. Rasa berbaloi sangat order. Untuk yang memang gilaa ice cream , memang satu bowl ni boleh habes sorang , tapi bukan aku. Aku bukan gilaaa eksrem. So , kena lah share-share. Tapi sedap lahh yang niiii. Aku sukaa sangat sebab mangga dia besar-besar!!!!

Durian Snow Ice + Durian @ Vanilla Ice Cream + Fruits
My brother's choice.

Adik aku memang suka durian , so untuk topping memang random. Banyak sangat pilihan kat menu book. Macam kat atas ni ada tembikai , honey dew , betik , jambu, pisang.. sangat varies. Kekekeeke.

Kami order 3 set je untuk 5 orang. Memang cukup-cukup lahh. Tak order sorang satu pun sebab tahu memang takkan habis. Ingat lagi pengalaman makan Ice Room kat PD dulu , penat nak habeskan. Tapi kuantiti yang kat Ice Room laaaagi besar... and sedap lagi ( mungkin sebab shaved iced kot ). Hahahaha

Okay. Bagi yang berkelapangan and nak sejuk-sejukkan anak tekak tu , boleh la datang Big Bowl Ice kayyy , and kat Kota Laksamana Melaka pun ada. 
Bye.


Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.