HOME BUCKET LIST SELF-MADE FOOD REVIEW MOVIE REVIEW DO-IT-URSELF

Monday, June 20, 2016

Overall story for Part 4, 2016

Klikkan tabung RAYA 1 & RAYA 2 pleaseee.. Thank you

Assalamualaikum w.b.t

Empat belas minggu sudah pun berlalu, penat lelah, jerih perih minggu-minggu terakhir sudah pun tamat, hari ini. Hahahaha. Assignments, presentations, projects, reports, tests & quizzes are all done!! Tapi... tak puas hati ahh dengan performance untuk sem ni. Ya Allah, permudahkanlah urusan hamba mu ini. Sekarang ni kita tunggu 5 paper untuk final. InshaaAllah untuk first paper, start ahad ni, paper accounts. Doakan ye kawan kawan.

Lambat submit report

While it is still fresh...... Alkisahnya , harini lambat hantar report, faktor atau punca jangan ditanya. So, nak cerita lah detik-detik giliran siapa yang kena submit report dekat madam. Kami berempat aku, Ain, Nada & Diyana. Masing-masing takut and tak nak submit report depan madam, yelah kot kena tengking or dilemparnya report tu ke luar pintu macam mana?

Disebabkan semua tak nak volunteer termasuk aku sendiri, aku pun bagi cadangan. Okay, jom kita lat tali lat tali tamplom !! Siapa yang ganjil , nak tak nak dia lah orang pertama kena pergi mengadap, sepatutnya orang terakhir kan? Tapi rules berubah, sebab nervous and otak tak dapat berfungsi dengan baik masa tuh. First round, Diyana yang ganjil. Aku, Ain and Nada melonjak kegembiraan. Untuk second round, disebabkan tiga-tiga asyik buat putehh, aku cadang kita o-som @ o-jus pulak. Puppp , Nada out!!! Aku dan Ain gembira tak terhingga!!! Kegembiraan yang membuatkan aku sakit kepala sebab menahan gelak mungkin, hahaha.

Then, Nada and Diyana pun masuk la nak pass report, at last... madam tak cakap pape pun. Chill tak marah pun. Ceitt, penat je aku nervous bagai. Hahahah.
By the way, thank you Nadira, Mariam, Diyana, Nada, & Ain

Juara futsal


Ni masa awal-awal sem haritu , join sebab pendaftaran free and nak dapat hadiah hamper, memandangkan tiga group je yang join, heheheh. Sekali menang, dapat medal je...sebab takde yuran, takde hadiah. Lolssssss sebelum penyertaan cakap lain. Hahahaha. Takpe lahh keep it up and thank you team mate Yoshiko FC.

Nasi Arab Astana Puteh with classmates


Dua minggu lepas, madam 'Azwa yang cute nak makan sama-sama ngan kiteowang, tapi masa nih, madam nun jauh di sana... Madam makan semeja dengan classmates lain. Huhuh. Love you madam.

Last class for this semester


"Kelas 4B ni pasif semuanya, senyap je... diam je...", bak kata madam laa. Kelas ni memang susah nak bagi respons tapi chill je. Aku suka kelas yang diam, yang tak bising. Susah la nak fokus kalau semua jenis suka pot pet pot pet.. hehehe.
Appreciation note : If you are reading this, thanks for this two semester, Ain. Ciaa ciaa ciaa
Actually , banyak lagi cerita sepanjang semester ni, semester lepas wa tak update story and share gambar sangat pun kan? Hmmmmm. Sis cuba untuk rajen.. masih mencuba sebab setiap sem sis ada peminat setia yang sudi baca blog picisan sis ini. Huahuahuahua.

Ciawwwwww. Kbye.



Pemilik blog (nineteencapri) , tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis komen itu sendiri.